Monday, February 15, 2016

Birthday date

cerita lama lagiiiiii.
ampunkan dakuu.
hahaha.
dah ada gambar sayang pulak tak update.
nanti ada gak kenangan.

ni sempena besday aku 24hb doblas hari tu..
Huda call ajak dating.
susah gak skang ni sebab opis dia kat Kangar, opis aku kat Pauh sana.
pikir dah lama sgt tak jumpa dia, so try la edjas.
padahal bukanlah jauh sgt pun.
now diorg stay kat area Batu Pahat sana.
Batu Pahat ngan Kangar bukanlah jauh sgt pun, tapi masing2 ada komitmen, kekangan kerja, family smua, jadi susah nak berjumpa.
rumah mentua dia sekentut ja dr rumah aku ni ha..
dulu masa diorg duk skali ngan mentua tu slalu gak la dia singgah.
ikut jln blakang, naik motor tak pyh pakai helmet pun bule sampai.



umor kami sebaya, tapi dia ni kecik molek orgnya.
terasa gajah betul duk sebelah Huda.
hahaha...

dah kata date sempena besday aku, beriya dia bawak bunga bagai.
alahaiiii, so sweet of you darling..
tq sangat.
jarang2 jumpa, skali jumpa buat suprise pulak, terharu iolls.
kami lunch date kat Blackwood Arau.
dia jarang sgt turun Arau katanya.
makan2 sambil gebang2.
dah lama tak jumpa kan?
actually Huda ni lawyer okeh..
kecik2 cili api niiii..
hehehe.
dia lawyer syariah, and buat jugak bahagian jual beli rumah ni.
ntah aku tak paham sgt.
gitu la lebih kurangnya.
pastu company diorg tak caj mahal pun klau kes2 syariah ni.
nak bantu org katanya.
sesapa nak pakai khidmat company diorg boleh la.
email aku dulu. hehehe

actually, aku kenal Huda ni since aku kawen.
sebab, husband dia kawan husband aku.
gituuu.
aku kawen bulan 11, diorg kawen bulan 12.
kenduri aku dia tak datang la kan sebab belum kenal.
tapi dia kirim hadiah, walau baru 1st time jumpa.
boleh gitu.. hahaha.
pengantin dah sebulan pun dapat hadiah lagi.
aku pegi kenduri diorg melenggang kangkung sajaaaa.
adoii.



incit suami tak kasik bunga pun, tapi kawan pulak yg kasik.
terubat sket..
hahahha.
sokay lah, aku tak kisah pun bab2 hadiah besday ke annivesary ke apa ni smua.
yg penting hidup aman bahagia elok2, sudahhhh..

lama gak kami duk gebang2 petang tu.
duk dlm restoren lupa nak ambik gambar.
ralit sgt duk bersemban, cerita mcm2.
org pun ramai gak hari tu, lunch break jumaat lama kan?
aku ambik halfday hari jumaat tu.
kebetulan sebab adik aku pun nak datang rumah, nak g beli barang sekolah.
2 jam camtu lepak ngan Huda, then gerak.
dia pun ada hal lepas tu.
nanti besday dia, nak seprais dia jugak.
hehe..



seminggu bunga ni duk dlm pasu.
syok tgk kemain kembang semangkuk dia tu.

anyway, tq sweet darling..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...