Search This Blog

Loading...

Tuesday, November 29, 2016

TB : Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia di USIM

kisah bulan ogos.
dah lama tapi nak share jugak sebab ni antara perkara besar dlm hidup aku tahun ni.
entry mungkin panjang sebab aku sekalikan je malas nak pecahkan entry sebab dah lama, and gambar pun banyak jugak ni.
😁

iolls main catur okeyyyy..
hahaha..
bila org tanya, eh kau main apa sukum ni?
kami main game yg tak letih badan, tak kena panas, sunburn bagai.
tapi letih otak tahap bule muntah hijau.

last join sukum ( Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia ) tahun 2012 kat UUM.
pastu takda dah sebab tak banyak universiti nak buka game ni.
tahun ni Usim buka and uni kami hantar.
wow sangat sebab tak bajet nak ada di zaman kegawatan ni kan?
bila dah dipanggil training, so pegi jelah.
lagipun tak ramai yg berminat nak join.
sedih betul.
muka2 ni jelah dari dulu2.



perjumpaan dengan mentor sehari 2 sebelum bertolak ke Usim.
ni lengkap semua ahli.
yg pakai spek mata baju pepel tu.
sistem mentor ni tahun ni baru diwujudkan.
utk pembakar semangat dan pen'sponsor.. hahaha.
baik mentor kami, lawak pun ye jugak.
walau dia tak dpt join masa training and masa game, tapi dia ada text jugaklah.
yelah, dekan oi bizi je manjang.
yg  baju merah jalur2 tu is our manager.
dulu dia player jugak, now dah up jadi manager.
yg tudung merah tu wife dia.
kenal masa sukum 2007, pastu jeling2 mata.
setahun 2 pastu dpt kad jemputan kawen. hehe..
jodoh..

game start 6hb ogos - 13hb ogos.
bertolak 5hb malam dengan bas universiti.
ada yg gerak sendiri.
team kami separuh naik bas, separuh pegi sendiri.
takda hal, tapi kos tanggung sendiri la.
duit makan pihak uni kasik.

game kami start 10hb.
3 hari sebelum tu, makan tidor jelah.
bapak bosan sebab duk hostel Usim.
tv takda, harap ke henpon jelah.
seb baik la kami duduk hostel luar kampus, so takda la boring sgt.
boehla keluar jalan2 pegi Tesco, pegi Giant.
lainnya, makan tidor.
training tu ada la sket2. haha..



training time.
makanan keliling buat penguat minda.
hahaha.
pas tu tido...
team lain sampai2 je dah start game.
jumpa pagi2 masa briefing pagi, muka masing2 letih je.
kami letih juga sebab terlebih tidor. kahkahkah..
team lain seronok tgk kami relax2 ja.
padahalllllllllllllll, depa taktau deep down in our heart ni mcm nak pecah pikir nnt nak perah otak.
pastu sorang2 bukan ada kawan boleh tolong pun.
game mcm bola jaring, bola sepak tu walau letih tapi kerja berpasukan kan?
letih bule tukar2, kami ni?
haaaaaaaaaa kau main la sampai sudah kak yah oi.
tapi bagus catur ni..
buat otak kau bekerja keras sket.
pikir pikir pikirrrrrrrrrrrrrrrrr...



pantry kami.
stok seminggu nih.
semua contribute makanan dan minuman.
hahaha..
kami serumah dengan budak2 badminton.
so far semua ok je walau tak kenal sgt walaupun keja se univerisiti.
besar oii, bukan sempat kenal semua pun.
time event mcm ni barulah dapat jumpa kenal2.



mlm perasmian.
ada perbarisan semua kontigen, persembahan dr tuan rumah, bunga api bagai.
meriah la jugak..
dah lama tak join kan?



okes, dah start game.
our venue, dewan canselori Usim.
selesa, sejuk gedi dewan.

