Search This Blog

Loading...

Thursday, September 15, 2016

Cerita Aidiladha 2016

gigih ni buat entry ni tgh2 mlm..
tunggu semua org tido, kalau tak, memang tak  menjadi kerja aku..
dah la sejuk gedi, duduk dlm bilik, betul bawah aircond.
sebab nak charge laptop skali.
so, bertabahlah sementara nak habis ni..

cerita raya aidilfitri 2016 pun tak keluaq lagi, dah tiba2 entry aidiladha kan?
baruuuuuuuuuuuu ja seminggu 2 lepas aku transfer gambar yg berlambak dr hp ke laptop.
so, nnt akan ada la bnyk entry throwback..
redho jelah ye..

2-3 hari sebelum raya haji thn ni, awal2 dah bgtau incik suami nak blk raya umah mak bapak aku.
sebab nak smayang raya.
dah lama kut tak pegi smayang raya sejak ada anak ni.
yelah, sapa nak jagakan anak kita kan?
kadang2 papa keja, so mmg tak la aku nak pegi masjid.
klau dia tak keja pun, dia jelah yg pegi.
thn ni nak pegi jugak2..
seb baik papa izinkan sebab dia tak tau cuti ke tak.

sabtu sebelum raya, kemas umah siap2 walau tak raya kat rumah sendiri.
ahad, aku puasa sunat arafah.
tahun ni dr awal dah berazam nak puasa, takmo terlepas mcm tahun2 sebelum ni.
petang, masuk je asar, laju2 solat sebab nak ke UUM ambik sepupu aku.
cuti raya cuma 2 hari, so dia tak balik Pahang and nak datang beraya umah mak aku.
no hal la, tak jauh pun UUM tu dari kangar.
dalam 45km je.
balik rumah mak aku dlu utk drop Aniq, then terus pegi UUM.
sepupu aku bawak 2 org kawan dia yg tak blk raya jugak.
ramai je yg tak blk raya sebab cuti pendek kan?
Kedah Perlis ni untung sebab cuti raya haji 2 hari.
dgn negeri Kelantan Terengganu kalau tak silap.
lain2 cuti sehari je..
dah ambik diorg, laju2 blk rumah sbb nak berbuka puasa.
mak aku pun puasa jugak.
menu utama buka puasa hari tu ialah daging!
belum raya lagi dah mkn daging dah sebab abah jual daging pagi tu.
ada daging rebus, perut,lemak cicah air asam bagai mak aku buat.
tapi aku tak minat sgt plus tak nak mkn sangat sebab keadaan gigi aku yg sedikit spoil.
kang lekat daging celah gg, pastu sakit rahang.
hahaha..
mak aku buat ketupat palas + gulai daging skali.
mula2 buka puasa aku belasah ketupat dulu.
lepas buka puasa, mlm tu duk lepak relax2 ja.
call husband, dia bgtau dia cuti 1st day raya.
tapi tak dpt blk umah mak aku sebab besok nak bawak ayah g smayang raya.
takpelah.. esok pas solat lah dia dtg.
tahun ni relax sket sbb pak mentua tak buat korban kat sini, dia buat kat kemboja.
saja try katanya.
selalu dia buat korban kat sini, then bizi sket la nak uruskan daging smua.
abah aku pun sama, tiap2 thn buat.
lagipun dia mmg organized lembu korban.
tp sebab dah biasa, so takda la huru hara sgt nak managed.

pagi raya, siap awal sbb raya haji solat sunat awal kan?
sebelum pkul 8 kami dah ada kat masjid.
budak2 tak bangun lagi, tinggalkan ke adik aku and sepupu.
diorg tak g solat (uzur), sebab tu aku bule pegi. hehehe.
sebelum pkul 10 dah setel solat sunat.
tok imam lupa takbir 7 kali masa rakaat pertama.
but sokay, dia imam, kita makmum, ikut je.
nama pun solat sunat.
dia pun dah ingatkan sebelum mula solat, kalau imam lupa ikut saja tak perlu keluar saf.
rakaat ke 2, dia takbir, then semua ikut.

blk smayang raya, siapkan budak2.
menggedik seronok Amni sbb pakai baju raya.
raya ni kalau ikut takda beli apa pun.
selai baju tak beli, pakai ja mana ada.
kain yg beli utk raya puasa ada yg tailor tak sempat jahit, so hantar balik ke dia buatkan baju raya haji.
mujur la, ada gak baju baru. hehehe..
utk Aniq, mmg tak beli apa. lagipun baju raya puasa lepas pakai sekali 2 ja, ulang jelah.
takda org nak tanya pun.
takda baju baru bukannya tak boleh raya kan?
ada lagi keperluan lain yg perlu didahulukan..
duit semua tu.. heheh..

