Search This Blog

Loading...

Wednesday, May 04, 2016

Tudung

Perempuan dan tudung tak dapat dipisahkan.
tapi kalau yg tak bertudung. berpisah la jugak ye dok?
ehek ehek ehek..
ok tak kelakar..

meh up gambar dulu..



keadaan mcm ni jadi kadang2 je yek.
tersusun elok  mcm ni la maksud aku.
maybe sebulan sekali masa basuh segala tudung.
aku tak rajin sgt nak basuh tudung tiap2 minggu sebab leceh.

himpun jelah basuh banyak2 sekaligus.

hahahha..
takat sekali pakai tu ok lagi kut, takda la masam sangat bau dia.
basuh handwash yek smua ni, tak masuk mesin basuh.  
walau beli murah, mcm sayang nak masuk mesin takut rosak masa putar.
kadang2 je aku spin kat mesin.

ini 80% tudung bawal dan shawl aku.
ada lagi 20% kat dlm laci.
ada lagi berpuluh2 helai bawal sebenarnya yg lama2.
yg beli since 2005, means sejak bekerja.
yg tu dah out dated sket so, bersemadi dlm kotak lah tempatnya.
ada yg aku kasik ke adik aku pun ada.
now kan semua  nak pakai bawal exclusif, berlian merelip merelap atas kepala.
mana nak pakai dah yg jenis kerawang bagai tu.

then now trend shawl kan?
2 line paling kanan is bawal, next 2 is shawl.
ada bawal biasa yg harga rm10, ada bawal aidijuma, ada bawal airis.
bawal exclusif tak da, tak mampu nak beli.
hahahah.
dulu masa bujang, boleh la beli bawal selai rm60.
now, memang tak kuasa nak beli.
rasa membazir.
tahun lepas terjebak ngan bawal aidijuma.
tu pun sebab kawan aku share kat fb dia g beli kat jualan gudang.
yg black label tinggai rm10 selai daripada rm30++ selai.
so aku kirim ke dia skali, ambik 6 helai terus.
aku suka jugak bawal sj ni tapi tengok patern jugak.
yg corak penuh yg white label tu aku tak minat sgt.
aku suka yg tak serabut sgt.
ada jugak bawal yg ada diamond tapi yg jenis biasa.
selai rm25-30 je selai.
masa g kelantan hari tu borong 50 helai balik jual.
aku ambik gak la 2-3 helai.
lawa2 tapi renyah nak jaga sebab ada batu merelip  merelap tu.
bawal ni tak habis musim org kata.
mcm2 jenis tudung yg timbul, bawal tetap ada pengikut dia kan?
cuma patern jelah tenggelam timbul.
now org pakai bawal plain je, selai rm7.
jimat btoi..

shawl pun sama.
mostly shawl aku tu jenis chiffon.
takda cotton ke apa ke, semua jenis kain licin lembut ja.
satin ada selai kut.
ada halfmoon ada butterfly shawl.
muka aku jenis penuh bulan mengambang, nak pakai shawl kena pakai inner awning ataupun inner magic.
tak blh pakai shawl saja, kang muka mcm talam.
tak sesuai.

tu baru shawl dan bawal, belum tgk tudung instant yg ada awning tu.
tudung instant beli kat pasar mlm je, brand ariani maaf tak mampu.
tak kisah bab jenama, janji lawa and selesa pakai.
pakai yg brand mahal2, merelip merelap, tapi tak patuh syariah, tak guna jugak ye dok?
uhuk uhuk uhuk..

aku rasa koleksi tudung aku ni sikit ja.
rasanya kat luar sana mesti lagi sakan tudungnya.
now sejak beranak pinak rasa berkira sket nak shopping utk diri sendiri.
beli sekadarnya je.
tapi dlm pada berpada2 tu banyak gak la beli kan?
dah kata kerja ye dok?
dulu zaman bujang lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la banyak tudung aku.
nampak patern baru je beli.
nak2 dulu aku selalu balik siam, sana bawal memang mcm2 patern and murah dr sini.
so, duk borong sana la kan?
now, nak beli kena pikir2 dulu.
keperluan ke kehendak. hahahah.
then takda la nak beli yg mahal2 mcm dulu.
shawl aku tu rasanya ada je yg rm10, rm20 camtu.
sekarang kan melambak shawl, murah2 pulak tu.
brand dgn tak lebih kurang sama ja kualitinya.
lagi pun aku suka yg simple and plain ja.
tepuk dada tanya selera masing2.

sebenarnya up pic tu nak tanya, korang simpan mcm mana tudung2 korang?
hahahah.
tu topic asalnya..
sebab pada aku , susah la hai nak urus tudung2 ni smua.
nak2 yg jenis awning, makan ruang nak simpan.
dulu aku gantung smua tudung2 tapi lama2 rimas tgk sebab serabut.
so, nak tak nak kena rajinkan diri lipat susun mcm ni.
aku lagi suka susun mcm ni sebab nampak semua bila nak pilih.
cantik je kan tersusun.
tapi bila kalut2 nak pilih tudung, main tarik ja habis bersepah.
dah kena susun balik.
ni aku letak dlm drawer sampai roboh dah sebab berat.
nak kena cari drawer khas nak simpan tudung.
gituuuu..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...