ok, cerita sikit.
semua uni boleh  hantar 5 peserta perempuan, 5 peserta lelaki.
tapi  markah dikira 3 best perempuan, 4 best lelaki.
team kami lelaki cukup, perempuan cukup2.
means, mmg kami the best lah.
kononnya lah...
kalah ke menang, mmg mata kami jelah yg dikira.
memang kena pulunlah maknanya.
mostly uni lain hantar 4-5 peserta perempuan.
kami je hantar 3 sebab takda player.
then disebabkan 3 org ni, dah menyebabkan gerun uni lain.
depa ingat kami ni the bestlahh
padahalllll.. jawab sendiri lah.
kahkahkah..
ada uni, masih kekalkan muka2 sama.
ada uni yg kami tak kenal, ada yg 1st time join.
mcm2..
masa game, semua serius mcm nak telan org.
habis game, boleh borak2 gelak.
yg kenal tu, seronok jugaklah share2 pendapat.
tapi ada jugak yg kekwat semacam mcm kan hebat nau.
hahaha..

peserta tak ramai sgt.
ada uni yg tak hantar, ada uni yg hantar team lelaki saja.
player perempuan tak ramai mcm lelaki.
tu pun, 9 game oi..
sehari 3 game..
bule muntah.

1st day, pagi2 diorg buat blis game.
1 game 5 minit.
kami yg perempuan ni mula2 tak nak main and manager kata ok.
aku mmg tak la sebab tak reti main 5 minit.
sekali pagi tu semua kena main.
masak...
redah jelah.
9 game, 4 game ja menang. hahah.
bnyk yg kalah masa.
plus tak biasa and tak reti main 5 minit ni.
masuk game ke 5 baruuuuuuuuuuuuuuuuu bule handle.
so, buat hatrik, menang strait.
amboi, mcm hebat nau bunyinya.
hahaha..
blis tu takda menda, tak kira point pun.
pastu, baru start game betul2.
at least oklah, buat panaskan badan.
then start game betul2.
1st game, senyum lebar sebab menang mudah.
ecewahhhh.
2nd game menang lagi mudah.
next 3 days, sehari 3 game.
last day ja 2 game.
total dari 9 game, menang 4 ja.
second and third day, aku menang game pagi ja.
last game, dua2 game kalah.

last game tu patutnya blh menang, tapi sebab pikir ke nak balik ja, kalah.
plus aku tak fokus.
patutnya boleh menang, sebab budak tu tak pernah menang.
tgk cara dia main sebelum tu, mmg aku bule menang.
aku offer dia draw je, means jadikan game seri.
sebab last game mmg ramai buat mcm tu.
tapi dia main2, tarik2 tali.
so aku takleh fokus.
hujung2 aku dah takleh main, then  kalah.
pui betui.
hahaha
takpelah, kalau aku menang pun, tak dapat pingat pun.
hahah..
ada game menang mudah sebab opponent tak terrer sangat, so senang nak makan.
ada game menang struggle.
ada game hampir menang tapi salah percaturan, end up kalah.
ada game, mmg dr awal silap, so dah tau mmg akan kalah.
ada game awal ok, hujung2 silap, kalah.
main catur ni, kena pandai atur strategi.
serang dan pertahankan diri.
sometimes, asyik serang, defend takda.
tu yg org malas.
pastu nak memikir tu, berjam2 kan?
aku ni nak kata minat sgt tu takla.
nak kata pandai sgt main pun tak.
so-so je.
tak pernah joint tournament luar pun sebab tak sempat dan tak pandai sgt.
kalah kang malu. hahahah.

so far, enjoy the game jelah.
memang tak letak harapan utk menang sebab tau uni mana yg kuat2.
player diorg ranking pun hebat2
kami ni jarang2 masuk tournament, buat pengalaman jelah.
nak aktif tapi bnyk kekangan.
geng lelaki bagus sbb diorg mmg jenis pulun, minat and usaha.
kaji game player2 handal.
kami ni.. krik krik je.
hahah.



