Wednesday, May 04, 2016

Cuti cuti Kelantan Day 3

bersambung dari entry ini.
balik ke homestay, laju2 siap.
roger rombongan kenduri, diorg berkumpul pukul 12 kat homestay.
dari homestay kami ke homestay rombongan kenduri dlm 15mnt camtu.
rumah kenduri kat area Lundang Paku.
nak cari mudah je ikut map yg diorg bagi.
dekat dgn Klinik Kesihatan.
mlm kami pegi masa akad nikah, papa try pegi terus, tak pusing balik pun utk ke wakaf che yeh.
rupanya boleh buat one round.
pegi depan lagi, lalu Nilam Puri.
bila dah lalu situ, oooooooooooooooooo ni la dia Nilam Puri.

pkul 12 lebih sket kami sampai homestay rombongan kenduri.
diorg tengah load barang sebab lepas kenduri terus nak gerak balik Kedah.
tinggal pengantin lelaki, nnt dia blk dengan rombongan pengantin perempuan.
kenduri sebelah lelaki hari Isnin lepas tu.
kenduri sebelah perempuan hari Sabtu.
gap sehari je, memang letih laaaaa.
hehehe..
tapi nak jimat masa, nak buat camna.
kang lama pulak nak ambik cuti, pengantin dua2 keja army.



the bride and groom.
simple je pelamin but still nice.
kenduri sikit je diorg buat.
khemah 2 biji je pun.
tuan rumah saja buat kecil2an je, ala kadar katanya.
lagipun dia tak ramai sedara kat Kelantan.
diorg bukan org sana, sedara mara yg datang pun tak ramai.
maybe sebab jauh.
aku naik kejap je tgk pengantin, then turun makan.
gilir2 ngan papa.
lauk ok jugak, catering je semua.

selesai mkn, lepak kejap then gerak balik.
rombongan semua gerak balik terus.
diorg singgah Bukit Bunga kut nak shopping sket2.
kami meneruskan misi ke Pasar Siti Khatijah.
dah tau jalan, so kejap je sampai.
rezki betul dapat parking depan pasar tu.

ada 3 tingkat kut pasar ni.
ke 4, lupa dah.
bawah skali jual barang2 basah like ikan sayur tu semua.
tingkat 1 jual makanan like serunding keropok.
tingkat 3 jual kain.
haa, klau camtu 3 tingkat jelah... hahaha 
aku naik atas terus bahagian kain2.
sebab nak carik kain tudung bawal.
nak beli bnyk balik jual.
ehek ehek ehek..
jumpa 1 kedai, tgk makcik ni mcm ok, so borong situ terus la.
beli bnyk so dia bg harga murah jugak la..
aku borong 50 helai terus.
bawal airis tu, yg ada batu2 atas kepala tu.
dah nak habis jual, skang tinggal dlm 12 helai kut.
aku sendri belasah 4 helai. hahaha
bayar pun tak, tolak duit modal jelah.
pastu usha batik sepasang and tudung bawal yg elok sket.
eh, yg mahal sket. hahaha.
ketaq tangan rasa nak beli tudung mahal sebab dah lama tak beli yg mahal.
beli laju2 sebab Aniq membuas.
papa tak larat nak kepung.
dia nak lepas bebas, taknak dukung taknak pegang.
kang sesat kat situ susah pulak.
besar bule tahan, kang papa kata cari tak jumpa sebab kedai mcm serupa then dekat2 je.
pastu bule pulak dia berakkkkkk.
busuk ya ampunnn.
papa dah muka lain malas nak tunggu aku duk beli tu.
adehhh, spoil.
so laju2 bayar ha jom g carik toilet.
papa p ambik beg Aniq dlu, then pegi toilet.
dah basuh, dah mandi, makin segar dia, makin menggedik.
kakak ok je, dapat mainan seketul behave la.
masa kat toilet tu sempat la singgah lagi 1 kedai.
beli baju kelawar and batik.
dah alang2 sampai kan rugi tak beli.
jgn kata baju batik tu lawa, kaftan pun uiii menggoda iman.
tapi pilih pun laju2 sebab papa dah tak larat nak pegang Aniq.
sabar jelah budak kenit tu.
belikan utk mentua kain pelikat and batik and baju kelawar utk aku.
pastu dah jom balik.
hahahaha.
tok umi ngan tok abah tunggu bawah je sebab tok umi tak larat dah.
dia tak sihat sgt hr tu.
masa turun tu sempat la beli serunding and keropok sket buat buah tangan.
gambar mmg sekeping pun takda kat situ.
tak sempat oi.

blk homestay, rehat kejap.
petang dlm pkul 6 camtu keluar pulak.
papa ajak pegi pantai.
beriya dia berjanji ngan Amni nak g pantai.
so, jomla kita pegi.
sygic papa bawak ikut jalan jauh, so dekat pkul 7 baru sampai.
sabar jelahhhh.
dah sampai panti boleh pulak Aniq tidor.
oh, pegi pantai cahaya bulan.
semua turun tinggal aku ngan Aniq jelah.
angin kuat gila kat sana, ombak punya besar.
situ mmg takda org mandi la.
kalau turun jugak confirm lemas la tgk ke ombak tu.
ada tembok besar, so blh tgk kat situ.
abah siap rakam video sebab tgk ombak besar and kuat sgt.
papa bawak Amni g tengok and belikan layang2 sebab dah janji.
aku buka pintu keluar kejap, terus masuk balik.
tempias air laut, ngan pasir smua melekat ke muka.
hahahaha.
dah maghrib masa tu, tapi org punyalah ramai.
pastu jalan2 kat area depan situ sket sebab tok  umi nak carik baju utk adik2.
tapi tak jumpa yg best pun and tak bnyk.
aku beli blouse batik selai and baju kelawar utk Hana.
pkul 8 lebih camtu gerak balik dah.



