Tuesday, March 29, 2016

Perlu ke letak mahar tinggi ?

rasanya semua dah tau cerita hot yg tgh viral sekarang ni..
bukan setakat kat media sosial, dah keluar newspaper dah pun.
kat fb siap ada video lagi
semlm beriya jugaklah aku melayan and duk cerita pasal tu ngan opismate..
kecoh engkau.
hahahah..

aku pun tak pasti cerita sebenar mcm mana.
sekadar baca kat fb or blog2 je.
komen2 org yg ntah betul entah tidak.
bukan kita yg kena and bukan kita ada kat situasi tu pun.
ada yg kata pihak lelaki bawak duit hantaran tu  tak cukup.
ada pulak yg kata rombongan pihak lelaki cakap lebih kurang je ngan pihak perempuan.
dah bawak duit tak cukup lagi nak cakap main2 kan?
pastu ada pulak yg kata, lelaki tu takda keja la, gepren duk kaver ja selama duk bercinta tu.
haishhhh..
eh macam2 lah.. korang pun dah baca kut.
ada yg sokong sebelah lelaki ada yg sokong sebelah perempuan.
aku tak sokong mana2..
saja nak sembang2 kosong ja hari ni setelah lama tak update..
ngehngehngeh...

pihak perempuan mungkin rasa malu, sakit hati dan terhina bila pihak lelaki tak sediakan wang yg cukup seperti dijanjikan.
dah janji kan, pastu tak tunai.
lagi2 bab duit.
then maruah la...
pihak lelaki dah berjanji, tapi mungkin dah sampai masa tu duit masih tak cukup.
tetap datang sebab nak nikah oi.
sapa tak nak kan?
kata dah bercinta lama..
bini muda lagi kut, baru 21..
si lelaki, umor 27 tahun, keja gad.
tapi dapat gak sedia 10k. tu dah dikira hebat.
ntah camna dia carik duit kita pun tak tau.
dah plan nak nikah, haruslah datang jugak kan?
bercinta pun katanya dah 3 tahun.

benda ni sebenarnya boleh ja dibawak bincang elok2..
tak perlu sampai gaduh2, maki hamun, baling kasut bagai.
kat dalam kawasan masjid pulak tu.
bukan budak2 pun yg gaduh tu, dah tua pun ada.
allahu... malu oi.
begini ke perangai org Islam?
dah mcm takda adab.
yg si pengantin perempuan pun bukan main merempan.
pakai baju kemain liplap, duk menjerit2.
lawak pulak kan?
teruk gak kena hentam aku tgk.
komen smua hentam sebelah perempuan.
walau kita tak tau duduk cerita sebenar, tapi adab dan maruah kenalah jaga.
mak bapak or org dewasa kat situ patut main peranan elok2.
dah bergaduh maki hamun camtu.. tak elok..
diorg pun dah pakai baju nikah lawa2 dah, tak pasal2 tak jadi kawen.
duit dan janji punya hal kan?
benda yg asalnya mudah, jadi susah.
ikutkan rasa semuanya binasa.

basicnya, kembali kepada apa yg agama kita suruh..



zaman sekarang org berlumba2 letak mahar atau belanja kawen mahal2.
motif?
malu dengan jiran, dengan mulut org kalau letak belanja kawen anak kita murah?
jiran sebelah anak dia 10k, anak kita kena lagi mahal, up jadi 20k.
padahal anak tak keja apa, bakal menantu pun sama.

persoalannya, perlu ke mahal or belanja mahal2 tu?
untuk apa?

