Search This Blog

Loading...

Monday, September 19, 2016

Kisah ndoi @ buaian adik kembong

sejak beranakkan Aniq, dia tak pernah tidor buai kat rumah kami.
kalau kat rumah pengasuh atau rumah mak bapak aku mmg ada buai.
Alhamdulillah, dia mudah ja tidor walau takda buai.
ikutkan tu taknak ajar sgt anak tdor buai supaya dia tak bergantung kepada buai utk tidor.
tapi anak2 ni ragamnya tak sama.
dulu masa Amni, aku pinjam buai kawan aku punya.
nak beli, tapi dia tak guna, dia bagi aku pinjam.
tapi guna pun tak lama, dlm setahun lebih camtu ja pastu simpan.
sebab Amni tidor meniarap dlm buai, so aku rasa tak safety sgt.
takut terbalik dan pernah jatuh skali.
buai jenis besi yg ada roda tu.
kalau kat rumah pengasuh or rumah mak bapak aku takpa, sebab rumah kg, buai tu ikat terus kat alang rumah.
so, mmg kukuh and kemas.

masa Aniq kecik, ok la senang nak tidorkan dia walau takda buai.
masuk umor setahun, struggle sket.
dah makin besar kan?
akai pun dah makin panjang.
susah sket la nak tdor.
kena pulak dah bule merangkak.
tapi masih boleh handle.
bila umor dia lebih kurang setahun 3 bulan camtu, aku dah mula stress.
susahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh la hai nak tdor siang.
bawak masuk bilik, habis minum susu, eh dah bangun g memanjat pulak.
mcm takda gaya mengantuk langsung.
kakak dia dulu, aku hepp kan sket, buat cengei sket, bebai tidoq la.
yg ni, hermmmmmmmm tak mkn saman.
kadang2 aku peluk dia lama2 sampai dia menangis, marah and meronta2 sket.
saja biar dia marah.
pastu dia tidor la sbb letih nak marah. hahaha
tapi taktik tu kadang2 ja bertahan.
mostly tak menjadi, end up mak stress pastu terlena dlu sebelum anak.
hahahaha
keja bnyk tergendala bila dia tidor lambat.
masa tu dia tgh belajar jln, takleh nak tinggal sgt takut jatuh.
walaupun tak pernah jatuh sejak blh berjalan dulu.
tapi seriau la kan?
kadang2 aku biar dia main sampai dia letih and mengantok sendiri.
tapi tulah, sampai pkul 3 kut baru nak tdor.
kadang sampai pkul 3 tu lah aku tak mandi, tak makan.
jenuh laaaaaaaaaaaaaa..

blk duk crita kat mak pak aku.
abah suruh buat ndoi la, pikir kat mana nak pasang.
nak beli yg roda tu mcm tak berbaloi sebab dia dah setahun setengah.
kalau baby ok la bule pakai lama sket.
silap aku masa buat rumah ni dulu tak buat siap2 tempat utk gantung buai.
tak sempat nak pikir.
seb baik tok abah kreatif..



maka terhasillah ndoi adik kembong.
yay!! thumb ups to tok abah..
abah design bentuk ni and kasik ke tukang besi.
besi kat atas tu guna besi pagar, so mmg kuat.
then potong pastu sambungkan.
pastu cat, lawa la jadiknya.
blk rumah, papa drill kat dinding.
kain buai aku beli, spring and besi tu papa yg beli. 
mula2 papa suruh letak luar..
ehhh, jgn tak lawa rumah nnt.
hahaha.
rasanya letak dlm bilik lagi mudah kut.


aircond pun dlm master bedroom saja, siang2 bule tahan panas.
kalau kat luar, siang hari ada org datang, bising susah pulak dia nak tidor.
kat dlm bilik pun, sini ja yg sesuai.
tu pun mujur kami tak pakai katil, kalau ada katil dah takleh letak situ.



huru hara sket bilik tido sbb anak kecik. hehe
tong sampah pun kena letak atas sbb Aniq suka punggah.
kat bawah buai dia aku letak tilam lama dia.
sebagai pelapik kut la dia pusing2 jatuh ke apa.
Alhamdulillah tak pernah jadi lagi sampai hari ni.
kawasan ni tak luas sgt, tapi boleh la nak hayun buai tu cuma takleh laju sgt la.
kang langgar dinding or almari belakang tu.

pas pasang ndoi ni aku cakap kat papa, sepatutnya kita pasang setahun yg lalu.
sebab, senanggggggggggggggggggg la hai keja aku.
tghr, dah sampai masa tdor, selalunya dlm pkul 1 tghr.
bawak masuk buai, kasik susu sebotol.
susu habis, dia pun dah selamat beradu..
10 minit camtu ja, sometimes less than that.
syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr oi.
jimat bnyk masa aku.
kalau dulu, silap2 2 jam belum tentu tidor lagi.
pastu tidor pun lama.
kadang2 boleh cecah 4 jam tidor dlm buai ni.
kena pulak aircond atas kepala ja kan?
ralit ja tidoq.
mak nak buat keja pun senang dah.



budak bnyk akai.
cerdik sgt nii..
kadang2 mlm pun aku masuk buai dulu kalau nak bg tidor awal.
pun tak susah sgt.
tapi kena tutup lampu biar gelap terus.
dah lena, aku bwk turun bawah.
seriau jugak mlm2 nak biar dia duk dlm buai terus.
kut dia pusing2 terbelit ke apa, aku tak sedar.
siang takpe sebab selalu jenguk tgk dia.



nak tidorkan lebih mudah and tidor pun leeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeebih lama..
heheh..
rasanya sekarang ni dah 4-5 bulan kut pasang buai ni.
mmg senang keja.
ada je mak2 yg taknak ajar anak tdor buai.
aku pun pratikkan masa Amni dulu.
tapi tulah, lain anak lain ragamnya.
kena sang hero ni, memangggggggggggggg panjang cerita dia.
hehe..

ada yg tanya, selamat ke besi tu?
nmpk mcm bahaya, kut jatuh ke apa.
setakat la ni, takda apa2.
penggunaan pun tak lasak.
weekend je guna buai ni tu pun hari sabtu ja.
weekdays duk rumah pengasuh.
ahad aku selalu blk rumah mak aku.
mlm tu jarang sgt guna.
lagipun aku tak henjut buai tu, aku cuma hayun ja.
Aniq pun tak berat sgt, dlm 10kg++ ja.
so far besi tu kukuh sbb ada 4 lubang skru yg di drill ke dinding.
minta yg elok2 kat tuhan, doa semoga anak kita dilindungi dari sebarang bencana.
kita pun bukan aniaya anak kan?
dia dpt tdor berkualiti, badan pun sihat elok..
Insyallah..


anak korang tdor buai tak?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...