Search This Blog

Loading...

Thursday, May 05, 2016

Bila hujan

semua tau sekarang ni musim panas kan?
elnino..
kat Perlis ni, panas oi..
biasa2 pun sini memang panas.
sekarang lagi panas.
suhu cecah 39, so bayangkanlah panas tu mcm mana.
berkuap..
sekolah pun dah berapa kali tutup sebab panas.
opis tak tutup sebab duk dlm ekon.
hehehe.

aku skang selalu bawak bekal g kerja, so mmg tghr tak keluar lunch dah.
selain daripada jimat bajet, tak payah dah pikir nak makan apa, nak kena keluar carik makan.
kadang2 tu keluar jugak la kalau tak bawak bekal.
keluar kejap nak lunch sejam tu, uiii dia punya berpeluh tak tau nak habaq.
basah ketiak oi.
bak kata scha al yahya, ketibas.
hahahaha..

aku kerap gak sakit kepala musim panas ni.
duk dlm opis, kena aircond, sejuk ja.
skeli keluar haaaaaaaaaaaaa, panas kau.
masuk opis bali, terus sakit kepala.
jenuh la duk togok air masak bnyk2 then masa solat sujud lama2.
tak nak mkn ubat sangat dah tua2 ni.

dah nama musim panas, lama kut tak hujan.
masjid pun dah buat solat sunat istisqa, solat mohon hujan.
pembenihan awan pun dah mula buat.
Alhamdulillah, dengan izinNya, hujan turun di bumi Perlis.
walau tak semua kawasan terima hujan, sekurang2nya separuh kena hujan.
syukur sangat.
bila hujan turun tu, rasa sebak ya Allah..
aku siap duk Alhamdulillah ulang2 sebab seronok.
rindu sangat bau hujan.
turunlah lebat2 wahai hujan, kami rindu.
pastu ramai update status kat fb hujan turun.
lama sangat tak hujan.



Aniq tak tentu arah duduk sebab dah lama tak nampak hujan.
kemain dia excited, menjerit2 bagitau apa entah bahasa dia.
then lebat bule tahan.
aku biar je tingkap terbuka sebab nak menikmati angin dan bau hujan.
pastu Amni marah sebab basah.. hahaha
pastu nangis takut sebab ada guruh.
adik relax ja pun.

Mama ; " kakak, kita kena bersukur tau sebab Allah bagi hujan ni. la ni panas, tanah kering, dahaga. dah hujan mcm ni kita kena kata Alhamdulillah, terima kasih Allah"
Kakak ; " pasaip mama?" blablablablabla.
Mama ; malas layan.. hahaha

budak tu dan mula bertanya sometimes malas nak jawab.
hahahah.
banyak sangat tanya, letih nak jawab.
mak kau gini dah, patut layan je anak, bg dia ilmu.
tu keja apak kauuuu..




tengok papa balik tgh hujan.
basah la papa masa nak buka pagar sebab hujan lebat.



terima kasih Allah.
sekarang ni dlm semingu tu ada gak la sesetengah tempat terima hujan.
kat Kangar ni tak kerap sangat.
semlm guruh kuat jugak, tapi tak lebat pun hujan.
petang semlm pun sama gak.
takpalah, asal hujan kat tempat lain ok dah.
risau tgk sesetengah tempat kering kontang, merekah tanah semua.
air kat empangan pun dah banyak susut, catuan air pun dah mula buat.
risau sangat kalau kemarau ni berpanjangan.
takut dengan amarah Tuhan.
sama2 kita muhasabah diri, mohon keampunan dari Allah yg satu.
moga musibah ini tidak berpanjangan..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...