Wednesday, February 17, 2016

Butterscotch cheese

aku tak tau apa nama resipi ni.
tapi basednya roti...
jadi ku hentam saja taruk nama butterscotch cis.
pun boley...
jumpa kat FB.
ramai org duk share.
english break1st la kekdahnya.
senang mak enon nak buat.
dah ramai yg share, kata sedappppp, so hati meronta2.
jomlah kita buat..



bahan2nya :
roti gardenia butterscotch
telur sebijik
susu segar
cheese
sosej - tiada dalam gambar.

cara nak buat.
mula2 rebus sosej dulu.
pastu tekap roti. roti tu kena gelek kasik nipis dulu. aku guna balang kaca je pun. dah nipis, tekap dengan cawan sebab nak bentuk bulat.
kena tekap nipis, kalau tak nnt dia serap habis susu tu.
sosej dah masak, sejatkan. then potong nipis2.
bancuh susu dengan telur. pukul ala kadar saja.
susu kotak kecik tu tak habis pun guna sekotak.
jgn  bnyk sgt unless korang nak buat bnyk la.
kalau setakat 6 keping roti, sikit ja guna.



guna loyang mcm ni sebab nak bakar nnt.
nak guna acuan cupcake pun boleh, takda hal.
masukkan roti yg dah tekap td, pastu masukkan sosej.
then tuang susu+telur tadi.
last tabur cheese.
bnyk  mana, suka hati.
hahahaha.
sendiri nak makan, hantam sajalah.

pastu bakar dlm over suhu 180 selama 20 minit.
dah dekat nak masak tu, dia punya bau membunuh okeh!



agak garing cheese tu.
ni tray ke 2.
teralit, so cis jadi keras.
heheh
tapi sedap ja makan.
tray pertama dah selamat masuk perut.
makan panas2 sedap wohhhh..



Amni punya.
dia sorang bantai 2 ketoi.
sedap katanya.
yg ni ada lebih aku guna bekas cupcake tu.
roti pun yg lebih2, cantum2 jadi sekeping muat masuk dlm tu..
hahahah.. jgn membazirrrrrr..
korang kena try sebab senang ja pun nak buat.
bahan2 la mahal sket sebab guna roti butterscotch tu, then cis lagi.
sekali sekala boleh la kan?

baru2 ni aku buat guna roti biasa.
pun sedap.
masa bancuh susu dengan telur tu aku taruk madu sket.
kalau guna butterccotch tu, roti dia dah sedia manis kan?
guna roti biasa, tak manis sgt la.
so, aku tambah madu sket.
sedapppppppp jugak.
must try ehh...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...