Search This Blog

Loading...

Monday, January 04, 2016

Gelagat sang hero

nak share kisah sang hero.
anak teruna nan seorang buat masa la ni.
syukur Alhamdulillah, dah ada sepasang anak.
nikmat mana mahu ku dustakan..

Aniq ni berbeza bnyk gak dgn kakak.
mula dgn anak perempuan, lembut sket la caranya.
kluar sang hero, ohoiii....
ganas oi budak ni.
cergas bule tahan, tapi hati tisu jugak.
manja lebih ni sama naik ngan kakak.
pendengki bule tahan ni.
tak blh kalau kakak duduk atas riba mama or papa.
nnt dia laju2 datang nak menempek jugak.
pastu apa kakak pegang mesti dia pun nak.
berebut2 dgn kakak, menjerit dua2.
aku biar je.
tak layan, biar diorg berebut nak tgk sapa nak menang.
hahahah.
saja, nak tgk kakak nak buat apa kat adik.
so far tak pernah lagi dia pukul adik dia.
kalau dia kalah, dia nangis la.
heheh..
adik sengih lebar sebab menang.
kadang2 aku masuk campur jugak kalau dia kacau lebih si kakak.
kakak tu jenis sayang barang2 dia.
memang meraung la kalau adik rosakkan barang dia.
adik ni kadang2 dia geram ke kakak, sesaja dia lepuk kakak dgn remote astro.
sabar jelah.




koleksi gambar dia.
yg lama dan baru.
cheeky sangat budak ni.
mencabar gak nak ambik gambar dia skang ni sebab nak capai kamera.
baya ni mmg gitu la peelnya.
kakak dah besar, dah tau nak pose bila hala kamera...
yg ni mmg huru hara laaa..

tapi mak bertabah jelah layan peel dia.
proses tumbesaran anak kan?
mmg mencabar tapi kalau terlepas rugi.
bnyk beza sket dua beradik.
so, mak mmg sentiasa kena belajar lagi dan lagi.
kakak dlu aku rasa mudah maybe sebab anak baru sorang.
now anak dah 2. yg besar nak kena tgk, yg kecik lagi la kena tengok kan?

perkembangan terkini, Aniq dah boleh berjalan.
yay!
pemalas lipas budak tu.
masa cecah umor setahun tu mmg takda dia nak berjalan ke apa.
merangkak laju gila kut.
kalau kita pimpin lagi dia tak nak jalan, nak berdukung ja.
siap buat lembik2 badan punya taknak berjalan.
dah ada pengalaman, so kali ni aku cool sket la.
bila org tanya or compare eh napa Aniq tak berjalan lagi, aku relax ja.
kakak dia dlu setahun 4 bulan baru berjalan.
Aniq up sket, setahun 2 bulan dah berjalan.
sokay la kan?
dia bila dah bule jalan, terus jalan je.
awal2 tu ada la menapak sket2, pastu terus jalan.
takda nak bertatih lama2..
anak2 aku smua kluaq gigi awal, pastu bercakap dlu.
berjalan last.
kan gitu org tua2 kata, dia akan mula salah satu.
ada anak jiran mak aku, belum setahun dah jalan, tapi gigi tak keluar2..
hahaha.
setahun lebih baru ada gg..
Amni dlu, 6 bulan dah keluar gg. Aniq, 8 bulan keluar gg.
bab mulut ramah, dua2 sama.
mulut bising, menjerit kuat bule tahan.
now rumah mmg macam pasar bila campur dgn apak.
stress mak  nak tgk drama.. phewwww..



berjalan belum, tapi memanjat dah terrer..
well, hero kan?
sapsapsoi ja, tgk2 dah kat hujung2 sofa.
aku rapatkan meja mkn kat belakang tu sebab nak luaskan rumah.
dia tgh duk explore, meniti rata rumah, so aku lapangkan rumah utk dia.
berkorban la drpd aku tgk anak tergolek.
dia duk meniti kat meja makan sambil tarik kerusi.
risau kut terbalik kerusi tu pulak sebab dah pernah jadi kena hempap dgn kerusi.
hahahah.
pastu kakak stress nak tgk tv sebab adik duk tarik2 kerusi, bising.
sudahnya aku rapatkan meja ke belakang sofa tu.
dah 1 hal, dia panjat sofa, naik terus atas meja.

