Search This Blog

Loading...

Thursday, January 07, 2016

Kek pisang

1st time buat kek pisang.
selalu beli yg kat tesco tu.
sedap, lembut elok.
Aniq sukalah sangat.
aku bagi jugak ke dia sebab takda la manis sgt.

hari apa ntah, ada pisang kat rumah, mcm teringin nak buat kek pisang.
meh la buat, kasik anak2 makan.
papa mmg slalu bli pisang sebab dia pun suka.
kadang2 pisang emas, kadang2 pisang berangan.
dua tu ja yg laku kat rumah ni.
aniq lagi la suka pisang.
dia kalau dapat pisang, umpama popeye dapat bayam.
boleh gitu?
hahahah.
sebab lepas mkn pisang, mcm kena sugar rush, aktif kemain.
kalau pisang mas tu, skali hadap bule habis 2 bijik.
aku suka pisang berangan.
kadang aku bantai ja buat cekodok guna pisang berangan.
pun sedap.
takpun buat pancake pisang.

kali ni kita buat kek pisang pulak.
mudah je pun.
gigih aku g beli try baru sebab nak buat kek pisang.
heheh..

bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik baking powder
1 cawan gula - aku guna gula perang, takmo manis sgt sbb nak bagi Aniq makan
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur
3 biji pisang emas dibawa belayar atau pisang berangan

cara2:
ayak tepung+soda bikarbonat+baking powder.
pukul telur+gula sampai kembang. dah kembang masukkan esen vanila and pisang.
pisang tu lenyek dlu ya. aku ramas2 ja dgn tangan.
then pukul lagi kasik sebati telur ngan pisang.
pastu masukkan bahan2 yg di ayak tadi.
last, masukkan minyak then kacau sebati.
panaskan oven, suhu 180.
bakar dalam 40 minit ke sejam.



gigih beli tray baru sebab aku takda tray yg dalam mcm ni.
yg ada tray bulat, tak lawa.
sebab kek pisang kan selalu guna bekas mcm ni kan?
murah je pun, 7 hengget je kut.
loyang tu sapu butter dlu sebelum masukkan adunan tadi.



dah siap bakar.
bau semerbak oiiii..
bau sedap dah, rasa mcm mana????



hasilnya?
tak berapa best kalau bakar.
next time kena kukus pulak.
sebab bila bakar, mcm mudah pecah.
pastu Aniq tak nak  makan sangat.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. frust mak kau nak.
gigih buat nak kasik anak mkn tau.
maybe sebab tekstur tu tak berapa best.
pasni kita kukus pulak, kalau ko tak makan siapppp.
hahahah.

korang boleh try, sebab senang je pun.
resipi ni aku ambik kat fb je.
ada lagi 1 resipi kek pisang, pasni bule try pulak.

2 comments:

  1. Nabilah cuba yg resepi azlita masam manis. Sedap, gebu.
    Bakar jgk..
    Cuba plak resepi kak ita tu conpem sedap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...