Search This Blog

Loading...

Thursday, January 28, 2016

Bekal makan Aniq

sejak Aniq blh makan, mmg aku masak sendiri makan dia.
sama mcm kakak dia dulu jugak.
hari2 aku bekalkan makan kat pengasuh.
puas hati anak mkn apa kita masak, air tangan kita sendiri.
bonus, pengasuh tak bnyk kerja sgt nak buat disamping jaga anak kita kan?
lagipun kita blh pantau apa anak kita mkn.
kalau pengasuh yg masakkan, kita pun tak tau apa dia kasik.
budak bawah 2 tahun ni, seeloknya elakkan lah makanan yg manis dan masin.
nak2 bawah setahun, avoid terus.
jgn risau tawar sebab susu pun tawar kannnnn?

sejak Aniq nak masuk 2 tahun ni ada jugak la aku kasik makanan bergula.
kadang2 tak sempat, kasik jugak sup mama yg ada garam.
tapi aku limitkan.
tak rasa sgt manis dan masin tu.
jgn la manissssss nau nau..
tak elok utk diorg.
 


ini bekas makanan Amni dulu.
now turun ke adik.
elok lagi, takda kemik ke calar ke apa.
aku beli kat MilkADeal 4 tahun dulu.
stainless steel ni, sebab tu tahan.
harga, around RM70 lebih kut.
tak ingat, lama sangat dah.

ada 3 compartment, senang nak isi makan.
paling bawah isi nasi@moi.
2nd isi lauk, 3rd isi break1st.
takda la kedap panas sgt, tapi boleh la utk lunch.
kalau buat bubur nasi yg berlauk siap, pakai bekas lain.
yg 1 compartment saja.
kalau nasi + lauk, guna yg ni.
tgk kat online bnyk jenis dah skang ni, tapi mahal wohhhh.
hehehe.
so, kita gunapakai apa yg ada jelah kan?



antara menu Aniq yg sempat snap.
selalunya mlm2 aku masak siap2 lauk dia.
kadang2 aku masak pagi2 tu.
tapi kena bgn pkul 5 la.
tapi utk break1st tu mmg masak pagi2 la.
utk lauk je mlm.
takut in case aku bgn lambat, tak ke huru hara nnt.
pagi2 tu panaskan balik sebelum masuk bekal.
nasi masak pagi2..

menu hari tu nasi lembik+masak lemak labu &ayam.
utk breakfast, roti telur bunga bungaaaa.
hehehe..
utk nasi dia, aku guna beras beli kat padang besar siam sana.
ada beras utk buat moi.
beras tu dah dipatah2kan.
so, nak masak tu cepat lah.
Aniq sukaaaaaaaaaaaaaaalah sangat.
nasi kosong pun dia ok ja telan.
bau wangi ja beras tu.
tapi takda la sama mcm beras wangi tu.
beras siam tp yg biasa.
kadang2 bg juga nasi keras.
tapi dia tak minat sgt, lagi suka nasi lembik.
tak kisah lah dik, janji kau makan.

lauk tu bapak senang nak buat.
masak lemak ni ada yg mudah ada yg berliku sket.
utk dia kadang2 aku tumis kadang2 aku lebur ja smua skali.
masuk santan, air, lauk (ayam@udang) then didihkan.
pastu masukkan sayur yg sesuai ( ubi keledek, labu, tomato dll ).
kadang2 aku taruk kunyit sket, kadang2 tak.
kalau rajin lebih, aku tumis bawang merah+bawang putih yg dah diblend.
pastu masuk santan+air+lauk+serai.
mendidih masuk sayur.
siap.
tak masuk garam gula pun ok sebab ada rasa lemak manis masin santan.
kadang2 masak lemak udang, kadang2 ayam.
senang mak enon.
nak kasik dia mkn, lenyek2 ja.



bekal hari lain.
nasi lembik + sup telur utk lunch.
break1st fries.
kadang2 aku bg jugak fries yg instant, kadang2 buat sendri.
goreng guna airfryer.
no oil...

sup telur tu pun senang ja nak buat.
tumis bawang merah+bawang putih.
nak blend blh, taknak pun boleh.
pastu masuk air.
tumbuk ikan bilis kasik lumat, masukkan skali dlm tu.
pastu masuk sayur (carrot+ubi kentang).
dah mendidih, pecah telur dlm tu.
jgn kacau, biar dia masak dulu.
telur dah masak, tutup api la..
senang kan?
utk mak pak pun kadang ada resipi ni, cuma tambah garam je.

simple2 ja aku masak utk Aniq.
klau weekend tu blh la beriya sket.
tapi Aniq ni memilih gak mkn.
kadang ok, kadang tak.
bukan picky eater, tapi ikut mood.
stress jugak mak kau ni kadang2.
tapi dia mudah la bab mkn ni.
so far ok lagi la..
yg penting, masak sendiri utk dia mkn.
pengasuh pun faham dah, bagi Aniq makan apa yg aku kasik ja.
takda nak kasik bukan2.
cumanya kadang2 dia kasik jugak biskut ke apa.
dan dia pun faham, tak kasik yg manis2 and junk food smua.
aku pun bekalkan skali biskut2 utk jajan Aniq.
biskut dia suka, nasi keras dia tak mau.
pelik kau dik..



2 comments:

  1. samalah..anak bawah setahun mmg sy bekalkan makanan.. walaupun anak2 dijaga oleh mertua.. tp mertua x bg bawa makanan frozen..sian ke cucu katanya.. dia yg masakkan..tp masih ikut cara sy.. no sugar no salt.. pengantinya..letak ikan bilis aja bg ada rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. dari kecik kita kena jaga pemakanan diorg kan?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...