Islam dah mudahkan utk bernikah ni.
mahar mahal tu penentu bahagia ke?
ke penentu siapa hebat?
taulah zaman sekarang semua benda mahal, duit semuanya.
nak kenduri nak buat persiapan kawen.
kalau mampu, tak salah.
tapi kalau kedua belah pihak tu sedang2 saja, ikut kemampuanlah..
kau duit dlm bank berkepuk2 sokay la..
goyang kaki keluar duit, haaaa pegilah pinang anak sapa pun, berapa belanja pun takda masalah.
yg sebelah perempuan pun, nak letak belanja kawen biar kena dengan kita.
kadang ada ja aku tgk anaknya biasa2 saja, belajar pun takat SPM, keja pun biasa2, letak belanja kawen nahhh 10k.
terkebil2 pihak lelaki..
nak  minta kurang malu, anak pun dah suka sangat.
hempas pulas mak pak anak beranak carik duit.
gaduh2 pun ada, tangguh pun ada sebab tak cukup duit.
nak buat belanja kawen, nak buat kenduri segala bagai.
kalau mahar dah 10k, tak masuk persiapan kenduri lagi.
busuk2 kena ada 25k utk kenduri segala bagai.
haishhhh..
alasan, zaman sekarang semua duit, semua mahal.

tepuk dada tanya iman..
setakat mana kemampuan kita.
Islam tak suruh kita buat gitu pun.
kenduri setakat kemampuan nak hebahkan kepada masyarakat kita dah kawen.
kompang, pelamin,hantaran semua tu adat, takda tak dosa pun.
walimatulurus tu pun bukan kena tumbang lembu 2-3 ekor, ayam golek bagai.
semampu kita.
ada ja kenduri kawen yg buat laksa je pun.
org datang nak kutuk, lantak.
bukan dia keluar duit pun.
dah panggil mkn kenduri, patut syukur datang kenduri makan diam2.
yg keluar belanja semua, habis masa kenduri, pas kenduri kang nak mkn apa duit dah habis?
time tu org peduli ke kita camna?
kenduri gah, lepas tu menangungg hutang.
anak dah 2-3 hutang tak habis bayar lagi.
org tau ke?

sebab tu dalam Islam dituntut merendahkan mahar.
demi memudahkan semua pihak.
ikut kemampuan bukan ikut napsu.
kalau dah bercinta lagi mudah.
bule bincang siap2 pasal mahar ni.
mcm aku dulu.
pihak lelaki bg tau setakat mana diorg mampu.
mak bapak aku pun ok je, takda hal.
benda boleh bincang kan?
nak mahal2, bopren kata tunggu lagi 2-3 tahun..
ohoiiii tak mau, nak kawen cepat... hahahah...
kita pun kena paham, diorg nak kluar belanja nak buat kenduri lagi.
jgnlah sampai menyusahkan pihak sana.
pastu nak hidup sama jugak.
kang mentua menyampah pulak kat menantu sebab letak belanja mahal.
dapat menantu lawa, baik, rajin, pandai masak semua pakej lengkap ok la
skali dapat yg malassssssssssssssss, haa mendapat la kau.
bayar mahal, tapi after sale hampeh.
hahahahah..


adik aku baru ni dah selamat kawen.
later aku up entry pasal kenduri tu smua.
simple2 saja, hantaran pun takda tinggi mana.
diskus dgn pihak lelaki, diorg pun ok.
jadikan semuanya mudah, tunaikan tuntutan agama..
asalkan diorg nikah, dah selamat hidup elok, cukuplah.
ni semua pendapat dan coretan aku saja.
kes diorg tu, lantak koranglah.
katanya dah buat report polis bagai.
kesian polis, bnyk pulak keja dia sekarang ni..
harap takda dah insiden mcm ni lagi pasni.

belum kawen dah gaduh jerit bagai.
dah kawen esok camna entahhhh...
maruah diri pun kena jaga yeh..

kat fb sehari 2 ni, mmg pakat duk up status ni saja aku tgk.
mcm2 komen..
kalau kita jadikan agama sebagai panduan, bukannya adat sebagai tunjang, semua jd mudah.
adat tu tak ikut bukan dosa besar pun.
nak buat, buatlah, tapi biar kena pada tempatnya..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...