Thursday, March 10, 2016

Cuti cuti Kelantan Day 1

cerita cuti CNY yang lepas.
kami anak beranak ngan mak pak aku ke Kelantan.
yayy.. akhirnya dapat jugak jejak kaki ke sana setelah lebih 15 tahun tak pergi.
last pegi masa umor 15 tahun.
3 tahun lepas ada pegi, tapi lalu ja Kelantan otw gi Terengganu.

tujuan pegi tu nak g kenduri.
sesaja nak pegi jauh2 gitu haishhh.. pikir 4-5 kali gak la.
jiran mak aku dapat menantu org kelantan, so dia ajak mak aku pegi.
alang2 mak aku ajak aku pegi sekali, naik kereta sendiri.
asalnya, jiran mak aku@makndak tu reserve 1 seat kat mak aku.
dah lama sangat tak pegi, so diskus ngan papa, jom lah kita pegi.
leh jumpa sedara mara mana yg ada lagi kat sana.
arwah tokchaq aku, ayah abah aku asal Kelantan.
ada lagi la sedara mara yg tua2 tu 2-3 org abah kata.
sepupu2 abah aku ada yg dah berhijrah ada yg masih di Kelantan.

2 minggu sebelum pegi, mak aku demam.
teruk jugak la.
demam on off, kejap ok kejap demam.
risau gak la kan nak g jalan jauh.
2 klinik pegi, gitu jugak.
dia dah malas nak pegi tapi anak2 duk hasut. hahaha
dia yg semangat nak pegi, alih2 taknak pegi, tak syok la kan?
hujung2 tu mcm ok sket so join jugaklah.
demam mcm dah ok, cuma duk batuk and letih sket la.
dah ambik darah smua result free denggi.
kalau tak risau gak la..

homestay pun hujung2 baru aku booking.
bz kat opis asyik la lupa nak cari.
dah last minit, bnyk yg dah fully book.
dah stress dah ni aku.. hahaha.
end up dapat la homestay tapi konsep studio.
hantam sajalah, takat nak tidor je pun.
lagipun pegi ngan mak pak aku takda hal..
nak carik homestay la jimat sket plus nak dapur kan?
kalau hotel mana ada dapor then nak kena ambik 2 bilik.
mak pak aku pun prefer homestay, mudah sket.
tapi dapat yg konsep studio, nan hado dapor.
padan mukaaaaaaa..

bertolak hari Khamis 4hb.
aku cuti hari khamis & jumaat.
kenduri hari sabtu kat Kelantan sebelah perempuan then sebelah lelaki hari Isnin 8hb.
so, hari ahad dah kena gerak balik.
kenduri jiran sebelah rumah kita takda, tak best la kan sebab dah rapat mcm sedara.
sebab tu gerak ke sana hari khamis, dapat la jalan2 hari jumaat tu.
rombongan pengantin gerak hari jumaat.
plan nak gerak awal pagi2 buta.
nak subuh kat RnR Gurun.
papa la kononnya nak gerak awal sebab nak sampai awal.
tau jelah jalan nak ke sana dari utara ni kan?
kang dah sampai atas bukit, dah cerah kreta banyak takleh laju katanya.
so nak gerak awal.
well, plan papa selalau out.
hahaha..
sebab pagi tu dia sakit perut, sejak mlm tu lagi.
aku mlm tu duk kemas2 dia menggelisah sakit perut sebab angin.
dia kalau dah angin gitu mmg kelaut mood dia.
ngan aku2 skali moody.
dia ni slalu ambik mudah bab makan.
dah tau takleh mkn, degil makan jugak.
sudahnya jadi angin, keras perut tu.
aku la mangsa sapu minyak angin, picit2 smua.
last2 dia tidor je, aku kemas sorang2 sampai tgh malam.
pkul 5 pagi aku bgn nak masak sket buat bekal utk anak2 dia tak leh bangun.
ngantuk sgt katanya.
pkul 7 bgn subuh, barulah nak pegi check kreta, nak cuci2 sket.
sebelum tu dah check repair apa yg patut dah kreta.
siap tukar tayar baru lagi 2 bijik.
pagi tu check minyak,air camtu ja.
last pkul 9 lebih baru keluar dari rumah aku.



adik happy face.
kakak lagi happy sebab bgtau nak pegi jalan2.
tapi bila masuk jalan nak ke rumah tok abah dia dah gelabah.
kata nak g jalan2 tapi awat p umah tok abah katanya.
aku cakap nak g jln2 umah tok abah la ni, meraung2 dalam kreta.
frust.. hahahaha.
sampai rumah tok abah, taknak turun dah sebab sedih.
sabar jelah anak dara sorang tu.
dah angkat barang semua, kreta dah jalan baru muka ada sinyiummmm..
propa btul anak aku yg sorang tu.

