Monday, September 05, 2016

Happy 5th birthday anak!

29 Ogos lepas, Amni cukup 5 tahun.
hari Isnin, kena pulak masa g KL nak hantar adik aku pegi UPSI.
kemain Amni siap cakap nnt besday dia sambut kat KL la..
amboihhhhhhhhhhhhhhh..



the besday girl.
kemain gedik..
budak ni kena masa, haa menggedik ambik gambar.
kalau mood kelaut, jgn dipanggil, senyum tobat takmau..



tahun ni hadiah besday haibat oihh..
mama bawak g  KL g Tanjung Malim, naik ETS pastu naik ketebang..
untonglaaaaaaaaaaaaaa anak2 sekarang kan?
mak kau dulu dapat hadiah tisu,pensel je. hahahaha..

on that day, takda celebration apa sebab ke Tanjung Malim hantar pakndak ke UPSI.
pagi2 tu bila dia bangun aku nyanyi lagu happy birthday ke dia.
sengihhhhhhhhhhhhh ja.
mlm sebelum pegi tu aku bagi dia pencil kaler dgn coloring baru.
seronokkkkkkkkkkk sgt sbb dah lama dia minta kaler yg besar tu.
ala, yg 24 batang tu. klau ikut dia nak yg faber castel eh yg blh guna air pulak tu.
duk tgk kat tv la tu.
kena pulak sekarang ni suka betul dia mewarna.
so, aku belikan jelah kaler yg 24 batang tu kasik.
tu pun dah seronok dah.
alah, budak2 apa dia tau dgn harga kan?
yg dia tau, dia dpt hadiah.
siap bwk g KL duk kaler dlm ETS.. hehe




cikgu hantar dlm group..
sambutan besday kat skolah utk bulan Julai dan Ogos.
buat ni sebelum gaji, memang sengkhak laaaa.
hahaha.
taktau nak bagi apa, aku belikan jelah kek sebijik utk dia.
sronok sebab kek gambar Didi.
hentam jelah beli kat kedai kek.
4 tahun sebelum ni kek besday dia aku tempah kat opismate aku, ikut kartun apa dia suka.
tahun ni Liza dah cuti bersalin pulak, so nan hado kek spesel.. hehe..
takpelah, mcm cakap tadi, diorg bukan tau pasal harga.
yg penting ada kan?



seronok dpt potong kek besday.
petang tu masa jemput dr skolah, hoihhhhhhhhhhhh beriya la cerita.
layan jelah..



kakak,
happy 5th birthday from mama, papa and adik.
awak dah besar, dah bijak dan blh bawak diri.
now dah pandai mandi sendiri, pakai baju sendiri, kencing berak semua sendiri.
sometimes tolong mama buat keja rumah.
tapi tak boleh suruh bnyk sgt kang komplen pastu bagi 1001 alasan.
bab menjawab memang win budak ni.
sabar jelah aku..
bab menangis merempan pun bule tahan.
dia ni takleh salah sket, memang menangisssssssssssss jelah kejanya.
manja mcm hapa..nak2 kalau ada papa, lagiiiiiiii menjadi2.
penat nak layan.. papa pun stress kadang2. haha
padan muka, sapa suruh manjakan anak kan?

kakak, besok2 kalau awak baca ni, mama nak awak tau mama sayang awak lebih dari yg awak tahu.
kelahiran awak sesuatu keajaiban bagi mama and papa.
mungkin sekarang awak rasa mama mcm abaikan awak sket sebab asyik dgn adik.
mana mungkin kasih sayang mama berkurang pada awak dengan adanya adik.
awak yg kedua tiba selepas arwah abang..
sudah pastinya awak sentiasa di hati mama dan papa.
awak kena tahu mama bangga sgt dengan kakak.
pencapaian akak, cerdik dan bijaksananya awak..
doa mama, semoga awak terus membesar dengan sempurna.
jadi anak soleh dunia dan akhirat.
semoga kamu sentiasa di bawah rahmat dan dilindungiNya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...