mengucap aku tgk, tiba2 dah duk atas meja.
adeh laa..
sket lagi nak sama kelajuan cahaya budak ni.
skang tgh pikir, nak tarik balik meja makan tu ke tempat asal.
tapi dia duk main bawah meja, kang terhantuk pulak.
pastu tau2 huwaaaaaaaaaaaaaaa je bunyi..



perut kaver sket dik...
hahaha..
jarang aku tak pakaikan baju kat anak2.
takut nnt melekat tabiat tak pakai baju, susah.
so, aku bnyk beli baju sleveless utk Aniq tak pun baju jenis lubang2 tu.
kalau panas sgt, dia dah merah2 baru aku tanggalkan baju.
ni tgh makan kut klau tak silap.
pas mkn nak mandi, so tanggal baju terus.
syok main atas kerusi tu sebenarnya tu.
kerusi tu takleh letak bawah kalau aku takda.
sebab dia duk panjat, nak berdiri atas tu.
ngeri ohh.

budak ni mana duk diam.
tidor pun lasak ya ampun.
mak aku terkejut btoi tgk cucu dia 2 org ni tidor lasak.
anak dia 6 org, takda yg lasak pun.
meh kat cucu, 360 darjah punya pusing.
padahal kecik2 berbedung sampai 6 bulan.
bedung lebih pun tak bule jugak la kan?
hahaha..



aku tgk Aniq, muka mcm papa.
tapi ada org kata muka mcm mama.
tak kisah la muka sapa, yg penting anak kami.
hehe

gigi skang dah ada 8, 4atas 4bawah.
tapi masih makan moi@nasi lembik.
nasi keras tu makan kalau aku kasik, tapi pastu sembelit.
then, aku kasik jelah moi.
lagi senang nak masak sebab campak ja smua dlm periuk, rebus.
hahaha.
takyah nak buat nasi and lauk asing2.
pastu pulak dia tak suka kalau dlm nasi dia ada rasa kasar.
like isi ayam pun dia akan luah.
kalau ikan or telor ok ,sebab isi halus kan?
nasi kosong pun dia layan, bule habis semangkuk ok.
klau tak sempat buat lauk, dia dah mengamok lapar, suap ja moi kosong tu.
laju ja telan.
pelik btul budak ni, lagi suka nasi kosong dari yg ada lauk.
tapi bagus jugak, senang gak keja mak kau.
muahahah.
biskut suka pulak.
kadang2 bule habis 2-3 keping duk gigit biskut.
kadang2 aku beli biskut baby tu. tapi kalau tak sempat aku kasik ja biskut 4 segi tu.
cicah ngan susu, laju ja dia mkn, bule habis 2 keping.
roti gardenia kosong cicah susu pun dia suka.
sometimes tu ada la jugak bg dia mkn  benda yg ada rasa tapi masih terkawal.
yg ada rasa masin dan manis.
tgk kepada makanan jugak la.
yg pasti kalau buat lauk, mmg tak letak garam gula lagi.

sekarang Aniq dah paham arahan sket2.
kena bnyk bercakap dgn dia.
make sure jgn cakap bahasa baby, kang diorg lambat lancar bercakap.
dgn Amni dlu pun mcm tu, cakap dgn dia ulang2, lama2 dia cepat bule cakap.
umor 2 tahun dah berbunyi dan lancar.
3 tahun dah bule cakap lancar takda pelat2.
harap2 Aniq pun sama mcm kakak dia.
jenuh la mama papa nak layan.
hahaha.
letih oi bila anak2 baya Amni tu kalau bule bercakap.
mcm2 nak bertanya.
kadang2 tak sempat layan, aku suruh dia diam jap.
pening. hehehe..
tapi bersyukur sebab dia dah lancar bercakap, takda pelat2 langsung.
ada ja budak baya dia yg masih pelat.
Alhamdulillah.

apa lagi ha perkembangan dia..
mak bz tak sempat nak catch up sangat.
tapi enjoy ja ngan motherhood skang ni.
anak dah 2 kan?
kadang2 nak jadi sotong gak la kelam kabut nak handle dua2..
but smua tu pengalaman..
just enjoy it!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...