Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 03, 2016

Rambut baru

cerita bulan Februari.. muahahaha...

ni kisah anak2 yeh.
kalau aku yg gunting rambut, nak tempek sini dah buang tebiat namanya..

mula2 aku zass rambut si kakak.
dah lama ada rasa nak potong sebab saja nak pendekkan sikit.
now kadang2 mcm tak sempat nak sikat rambut dia cantik2 sebab bz dengan si adik.
dia tak pandai lagi sikat rambut sendiri.
harap ke apak, tah apa2 di ikatnya rambut budak tu.
sakit mata aku tgk.
duk tanya2 kakak, dia ok ja nak potong rambut.
kisahnya masa kat rumah tok abah, tidor sana.
pagi tu sebelum mandi saja belek2 rambut dia, nak kemaskan sebab belum nak mandi lagi.
saja belek2, eh ada  telor kutu pulak dahhhhhhhhhhhhhh.
hadoihhh.
tahun lepas gitu jugak, dah taruk ubat ok dah.
thn ni jadi pulak dah.
fenomena biasa bila duk taska.
haishhhh.. so, dikesempatan itu, laju2 aku ambik gunting baju tok umi, zass terus.
dia pun ok ja redho.



1st pic berambut baru.
senget benget sebenarnya ni sebab dia duk tak diam.
aku lak bukan pandai sangat pun gunting rambut.
takat sikit2 tu ok la.
lain dah muka masa ni sebab tak pernah berambut pendek pun sebelum ni.
bule ikat lagi masa ni.
tok umi geleng kepala ja tgk sebab masa aku kecik2 dulu, dia tak pernah pun potong rambut aku.
masa aku 6 tahun, rambut aku sampai pinggang ok.
hari2 pegi tadika ikat tocang 2.
tok umi rajin, mak kau tak. hahahaha

esok tu Isnin, pegi sekolah kakak kata kawan dia cakap rambut dia tak cantik.
hahahahah.
sentap mak kau nak oi..
blk skolah terus g salon nak repair sket rambut kasik lawa.
berterus terang sungguh kawan kau tu ehh..



1st time ke salon.
muka mencuka sebab tak biasa, then maknya gunting rambut tu sangat tak friendly.
aku nak g kedai yg aku biasa pergi tu tapi tak buka.
so, belasah jelah salon yg ni.
sudahnya hampeh.
di sengguk2nya kepala Amni mcm tu ja.
aku dah geram tgk sebab tu budak kecik kut.
tak blh ke lembut sket.
memang 1st and last la salon ni.
pastu dia tak buat layer pun padahal aku dah bgtau.
tgk ke muka mcm ikan puyu tu aku malas nak cakap dah, lantak la.
dia trim kasik sama je kat bawah, the charge rm13.
puiiiii.
blk rumah aku kena edjas gak sebab ada lebih2 kat tepi tu.

so, kakak dah comel dah rambut mcm buah epal papa kata.
ciwi kemain sebab tak pernah kan?
now pas mandi dah boleh sikat rmbut sendiri tanpa bantuan mama.
gud job kakak.

next 2 week, giliran adik pulak.
musim panas ni, kesian tgk dia.
berpeluh2 kepala pastu busyuk.. hahaha
takkan hari2 nak syampu kan?
so, jom kita zass jugak dik.



mcm biasa, mamak jelah kita pergi.
adik pun dah ok, duduk diam ja takda nak ngamok2 mcm 1st time dulu.
kali ni aku suruh kasik mata 1 terus.
papa mula mcm tak setuju...
relax pa, nanti rambut tu tumbuh balik, dun wory.

so, adik dah botakkkkk.
hahahaha.
tu 1st pic lepas keluar kedai gunting.
duk tergeleng2 kepala, rasa ringan kut.
nampak muka penuh ja sebab takda rambut.



ni pic mlm tu.
dua2 berambut baru.
senang keja mama skang ni.
hahahah..



cheeky boy mama.
comey ja budak botak ni.
bila tanya mana rambut, dia tepuk2 kepala pastu cakap dok means takda..
hahahaha.
maktok tak puas hati sebab botakkan cucu dia.
duk ulang2 tanya napa botakkan bila aku pegi sana.
relax maktok, ni pun comey apaaaaa...
tok abah n tok umi pun gelak tgk adik.
smua kata nampak lain muka bila takda rambut.
sebab dia dah besar kan?
kalau baby or below 1 year tu maybe ok..
sekali sekala tukar imej.

kakak duk panggil adik, adik dogoi.
suka sgt dia gosok2 kepala adik.
bila adik g sondo dia, lari pulak sebab kepala adik tajam.
hahaha.. apa saja la korang anak2 oi.

tu crita 2 bulan lepas.
now, rambut dah panjang balik dah.
rambut kakak dah boleh ikat dah pun sket.
kena ikat sebab aku rimas tgk duk melekat kat muka bila berpeluh.
rambut adik pun dah boleh sikat.



gambar minggu lepas.
raya ni rambut adik dah mcm dulu balik la kut.
untung jugak botak musim panas ni.
kesian tgk berpeluh2 kepala tu.
tapi pasni nak botakkan lagi rasanya papa dah tak kasik.
sebab bila adik botak mcm ada efek.
lagi cergas oiii... ringan kepala kut.
hahahha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...