1st pegi rumah jiran sebelah rumah mak aku.
ada nasi lemak, so bedal lah. hehe.
pastu balik siap2 nak bawak budak2 pegi tempat sembelihan.
mak dgn adik aku tinggal kat rumah prepared utk kenduri ptg nnt.
takda buat apa sgt sbb daging tak sampai lagi.
aku bawak anak2, sepupu dan kawan2 dia.
tak jauh pun tempat tu, dlm 6km dr rumah je.
tapi dah masuk Perlis, rumah mak aku  kat Kedah.
ikutkan kg sebelah2 je..
sampai sana, aku lajak ke rumah jiran lama masa kami tinggal sana.
nak jenguk org tua.
dulu aku lahir kat Perlis and tinggal kat kg tu.
masa umur 13thn baru pindah ke Kedah, ke rumah mak pak aku sekarang.
rumah makcik tu dgn rumah lama kami kat situ, sejengkal je pun, dlm 100m je.
dah lama tak tgk dia, dah tua makcik tu.
tapi masih sihat lagi.
saja bawak anak2 aku sebab dia tak pernah tgk Aniq.
tak lama kat situ budak2 dah gelisah.
kenyang mkn ajak balik dah Aniq tu.
sabaq jalah. Amni pulak duk tanya mana lembu..
hehe.
so, jom pegi tgk lembu..


keterujaan dua beradik tgk lembu kena korban..
Amni dah biasa tgk tahun lepas, Aniq ni 1st time..
terkedu dia tgk apa kebendalah tuuu..
tapi dia tau tu lembu..
cuma dia hairan lembu tu kena apa..


baju putih tu abah aku.
kau ada pegi sembelih lembu pakai seluar john master?
hahahah.. adoila abah..

tempat sembelih tu, kawan abah aku punya.
diorg bela lembu, kambing utk kenduri or korban.
tempat ni dgn rumah lama kami tu tak jauh jugak. dlm 200m je pun.
dlu mmg sini la tempat aku mampus.. hahaha..
kecik2 duk main aci ligan bagai sini, now semua dah besar dah beranak pinak dah.
dah bnyk tahun dah aku abah aku join depa buat korban sama2.
1st day raya 2 ekor ja tumbang, 2nd day abah kata 9 ekor.
pengsan!!..
buat kat sini puas hati.
bayar mahal pun berbaloi sebab lembu besar nau.
lembu 1st ni, sorang dapat 18kg daging..
lembu2 diorg ni mmg besar, tak pernah lagi kurang dr 10 kg setompok..



proses agihan daging.
abah aku siap beli besen 7 biji, senang nak letak daging.
pastu tuan empunya ambik la mana suka.
yg pasti sama bnyk, sama rata.
hati ke, paru ke,lidah ke, limpa ke apa, smua belah tujuh. then semua org dapat sama.
takda lebih takda kurang.
yg baju kurung belakang tu, adik abah aku.
dia pun ambik sebahagian, so datang tolong potong daging skali utk cepatkan proses.
sebelah tu anak tuan kandang ni..
kawan aku jugaklah..
by 2.30 tghr, setel bahagi 2 ekor lembu.




2 budak ni tak duk diam kat sana.
nak2 adik kembong la.
menjerit2 panggil tok abah dia.
tak ramai sgt org hr tu sebab 2 ekor je lembu.
so, tak sesak sgt. kalau tak penuhhhhh..



anak teruna mak..
lawak gambar ni sbb nmpk gg depan mcm tu.
slalu dia sengih mcm lain.
tapi awak tetap comey adik...


kat kandang lembu pun jadilah nak kita pose.
asal ada gambar raya kan?
hahahah..
sory dik, mama ngan kakak pakai baju baruu.. hehe..


sementara tunggu daging siap, kita selfie yeh anak2..
masing2 dah kenyang mkn macam2 dah ni, so mood smua ok je.



eh ada lagi..
hahaha...
kakak bising dah masa ni sbb panas.
mengada padahal takda la panas sgt pun, cuaca redup ja hari tu.
bukan senang nak ambik gambar elok2 sejak ada anak kan?
apak takda sbb dia belum sampai..
kalau ada pun, bukan dia nak layan sgt bergambar ni.

sementara tunggu daging siap ni aku sempat g umah kawan lama aku dlu.
2 rumah sempat terjah sbb tak jauh sgt.
tapi pegi tak lama la.
borak2, mkn pun laju2.
lepak lama kang daging siap lambat pulak kami balik kan?
mau kena pelangkung ngan mak aku.
yg tu nnt aku share sbb dah panjang nau entry ni.

bl adik aku call bgtau daging dah siap, jomlah kita kembali ke pangkal jln.
balik rumah tgk mak aku dah bahagi2 kan daging.
jiran2 pun dah datang nak tolong2 apa yg patut.
nasi dah siap tanak, nak masak lauk jelah.
buat daging goreng kunyit, air asam then perut rebus cicah tu.
menu wajib kat sini bila raya haji.
pastu bihun sup.

sebelum buat keja, aku solat zohor siap2.
pastu tidor kan Aniq dulu.
ikut dia mmg nak main ja, tapi kena paksa gak kang mengamok kalau tak tidor siang.
pastu sinsing lengan baju, jom masuk dapur.



bihun sup mak aku.
heheh.
ni ja gambar yg sempat.
slalu mak aku buat sambal merah mkn ngan bihun sup ni, kali ni aku tambah sambal kicap pulak.
habis kauuuu.. heheh
sampai ke mlm org datang, and lauk habis!
Alhamdulillah..
mmg tu niat nak jamu org kan?



lepas asar org masjid datang.
dlm 12 org camtu.
takbir and doa sket kat dlm rumah.
doa, moga2 berkat apa yg kita buat, korban ni diterima Allah..

selesai kisah raya korban thn ni.
Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...