lebih kurang pkul 11 camtu kami gerak.
all the way semua ok ja.
kreta tak bnyk sgt atas jalan sebab belum start cuti kan?
anak2 pun ok.
singgah RnR Gurun beli lauk sket nk lunch nnt.
aku dah masak nasi dr rumah.
semua pun belum lapar sbb tu tapau ja lauk, lagipun Aniq tidor.
kalau turun harus budak tu jaga nnt, kesian pulak.
biarlah dia tidor dlu mak aku kata, kang tak puas tidor duk mengamok ke apa pulak.
then teruskan perjalanan.

sampai Baling, brenti 1 masjid, tak ingat nama kawasan tu.
nak lunch and smayang skali.
pkul 3 kalau tak silap masa tu.
makan gilir2 sebab nak tgk budak2, pastu solat jamak siap2.
Aniq baru bgn tidor, dah charge bateri, kemain duk menggedik.
sambil2 aku suap makan, pastu tetiba muntah.
habis baju.. alang2 mandikan terus.
dah setel, terus gerak.

sejam camtu, Aniq muntah dalam kreta.
muntah atas aku! waaaaaaaaaaaaa..
dia minum susu, dah habis tiba2 muntah.
aku la yg teruk sebab aku duk riba dia.
habis baju, seluar tudung smua.. bantal dia pun kena gak.
benti tepi jalan nak tukar baju.
belasah jelah basuh2 sket Aniq then tukar baju.
mujur ada air dlm kreta.
jln jauh ngan anak2 kena spare air yeh dlm kreta utk kes2 mcm ni.
dah 2 kali muntah.. hairan oii tiba2 ja.
mak aku sapu2 minyak angin kat dia kut dia mabuk ke apa.
aku ni bantai jelah tukar baju tepi hutan tu.
masa benti tu dah bwk turun beg smua, tiba2 bau busuk gila.
abah pusing2 tgk rupanya ada bangkai ular sawa dah berulat kat situ.
coiii..
papa gerak kreta ke depan sket sebab busuk gila.
sabar jalahhhhhhhhhhhh..
dah setel semua gerak terus.
takda brenti mana2 dah sampai Kelantan.
jalan pun ok, kereta tak bnyk sgt.
ha, singgah kat hentian kat banjaran tu ja kejap, papa nak regangkan otot.
aku tak turun pun sebab Aniq tidor.
aku tak kasik dia susu dah risau dia muntah lagi, kasik air kosong ja.
tu jelah yg spoil sket, lain2 dua beradik tu ok ja.
kakak pun behave ja all the way, excited nak g jalan.
keep asking kenapa jauh sangat ni, dah lama naik kreta.
haha.. jgn kata ank, aku ni pun lenguh duk belakang duk riba Aniq tidor.

pkul 8 malam sampai Wakaf Che Yeh..
yayyyyy!
akhirnyaaaa..
owner homestay tu datang jemput kami kat depan Hotel Holiday Villa.
kitaorg decide g homestay dulu baru g carik makan nnt.
aku dah letih sgt dah ni.
sampai homestay, Amni buat perangai taknak masuk.
dia bajet nak duduk hotel sekali rumah.
menangis2 jenuh nak pujuk.
dah masuk rumah, tgk rumah eh lawaaaaa, terus suka.
drama la nak oiiiii..
homestay tu kat dlm kawasan rumah owner jugak.
sebelah rumah ada kedai runcit ada kedai makan.
senang keja.
10 minit nak ke Wakaf Che Yeh.
excited mak dengar Wakaf Che Yeh kannn?
hahahah..

dah mandi2 smua, abah keluar g depan.
aku dah malas dah, letih nak tidor ja.
nak makan pun malas dah ikut hati tu.
mandikan anak2, bantai tidor sekali diorg.
skali mak aku lah baring terus, dia pun tak sihat sgt kan?
abah ngan menantu dia keluar g kedai kat depan.
pkul 10 aku bgn sembahyang, baru mkn.
pastu tidor balik.
lenguh badan and letih.
sepanjang perjalan tu aku tak tidor sgt pun.
sebab nak enjoy tgk pemandangan.
kata dah lama tak pegi kelantan kan?
lagipun leh teman papa sembang2 kut dia boring bawak kreta.
dah mlm tu, bule baring uiii lega.
sejuk plak tuu..
syok ooooo sebab hujannnnnnnnnnnnnnnnnn..

setel day 1, next entry seterusnya pasal Kelantan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...