ini gambar dr FB penganjur.
banyak lagi gambar, aku share sket2 jelah.
photog snap2, ada yg sedar ada yg tak.
dua gambar ni kena bahan gak la
yg gambar kiri tu, 1st ke 2nd game blis ntah, tak ingat sgt.
yg tu 1st day, masih seram sejuk lagi.
kena bahan dlm group w.a team aku, katanya aku duk doa menda ntah.
hahaha..
sabau jelah.
game ni kalah masa.
average game, sama je.
gambar kanan tu lawak.
yg ni 2nd day.
share kat FB aku, bule tahan kena bahan.
game ni stress.
sebab tetiba aku naik ke 1st board.
diorg ada sistem yg tentukan player duk board mana.
aku jumpa opponent aku tu sebab kami dah 2 game menang berturut2.
wow, mcm hebat kan?
1st board ni, diperbuat dr kayu, harga RM3k++.
bawah tu ada magnetic, then blh buat live.
apa kita gerak, org blh tgk di skrin.
hebat wohh..
ada ja player lain menang berturut2 tapi tak naik 1st board.
aku naik sebab nama aku hruf A, so merasa la duduk 1st board.
aku main putih, so peluang utk menang tu ada, tapi sebab sedikit kesilapan, kalah.
opponent aku tu siap kata dia hampir kalah sebenarnya, tapi tulah.
dlm catur ni, mcm2 bule jadi.
kau pikir gini, skali dia jalan lain.
dahhhhhhhhhhhhh kena tukar strategi.
hujung2 game aku dah seram sejuk.
kes tu yg pakai sweater pun terbalik.
si photog pun time aku duk cam gitulah nak ambik gambar.
diorg siap kata aku merempit, sakit pinggang la apa la..
sabau jelahhh.
haha.
sayang la game ni kalah.. huhu..
tapi kalah bermaruah la jugak sbb dua2 usaha habis2an.
gittew.
bila aku menang 2 game berturut2, pastu duduk 1st board, game tu pun mcm dasyat nau, uni lain mcm wow hebat gak dia ni.
padahalllllllllllllllll... hampehhh.
aku ngan haida, merasa ar duk 1st board.
so, opponent lain mcm hebat ar diorg ni, dah la hantar 3 player je, terrer plak tu.
terrer lah sangattttttttttttttttttttttt...
3rd game hari tu aku dah takleh fokus.
sakit kepala sgt mcm nak muntah.
siap minta minyak angin kat sukarelawan.
mcm nak offer stop je, tapi gagahkan main jugak.
kena pulak silap jln lagilah aku down.
opponent aku tu pun perasan aku lain mcm siap tanya kenapa.
dia ingat aku pregnant. hahaha.
aku stress oii...
ada lagi 1 game yg lagi hebat.
kena bahan sebab aku dah berdiri, cemas sampai tersepak kerusi.
hahahaha.
drama habis kau kak yah.
separuh game aku dah kuasai, dah konfiden boleh menang.
skali bila over confident, salah jalan.
pastu tak tekan jam, masak la oii.
terus cuak sebab masa aku lagi sikit dr lawan.
dah aku silap jalan, mati pulak queen aku.
damn!
aku dah cemas, aku bangun berdiri, siap ulang alik depan meja tu.
badan dah gigil, tangan seram sejuk.
duk ulang alik tu, terkena kerusi, spontan aku kuis kerusi dgn kaki.
geng lelaki pakat gelak then kata aku tendang kerusi. hahaha..
pastu, peserta lain yg dah habis meh duk tgk game kami.
lagilah aku cemas.
takut kalah la sebab aku asalnya ada peluang nak menang.
skali opponent aku tu lagi cemas pada aku.
dia gelabah sampai tak tau nak jalan apa.
aku tgk dia duduk pandang ke board tu je tak panggung2, rupanya dia cuak jugak. hahaha.
lawak btoi.
dia tersalah jalan jugak, then offer aku utk draw.
eh taknak la sebab aku rasa hujung2 tu mcm aku dah kuasai game balik bila dpt balik queen.
skali masa dia habis dulu dari aku.
masa dia offer draw, masa dia habis.
selamat!!!!
so menang . yay!!
menang penuh drama. hahaha
game lain, so-so.
kami punya trainer kata aku boleh main, oppening bagus, attack so-so, defend pun so-so.
kena practise lagi, maybe ok.
celah mana nak practise entahlah..

