Search This Blog

Loading...

Friday, May 06, 2016

Saham akhirat

entry sekadar berkongsi, takda niat riak ke apa eh..
saja aku nak share..
sebab benda ni kecil, tapi kita tak sedar.

kat opis aku ada surau.
besar la jugak sebab surau untuk student@pengguna.
hari2 mmg ramai orang keluar masuk.
staf pun smayang situ.
telekung pun banyak.
masa mula2 buat ada dengar2 sesapa yg nak wakaf telekung blh refer ke admin.
tapi aku terlepas.
rugi sangat.
sebab masa tu kami baru pindah bangunan baru yg berganda besar dr tempat lama.
mcm2 nak kena setup.
hajat di hati tu nak la join utk wakaf telekung tu.
kalau tak silap, diorg kumpulkan duit,then pergi beli telekung dan sejadah.
better buat gitu sebab nanti telekung dah mcm2 pesen pulak yg ada.
tak berapa lawa la kan?
tapi tulah, aku terlepas.
but now sebenarnya boleh je kalau nak letak telekung kat surau.
tapi tetapla tak terbuat.
kita kadang tak berapa sedar betapa besarnya pahala sedekah atau wakaf.
pastu bila dah tgk org buat, kita mcm ok lah tak payah dah.

ok, dah terlepas yg tu, aku taknak la terus terlepas.
nak jugak buat saham akhirat.
perkara yg kita rasa kecil tapi besar ganjarannya.

apa yg aku boleh buat atau sumbangkan utk pengguna surau ni ialah dengan basuh telekung2 tersebut.
korang taulah kalau dlm sehari tu kadang beratus org guna surau, guna telekung, then dia punya hapak busuk telekung tu uiiiiiiiiiiiiiiiii...
tak tergambar. hahahah
aku mmg tak blah dengan bau hapak telekung ni.
bule migrain tau.
aku bawak telekung aku sendiri, takmo share2.
bukan berkira, tapi tak tahan bau hapak tu.



once in a month aku akan bawak balik telekung2 ni smua utk basuh.
boleh je nak hantar dobi, tapi aku prefer basuh and lipat sendiri.
sebab aku tak minat bau pewangi kedai dobi.
kita taruk soflan @ downy eh kat telekung.
supaya wangian kekal lama..
gitewwwww.
padahal, tak dan sebulan, hapak jugak.
lepas guna telekung lembap, disepuknya mana tak hapak kan?
tu tak kira taik lalat berkulat lagi.
sabar jelah.
aku masa duk kirai telekung tu nak basuh, kembang kempis tahan hidung.
nak pahala, kena sabar.
ehehehe..



selalunya utk telekung, blk tu aku rendam clorox dulu.
besok pagi baru aku basuh.
air rendaman tu hitam okeh..
ramai org guna kan?
dah basuh taruk pewangi banyak2 sket.
sebelum g keja, sidai siap2.
ala, sidai dlm rumah je, nipis je telekung ni kang kejap ja kering.
utk kain pun sama cuma kain kadang2 aku tak rendam clorox pun sebab ada kain yg corak tu takut turun kaler.
sekali bawak balik kadang2 3 kali jugak mesin.
bawak balik separuh dr telekung yg ada, lagi separuh guna.
dah sebulan, keluarkan yg baru, then bawak balik pulak yg dah hapak tu.
gitulah ulang2.
kadang2 ada kawan2 lain yg bawak balik.
kadang2 ada yg hantar dobi terus.
Alhamdulillah, sama2 buat, sama2 dapat keberkatan tu.



dah siap lipat.
nampak sikit tapi 3 kali mesin gak ni.
sebab dah rendam clorox kain jd berat la kan?
tak letak banyak2 dlm mesin kang berat sgt pulak.


benda simple, nak buat pun mudah.
setakat sabun, air, pewangi, eletrik tu berapa lah sangat nak compare dengan pahala yg kita dapat.
moga2 apa yg kita buat ni dapat keberkatan.
dah menyenangkan org nak guna, tak busuk nak pakai mengadap Tuhan.
mcm aku kata perkara kecil yg besar hikmahnya.
aku pun doa smoga aku terus istiqomah nak buat ni.
smoga takda perasaan berkira dlm hati aku nak buat ni secara berterusan.
yelah, kadang2 syaiton tu hebat godaan dia.
kang dihasutnya aku sebab asyik kau je buat, org lain guna je.
no no no.
nyah kau syaitonnnnnnn..

korang pun kalau ada surau kat opis ke kat kawasan perumahan ke boleh la buat.
tak teruk pun, bukan berat sangat pun kain2 ni semua.
lama2 kita jadi  seronok bila org yg guna pun seronok.
wangi je telekung tu kan?
aku ni teringin nak g basuh telekung masjid.
tapi singgah masjid pun jarang, kang org kata nak curik pulak.
dah 1 hal.
nak tanya2 org, dah tak kenal.
hehehe.
tu masalah orang sekarang ni, tak kenal jiran. hahahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...