Thursday, February 18, 2016

Pecah berderai..

cerita 3 minggu lepas.
eh, 4 minggu..
hujung bulan 1.

korang ada baca tak berita eksiden pemain bola sepak Perlis tu?
yg katanya putus kepala..
ngeri..
eksiden awal pagi..
laju, terbabas sorang dan  meninggal di tempat kejadian.
Takziah dan Al-fatihah utk arwah.

aku memang hari2 lalu jalan tu.
sebab nak ambik Amni, so exit dari highway kat jalan situ.
jalan tu org luar bnyk taktau sebab dia jalan kecik ja.
pagi2 pun naik ikut situ tapi depan sikit.
petang balik keja, turun kat situ tapi depan sikit.
dia susur keluar sebelum terus ke Kuala Perlis.
pagi2 nak g keja hari tu perasan dah ramai org kat depan then nampak polis.
depan tu sket ada trafik light.
duk agak mesti ada eksiden.
dah sampai opis, then tgk FB ha, confirm eksiden.
ngeri.
petang tu balik keja, seram sejuk gak nak lalu.
haha.
tgk jalan and kat depan rumah kejadian tu dah clear.

ngam seminggu lepas eksiden tu, aku pulak jadi mangsa kat situ.
hampehhh..
syukur Alhamdulillah tak serius.
sikit je tapi ketaq jugak la.
aku dah turun dari highway, masuk jln kecik tu.
pastu nak keluar dr jalan kecik tu, simpang then kena belok kiri.
jalan sehala.
dah nak belok kiri, aku tgk kanan jelah ada kenderan atau tak.
tengok dah clear, tekan minyak la kan?
elok tekan minyak skali gedebommmm.


















tanjat kak yah oiii.
termenjerit dulu then baru istigfar.
bhahaha.
tetiba ada motor melintas.
adoihhhhh.
seb baik aku tak tekan minyak habis lagi, kalau tak mau bersepai.
ntah dari mana motor tu datang pegi lintas depan aku.
tak jatuh , tapi bunyi mcm kuat gak.
then aku keluar slow benti kat depan sket sebab ada kreta kat blakang duk que nak keluar.
motor terus blah!
aiyooo.
pikir2 means dia tak teruk la kan?
then hairan awat dia terus blah.
a'ah, dia la yg salah sebab pegi cross depan aku kan?
memula tak dapat pikir secara waras sebab terkejut.
pastu dah calm down sket, aku buka pintu tgk ke belakang.
nampak nombor plate kreta duk tersadai kat jalan.
hahahaha.
nak g kutip pun kreta bnyk.
malas pulak aku.
so, lantak situ.
terus g ambik Amni then balik rumah.
selamba jelah bawak kreta takda nombor plate.
kekeke..

sampai rumah papa dgn Aniq duk jalan2 kat laman.
terkejut dia tgk takda nombor plate.
pungpangpungpang beriya aku cerita.
hahaha.. lawak pun ada bila ingat.



lompong.
dengan stand nombor plate tu skali luruh.
aku syak mesti mat motor tu malam kang sakit kaki sebab kuat gak bunyi tu.
lantak, sapa suruh hang lari kan?

then, laju2 ajak papa gi buat nombor plate baru.
melayang la duit aku petang tu rm65 buat nombor baru.
aku tukar belakang skali, kasik sama.
memang duk niat nak buat baru sebab yg depan tu huruf G dah patah sket.
sekali pandang nampak mcm C.
alih2 kena tukar semua.
heheh
lagipun dah lama aku pakai stand tu.
4-5 tahun dah pun.
reput sama kut sebab tu senang ja patah masa eksiden tu.

keluar modal sket takpa nak repair tu asal aku takda apa2.
mujurla tak kuat sangat berlanggar  tu.
seriau gak kan?
aku ni asal naik kereta, ulang2 baca bismillah, baca doa naik kenderaan smua.
takut gak.
mujurlah tak pernah eksiden teruk lagi setakat ni.
setakat berlanggar sket2 ja.. Alhamdulillah..
memang lah ajal maut di tangan Tuhan, tapi kita ikhtiar, kita buat elok2.

ngeri tgk eksiden, kemalangan maut tu semua.
moga kita semua dilindungi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...