Wednesday, February 24, 2016

Mari jimatkan elektrik

korang, sebulan berapa bil eletrik kat rumah?
puluh2, ratus2, or riban2?

sejak pasang aircond 4 tahun lepas, bil eletrik rumah aku tiap2 bulan memang cecah seratus lebih.
sebelum tu, dalam 80 camtu je kut.
tak ingat sangat.
mungkin ada setengah org rasa seratus lebih tu sikit je.
tapi bagi aku yg marhaen ni, banyak la tuuu.
aku rasa penggunaan takda la bnyk sangat sebab siang pegi keja kan?
kalau weekend pun sabtu ja kat rumah.
hari ahad selalu blk rumah mak aku.
penggunaan barang elektrik kat rumah aku tu biasa jelah, mcm rumah org lain jugak.
ada lampu kipas yg biasa je, pastu peti ais, mesin basuh, iron, periuk nasi, tv, astro, caj handphone.
tu hari2 guna la.
aircond seketul ja dlm bilik tidor utama.
then barang2 elektrik kat dapur like blender, oven, and yg latest air fryer.
tu smua tak guna hari2 pun.
lagi, ermmm water heater kat bilik air utama and pam air kat tangki luar.
kontraktor rumah aku salah buat paip masa buat rumah dlu.
air masuk ke rumah yg dari tangki slow gila.
bila pasang water heater, air tak mampu nak naik, tak panas pun.
dah tu slow, air kencing Aniq laju lagi.
rumah dah siap, paip smua dah tanam bawah rumah takkan nak pecah balik kan?
solutionnya pakai pam air jelah.
so, laju la meter letrik tu berpusing kan?
heheh..
mula2 pakai selalu lupa nak tutup pam tu.
yg selalu lupa haruslah papa.
pastu kalau ada tetamu datang ada yg lupa tutup seharian.
masak laaaa. huhu..
kat dapur dulu pakai water pot tu utk air panas.
tahun lepas aku stop, guna cerek.
traditional sket takpe lah asal bule jimat sket eletrik kat rumah.
gas takpa, tak mahal sgt kan?
water pot tu kalau on berterusan, ok la.
tapi aku siang hari pegi keja aku off, blk keja baru on.
mlm nak tidor off balik.
buat gitu lagi kuat elektriknya.
konon nak sep, tai jadi lagi bnyk.
hahaha..
last aku kata ke laki, jomlah kita beli cerek.
bukan susah pun nak masak air.
dah masak, masuk dlm termos utk buat susu Aniq nanti.
tak bnyk pun guna dlm sehari tu.
water pot tu aku beli 3 tahun dah, tahan until now.
tapi la ni duk jadi tokong ja kat dapur sebab dah guna cerek kan?
aku beli yg besar gabak tu terus.
puas hati sekali jerang air, banyak.
beli yg jenis bunyi mcm ketapi arang tu.
kalau beli yg jenis senyap, kebarangkalian cerek nak meletop sebab kering air adalah tinggi.
bila air masak, cerek bunyi so laju2 g tutup.
kalau senyap sunyi harulah pakat2 lupa duk jerang air atas dapor.
penggunaan aircond kat rumah aku mlm ja.
buka dlm pkul 9 mlm, sebelum subuh selalunya dah off.
set pkul 4 camtu off.
aku and anak2 tak tahan sejuk sgt.
budak2 tu klau on aircond lama kang selsema.
pastu buka kipas saja.
siang hari kalau tak kerja, jarang la sangat nak on aircond kecuali panas sangat.
tu pun hari sabtu jelah, hari lain takda kat rumah.

aku rasa aku dah habis jimat dah tapi bil tetap cecah seratus.
paling tinggi pernah cecah 170++.
menangis nak bayar rasa banyak laaaaaaaaaaaaaaaa hai.
bil papa yg bayar.
dia bg duit aku bayar.
kalau dia yg bayar mmg jadi tukun ja bil letrik tu dlm beg dia.
tau2 bil bulan depan tengok ada tunggakan.
selaluuuuuuuu..
geram woh, dah terbeban nak kena bayar 2 bulan punya bil.
mau 200 la kan?
so, sekarang ni meh la aku bayar, ko bg duit sini.
pernah tahun lepas letrik kat rumah kena potong.
pak  mentua call bgtau org datang potong letrik.
laju2 aku balik rumah pegi TNB sana.
mujurlah dekat ja ngan rumah.
surat amaran takda, tup2 kena potong.
amukan oii.
diorg kata diorg ada selitkan tapi maybe jatuh angin tiup.
punca kena potong sebab ada tunggakan.
duk bayar sebulan 100 ja, tapi bil 100 lebih.
tiap2 bulan ada tunggakan, so sampai 1 tahap kena amaran.
hahahah.
sabar jelah.
campur dgn bil semasa, caj penyambungan lagi, cecah 300 jugak.
amukan la aku ngan papa.
laki pulak yg kena kan?
hahaha..
tapi dah nak guna, bayar jugak laaaa ye dok?
seb baik kena potong dlm 2 jam lebih ja.
mujur la pak mentua nmpk, kalau tak...
habislah benda dlm peti ais tu.
kata org TNB tu, now kalau tak bayar bil 2 bulan camtu, kena surat merah@amaran terus.
next month tak bayar lagi, zasss potong terus.
bab nak potong laju ja hampa kannnn?

