Wednesday, June 01, 2016

6 tahun.. Alfatihah utk mu anak.

lama pulak cuti panjang kau yek kak yah..
hihihi...
blk dari bercuti hari tu. masuk opis ada kursus java seminggu..
berpinau bijik mata oii..
duk ingat sempat la nak curik2 update blog..
nan hadoooo.
takleh terskip langsung kang ko tergagau2 tak tau menda.
nak g toilet pun laju2 takut miss topic.
btw, best gak course mgg lepas.
tapi takda la skang ni kak yah dah haibat bule buat programming sapsapsoi..
kena bnyk belajar lagi..

Isnin lepas nak update blog.
buka, menung ja tgk.
blogwalking sket pastu menung lagi.
kelaut sket mood..
hari ni ikutkan hati tak kuat sangat.
tapi mcm bizi kat opis so, boleh la redakan gelodak hati.
hari ni genap 6 tahun pemergian anak sulung aku.
Isnin lepas genap 6 tahun besday dia.
selang sehari, iaitu hari ni, hari pemergian dia buat selama-lamanya.
since semlm aku dah rasa tak best.
pagi ni ada kawan tag kat fb ucap takziah.
Allahu...
trima kasih kawan sebab ingat. dulu dia ada wish takziah kat fb, now naik balik moment  tu so dia tag aku.

semlm ingat nak  baca surah Yassin, nak  mengaji sket.
tapi semlm anak2 mcm cranky..
Amni letih kut nak tdor awal.
Aniq pun sama mcm mood tak berapa ok.
so pkul 9 lebih smua dah melepek so jomlah kita tidor.
bagi anak tidor ngan mak skali join.
awal tu dah mkn sebab singgah umah mak sedara aku lepas blk kerja.
so, oklah klau budak2 tidor awal sebab dah mkn awal.
rasanya depa boring sebab papa semlm balik lewat, sama mcm mlm kemarin.
dah 2 hari tak jumpa papa..
maka marilah anak2 kita tidor.

tiap2 tahun mcm ni lah aku bila sampai tarikh ni.
anak kita kan, nak2 anak sulung mestilah kau akan terasa sampai bila2.
so, mmg tiap2 tahun akan ada entry mcm ni la.
sedih, sebak bila teringat kisah lalu.

bila cerita dgn kawan2 ayat biasa yg akan keluar ialah, "untungnya hang, nnt anak tu tunggu hang kat sana. doakan hang".
ya, itukah rahsia Allah.
walau beratnya hati aku nak terima dulu, tapi lama2 aku makin redha.
selepas dapat Amni, hati aku dah ok dan berterima kasih atas aturan tuhan utk kami laki bini.
now dah ada Aniq, Alhamdulillah.
bukan bermakna aku akan lupakan anak sulung aku.. tak mungkin..
dia tetap dia hati.

aku pun selalu doa, moga nnt bila tiba masanya, aku dapat jumpa Muhammad Aqil di sana.
doa aku juga moga dia tenang dan bahagia di syurga sana dan turut doakan mama dan papa dia.
dan moga tuhan ampunkan dosa2 aku yg lepas..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...