Friday, February 12, 2016

Majlis Pertunangan Maknjang.. selesai 1 bab

cerita bulan 12.
gambar baru transfer dari phone, jadi moh kita update.
ni adik aku, anak yg no 4,  afizah.
dia ni duk keja dekat2 ngan umah mak aku ja.
umo errrr, thn ni 26.
hahaha.
kena bilang dah, lupa umor adik
single mingle lagi.
kejap ada bopren kejap takda.
dia ni lain mcm sket perangai.
dulu kecik2 aku tak ngam sgt ngan dia.
sebab jenis memberontak.
eh, kau adik kena ikut cakap kakak.
gituu..
hahahah
tak lahh. alah, biasalah adik beradik kadang gaduh kadang baik.
masa dia skolah aku dah keja.
budak tgh nak up ni biasalah, hati muda kan?
mudah terikut.. tu pun mak pak aku takda bg kebebasan sgt.
mak pak aku strait okeh..
dia ni kat skolah, ok je.
jd pengawas skolah la, pengawas asrama smua, pastu aktif.
tapi bab akademik slow sket.
sometime cikgu kata tidor dlm kelas.
hoii... kau pengawas tdor dlm kelas..
memang kena la ngan aku.
pastu ada skali kantoi ngan aku sebab aku jumpa surat cikgu.
masa tu dia lower 6 kut.
memang aku amukan la.
marah la wei, sebab ko budak skolah lagi nak bercintan cintun bagai.
mak pak aku pun biar ja aku duk berleter ke dia.
geram kut, ko skolah, nak apa aku belikan, mak pak duk bg duit lagi ada hati nak bersayang2 bagai.
eiii, pantang btul laaa..
hahaha
dah habis stpm, result ala kadar so dia carik keja, tak sambung blajar dah.
dpt politeknik tapi dia tak nak pegi.
aku ni macam2 gak carikan kat dia, nurse la, kursus itu ini, smua tak mo.
nak keja, haaa lantak situ.
dah keja tu ok sket la aku ngan dia.
blh ngam jugak la..
masa skolah asyik tak ngam.
hehehe..
dulu masa mula2 keja lepas beranak Amni, dia tlg jaga kejap, 3 bulan camtu baru aku hantar ke pengasuh.
so, dia close gak la ngan Amni.

ok, dek kerna dia cuma pegi keja, balik keja, then duk umah saja, so ada la yg nak matching2 kan dia..
biasalah, kawan2 mak aku la ni punya keja.
org sekampung gak, kenenkan dgn sedara dia.
pungpangpungpang, menjadi la.
diorg dah kenal2, aku ngan abg aku pun dah jumpa so ok.
tgk pun budak baik, bgtau mak pak smua.
then diorg nak masuk minang, takmo tunggu lama2.
yg lelaki tu mmg nak carik bini katanya.
yelah2..
jadinya, berlangsunglah majlis tu on 26 disember lepas.
buat simple2 saja..
panggil jiran terdekat saja and sedara mara.
diorg dtg pkul 3 lebih camtu.
diskus ngan mak aku, dia suruh masak soto.
baiklahhhh..
tapi umi buat jugak nasi ngan lauk utk mkn org dapur.
jiran2 yg datang and sedara mara.
aku buat soto, umi masak naik lauk smua, kak ija masak kuah kacang makan ngan nasi himpit.
then ada kuih2 sket.
buat bnyk gak sebab rombongan datang 8 biji kereta kau.
penuh umah.
hahaha..



perempuan ramai, lelaki pun ramai.
org dekat ja, org Perlis ja pun.
skali yg datang tu, ada kawan abah aku, ada kawan bapak sedara aku.
apa lagi, rancak la sembang.
adoiyaiii..



Aniq di hari kejadian.
hahahah.
kemain dia ke hulu kehilir tak hirau org.
sabar jelah nak.
hairan kut tgk org ramai kat dlm rumah.



sarung cincin..
adik aku pakai jubah dress kak ija.
mula nak pakai baju kurung moden dia, tapi kak ija suh pakai yg ni, ok je.
selendang tu aku punya masa nikah, lupa hantar ke butik pengantin.
hahahah.
lupa weh, 7 tahun dah..
pakai itu jelahhh.
simple2 je pun.
make up by kak ija.
yg sarung cincin is tok sedara tunang dia.

selesai majlis, apa lagi makannnnn..
diskus bab hantaran, mas kawen bagai smua.
tarikh langsung, tak bincang lagi.
now dah 2 bulan berlalu, bulan depan nak menikah dah.
hahahaha.
sebelah laki nak cepat, kita turutkan saja.
so, nanti kenduri pulak la umah mak pak aku..
bertambah ahli keluarga..



kami 6 beradik.
sepesen dah kami kernyeh?
hahaha..
dah susun elok dah tu.
kelopak bunga org panggil sebab laki perempuan berselang2.
ada 3 pasang.
3 dah kawen, lagi sorang bakal kawen.
pasni lambat lagi kut.
sebab lagi 2 masih belajar.
yg second last tg tunggu result stpm, yg last form 3.
taktau la kut ada yg nak kawen awal.
hehehe..

ok, nanti bulan depan kita update cerita kenduri kawen pulak.
moga smuanya berjalan lancar..
Amin....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...