2-3 bulan lepas tgk kat FB ada yg share tips jimatkan eletrik.
tengok tu mudah lah sangat.
tak payah keluar modal ke apa pun.
aku ni kalau org duk promote benda tu benda ni nak jimat elektrik aku tak berapa nak percaya.
hahaha.
sebab rasa mcm betul ka niiii..
tapi tips ni memang aku nak percaya.
so lets try.
papa mula2 refuse dgn tips ni.
sampai dia baca sendri kat FB TNB.
so jom kita sama2 cuba dengan mengubah sikap kita.



ni dapur aku.
sini barang elektrik berkumpul.
ada 3 power plug kat sini.
peti ais, periuk nasi, steril botol Aniq, oven and airfryer smua kat sini.
guna plug sini.
dulu duluuuuuuuuuuuuuu aku tak pernah pun cabut plug2 tu selepas guna.
peti ais tu mmg tak la kan?
periuk  nasi and steril botol tu pun aku tak pernah cabut.
kalau nak guna over atau airfryer baru cabut plug periuk nasi.
suka pulak tgk plug duk situ.
nak guna senang, tekan suis ja.
dah guna tutup suis pastu biar camtu ja.

tips dari TNB is :
tanggalkan smua plug yg tak guna!!!

bertahun aku duk biar plug tu melekat kat situ.
hahaha.
engineer eletrik kat opis aku pun pernah bgtau pasal ni.
meter elektrik tetap berjalan walaupun suis tak di on, tapi plug masih di situ.
adalah pengiraan diorg tu camna.
aku dah lupa.
TNB kata kalau kita unplug smua plug yg tak guna boleh reduce bil bulanan.
mudah kan?
tak susah pun nak buat.
plug tv ngan astro pun tak cabut gak.
bertahun tahunnnnnnnnnnnn..
sekarang marilah kita unplug ye anak2..



jadi aku beli penyangkut plug tu banyak2.
pasni nak buat label plug, tapi lupaaa..
sejak tau tu, memang cabut smua plug.
haa, mesin basuh 1 lagi.
pun tak pernah cabut.
sekarang marilah kita ringan2 kan tangan tu yekkk..
dulu2, nak tidor g masuk kain baju smua dlm mesin basuh.
on, pastu biar sampai cerah.
bgn pagi baru sidai and off plug mesin basuh tu.
now, basuh awal, dah sudah tutup plug mesin.
esok pagi sidai mcm biasa.
marilah kita berjimat semampu bule di zaman sesak ni kan?

now dah 3 bulan aku buat camni.
bulan pertama tak nmpk sgt sbb asyik lupa.
bulan ke 2 dan ke 3 nampak ada beza kat bil letrik.
dah tak cecah 100.
yay!!!
90++ ja bil utk 2 bulan ni.
kurang la sket beban kan?
dah dapat jimat sebulan dlm rm30 sebulan mcm tu.
jadikla..
nmpk mcm sikit tapi banyak jugak la tuuuu.
aku bukan kaya sangat nak bazir2 tu smua.
lampu kipas mana y tak perlu, tak payah on.
mana yg boleh jimat kita jimat.
lagipun tak susah nak buat.
korang pun boleh try.


7 comments:

  1. Yer betul..cabut plug mmg leh jimatkn letrik. Boleh sis share mana beli tmpat sangkut plak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat supermarket biasa ja. kat sini beli kat Borong Din

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Laaa, tu ka ilmu yg km xtau...
    Byk sgt kpla plug yg dibiar di suis.
    Bil kt umh ni pun rm85++, takda aircond..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba unplug, kut bule reduce bil. sikit pun jadik la kan?

      Delete
  4. saya pun tgh practise .. tp en suami selalu lupa nak buat... kita nak tolong dia.. dia plak asyik lupa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...