Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 07, 2016

Ke UPSI kita

rentetan entry 1st experience with ETS tu..
ke KL kita.. hehe
hantar adik aku @ Azrie @ abang @ pakndak ke UPSI.
tu semua nama panggilan dia..

Alhamdulillah dia dpt tempat di UPSI.
sebelum ni, dia dapat panggilan interview kat USM.
lepas tu interview kat UPSI pulak.
dia target UPSI la sbb tgk ke cara interview kat USM mcm tak dpt ja katanya.
USM pun dia ambik pendidikan jugak.
tak kisah la mana2 pun asal dapat kan?
bila kat news kata dah blh check result UPU, laju2 aku kol dia.
masa tu aku kat Usim, ada sukan staf. * soon aku update yeh.
bila dia bgtau dia dapat Upsi, i is sebak..
hahaha..
seronok sebab dia dapat masuk universiti.
dah selangkah ke cita2 dia kan?
dulu2 masa dia kecik, aku la yg banyak jaga dia.
beza umor aku dgn dia err 15 thn kut. hahaha..
kecik2 dulu dia ni chubby and comel sgt.
now pun chubby jugak. hahaha.
dia mmg quite close dgn aku.
apa2 hal mmg kakak ni yg dia cari selepas mak.
dgn mak pun dia close sbb manja jugak kecik2 dlu.
ingatkan dia yg last dah dlu, sekali eh terkeluar sorang lagi.
lama juga la nak tukar panggilan adik kepada abg dlu.
beza dia dgn adik yg last tu 5 tahun.
mungkin sebab dulu  kecik2 aku bnyk jaga dia, so kami rapat.
so, bila dia dpt masuk Upsi tu, haruslah aku pegi hantar skali.
dia kalau nak buat apa2, mmg dia refer aku.
nak isi borang ke, nak beli apa, nak minta apa2, mmg ke aku lah.
ke abg lagi 2 org tu or kakak dia sorang lagi, dia jarang.
adik2 aku semuaaaaaaaaaaaaaa mcm tu.
yelah, aku kakak sulung kan?
hehehe
dgn abg aku maybe sebab dia tak duduk sini, so agak kurang rapat.
aku mmg kat sini, duk tgk depa hari2 kan?

pendaftaran Upsi 29hb 8, hari Isnin.
cuti la aku 2 hari nak pegi sana.
dia kena sesi ke 2, pkul 10.30 pagi.
dari umah abg aku, pkul 8.30 mcm tu baru kami keluar.
dia drive pun rilex2 ja.
sampai sana dlm 9.40 camtu, singgah Yik Mun dlu minum2.
kat rumah dah break1st, sini nak  minum jelah dulu sebab awal lagi.
pakat nak merasa pau Yik Mun.
tapi mak aku tak mkn..
tak lalu dek tekak katanya sebab kedai cina.
hahah...



koi pau Yik Mun.
rasanya mcm dah kecik sket la size dia dr dulu.
dulu, tahun 2005 aku pernah datang sekali.
besarrr lg dari ni. now sepinggan muat 3 bijik dah ha..
heheh...

selesai minum jom kita masuk.
ingat kut ok sebab sesi ke 2, skali kau haaaaaaaaaaaaaaaaaa, jem berderet.
tapi dah nama pun pendaftaran pelajar baru, so biasalah jem tu kan?
tapi smua run smoothly la.
jem sebab pakat nak cari parking.
pastu ada yg park ikut sedap hati, haaaa jem la.
haishhh..
bila kat tempat mcm ni, jgn la pikir diri sendri ja yeh..
ramai lagi org kat blakang, parking tu jgn sampai menyusahkan org.
tak baik tauuuu..

utk pendaftaran, buat terus kat kolej kediaman.
senang begitu je kan?
kami drop abang, dia je pegi beratur daftar semua.
yg lain tunggu dlm kreta jelah.
toksah la nak bersesak2 sekali kat situ.
biar yg nak belajar je pegi. haha
abah je pegi jln2 tgk kawasan dgn Amni.
tapi tak lama sbb Amni bebai tak larat jalan.
hahah.. adeh la budak tu.
sejam camtu, setel daftar, pegi ke hostel dia.
kena tingkat 4.. naseb kau la bang.
mak kata pasni kuruih laaaaa.
hahah..



selfie seketoi dalam bilik dia.
rumah, ada 3 bilik 2 bilik air.
ok la.. standard hostel.
1 bilik 2 org.
katil bawah semua tu yg penting. hahah.
kalau jenis dabel deck, jem sket la.. jenuh berebut berebut katil bawah.
lepak kejap berkenalan dgn roomate dia.
org kelantan, suka la abah.. hihi..
tak dapat la nak tolong kemas ke apa sbb pkul 12.30 diorg kena berkumpul sebab ada taklimat nnt.
dah nak mula orientasi pelajar baru.



sebelum balik, ambik gambar dulu.
sedih gak la masa ni.
macam2 la pesan.
mula2 abah, pastu mak pastu kakak.
dia dah buat muka boring. hahah
ish la abg oiii...
biasalah nak tinggal anak jauh2 kan?



mestilah mak paling terkesan..
lama dah abg duk lepak rumah kan?
dari habis stpm tahun lepas.
depa 2 ni geng baik.
kadang2 keluar jln2 dua org, g minum la g shopping la.
pegi tepi pantai la. amboiii sangat.
abg ni senang ja dia.
dia mkn nasi ja, lauk takat telor goreng pun dia boleh bedal sampai 2 pinggan nasi.
mak kalau abg ada, mmg hari2 kena masak nasi.
lauk pun tak susah, pastu tau dah kalau abg ada, takda la pembaziran berlaku sbb kang dia setel semua.
bila abg takda ni, mak terkesan la. hehe
dlu duk asrama sekolah, tiap2 minggu balik.
ni duk u, jarang2 la balik.
takpa mak, 4 tahun ja. hehe..

doa kakak, moga abg dapat sesuaikan diri, belajar elok2.
now dah selangkah menuju cita2 abang.
semoga abg dapat buat yg terbaik.
pasni jadi Cikgu Azrie..
yay!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...