singgah dinner di sini, tak jauh dari area wakaf che yeh.
ada mcm2 jenis sup kat sini.
org pun blh tahan ramai.
tok umi mkn bnyk jugak walaupun takda la sedap sgt sup dia.
biasa je pada aku.
harga pun okay la jugak, tak ingat dah berapa.
sejak demam selera tok umi tak berapa ok, mkn nasi 2-3 mulut je.
mlm tu maybe rasa masam manis sup tu, dia lalu mkn sket.



budak yg langsung takda rasa letih.
tak habis2 bateri dia.
robot ke org ni, konpius mama
sepanjang kat sana, Aniq asyik muntah je.
asal naik kreta muntah, sampai aku seriau nak bg dia susu bnyk2.
tapi dia ni bila g jalan2 taknak mkn sangat, nak susu je.
dah minum kang muntah pulak.
tapi cergas je, takda nak lembik letih ke apa.
papa kata adik mabuk kereta.
hahaha.

lepas mkn, semua balik homestay kecuali aku ngan tok umi.
kami pusing2 wakaf che yeh.
gila besar oiii.
lenguh kaki jalan dlm tu.
tu pun tak habis pusing, tak larat dah.
org ramai gila.
cuti kan, ramai blk kg, rombongan bagai.
kami carik tshir i love kelantan tu, haram takda.
sebesar2 wakaf che yeh tu, tak jumpa pun.
ada 2 kedai je yg jual tapi mahal.
takda menda, tulis i love kelantan je.
tok umi tak berkenan, cari yg long sleeve lagi la takda.
aku beli la jugak utk budak2.
dah pegi tempat org, tshirt gitu harus lah beli kan?

dah setel, kol papa meh ambik.
nak jln sampai homestay tak larat dah, jauh gak la nak jln tu.
tapi kena jalan keluar tu jauh gak la sebab papa tak nak masuk dah area situ.
jem bule tahan haibat, kang susah nak pusing.
balik tu tidor mmg tak sedar diri sebab lenguh kaki.
tawaf pasar siti khatijah and wakaf che yeh.

esok pagi, bangun kemas2 sebab nak balik dah.
pkul 10 camtu dah checkout.
terima kasih kat en.muhammad tokey homestay.
kemas2 balik rumah dia sket2 sebab kami ubah katil.
keluar tu singgah umah sepupu abah.
dia duk kol abah 2-3 kali suruh singgah jugak sebab dah lama tak jumpa.
tak susah nak cari rumah dia, dekat2 area nilam puri jugak.
anak dia datang jemput sebab rumah dia masuk ke dlm sket, nnt tercari2 dia kata.
sejam jugak la kat situ, siap dia hidang mee goreng bagai.
dia pun nampak lain sket dr dlu, lama tak jumpa lagipun.



buat kenangan sebelum balik.
sebelah aku yg baju purple tu anak sulung dia, tgh belajar kat UIA.
antara aku dan umi tu kak ha.
dia keja kat jabatan pelajaran kut, ke lecture entah, lupaa.
hehehe..
suami dia pencen army kut..
ni rumah baru diorg, baru pindah 2 bulan.
belum habis kemas lagi dia kata.
besar oi, banglo 2 tingkat.
lawa, and besarrr. hehehe..
belum siap sepenuhnya lagi pun sebab ada yg husband dia buat sendiri, buat sikit2.
jimat kos dia kata.
belakang rumah ada org wakafkan surau.
rezki dia kata, rumah dekat dgn surau.
tghr camtu, gerak keluar,

cadang  nak pegi rantau panjang.
dah masuk jalan tu tgk kereta bule tahan meriah, decide tak payah pegilah.
sebab sana mcm padang besar je pun.
lagipun nak pegi tgk2 je takda niat nak beli apa.
so, sebulat suara, jomlah kita balik terus.
takut jem, kang lewat sampai
pkul 3 camtu kut brenti lunch kat bukit bunga.
then brenti beli kropek lekor kat tepi2 jalan je.
belasah je beli, seb baik dapat yg sedap.
brenti solat tak ingat pulak kat mana.
budak2 behave dlm kreta so mudah keja papa and mama.
jalan blk smooth je, tapi menghala ke kelantan uiii, meriah.
sampai rumah tok umi dlm pkul 10 mlm.
sampai rumah kami sebelum pkul 12.
masuk rumah tukar2 baju, basuh anak2 dah jom tidor.
barang2 smua esok2 la kita tgk lain.
letih oi.

so far best jugak la pegi kelantan sebab dah lama tak pegi.
papa ajak pegi lagi.
amboi diaaa...
tengok la setahun 2 lagi, klau ada rezki kita pegi lagi.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...