okes, nak share gambar.
sebenarnya banyak gambar.
sharelah sket2 yeh.



ni semua hari lain2.
bab bergambar semua takda masalah.
walau semua kategori kertu, hala je kamera, smua sengih.
hehe..
semua sporting, mak pak budak belaka.
sorang ja player lelaki yg belum kawen.
lain2 semua dah ada anak and mostly umur 30 ke atas.



team perempuan.
aku, Haida and Izan.
persamaan kami, semua ada 2 anak.
perbezaa, keja semua lain2 bidang, tapi boleh get together.
jarang jumpa, tapi ok je.
aku paling muda, aku paling besar. hahaha..
kitaorg ni menang bergaya. gitteww..
ada gak la team lain duk puji2 baju kami lawa.
pastu semua pakai baju sama ja ikut hari.
kebetulan ada 4 helai baju  utk 4 hari game.
team lain takda mcm kami pun, yg pakai baju sendiri pun ada.
kami dpt baju dr uni 2 helai + sepasang sweater and seluar, pastu baju sponsor 2 helai lagi.
uni lain sepasang je, takda sponsor2.
manager kami buat kerja bagus. hehehe.
tu gambar dah ikut hari dah.
kat day 2, baju ada no 07.simbolik team kami ditubuhkan.
simbolik jugak kepada tuan pengurus and wife.
tahun berjumpa la kiranya. hehe..



team photo.
pic 1st, sesi photografi dgn photog rasmi.
semua team kena join.
kalau ada yg nak softcopy blh ambil dgn penganjur nnt.
maybe ada charge.
kami tak ambil pun, ni gambar guna hp ja.
2nd bersama exVC kami dulu.
dia singgah tgk sebab anak dia pun join team catur.
mlm tu mkn besar dato belanja. hahaha..
last pic, day 3.
cantik sgt pic ni kan?
yg tgh pengurus kami, takda baju sebab salah saiz.
yg paling kanan, baris atas kami punya trainer.
cikgu skolah, player Perlis tu.
hebat gak ar skills dia.



makan besar mlm tu.
nasi arab kat Putrajaya.
kalah takpa, yg penting mkn kena yeh..
haha...
tq dato, belanja makan.


cantikkan pic ni.
last day ni. sayang Haida takda.
dia pegi mana ntah. pastu tak puas hati gambar dia takda.
sorry eh..



last day.
Izan takda sebab dia blk dulu dgn flight.
kami dgn bas, tunggu sampai penutup.
walau catur tak menang, tapi juara keseluruhan ialah uni kami.
masih kekal juara utk 7 tahun berturut2.
dasyat sgt ni..

tahun depan taktau lah org nak hantar ke tidak kami ni.
sebab tak menyumbang pingat. hahah.
apa pun, semua ni pengalaman yg best.
seminggu lebih tinggal anak2.
sedih, tapi sekali sekala away ni utk diri sendiri jugak.
lari dari rutin harian.
so far anak2 ok je mama takda.
adik ok, kakak awal2 tu mlm2 menangis jugak la.
masa hantar mama naik bas pun bule tahan meraung.
nak ikut mama, then tak bg mama pegi.
sampai blk rumah dia menangis papa kata.
adoiii, sedih oi.
bila call anak2, mak pun menangis jugak la. hehe.
jarang tinggal anak2 kan, paling lama pun 2-3 hari kalau kena kursus luar.
ini seminggu lebih mmg sedih la.
rindu oii.



muka happy masing2 bgn pagi tgk mama ada..
seronok mama beli hadiah walau cuma beli di Mydin. haha
maaf la nak, mama tak pegi jln memana pun..
asal ada buah tgn, happy lah budak2 kan?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...