Search This Blog

Loading...

Thursday, December 01, 2016

Traditional remedy utk batuk, selsema dan demam panas

sekali harung 3 jenis traditional remedy yeh..
sebab dah ambil gambar sekali.
masa buat pun sekali jugak.

Amni takda masalah makan ubat.
masa baby tu, susah sket la.
biasalah, baby mana yg suka mkn ubat kan?
dah masuk umor 2 tahun camtu senang dah mkn ubat.
sampai sekarang, takda masalah bila kena mkn ubat.
tapi duuuuuuuuuuuuuulu aku tak bnyk ilmu sgt.
asal anak tak sihat like demam, batuk selsema, zassssssss g klinik ambik ubat.
tapi takda la beriya sgt bagi mkn tu.
tgk kepada kondisi jugak la.

Aniq sangatlah susah mkn ubat.
now dah 2 tahun pun gitu jugak.
nampak je botol ubat, sini dah meraung lari duduk jauh dah.
jenuh pelekoh nak bagi makan ubat.
bila di susah mkn ubat, aku kena ikhtiar cara lain.
google sana sini, tgk pulak ramai yg share, so moh le kita apply.
iaitu usaha cara tradisional pula bila anak tak sihat.
lagipun bila anak dah 2 ni, ilmu pun dah lebih sket.
taknak lah bergantung kepada ubat sgt.
bukan semua ubat tu bagus utk badan kita kan?

tapi kena tgk kepada situasi jugak lah.
kalau demam tu sikit2, ok la nak guna cara tradisional.
kalau dah suhu cecah 40, haaa, kadang yg tradisional pun tak jalan.
itu maybe kena ubat sumbat je. heheh.
depends kepada anak tu la mcm mana.
nak apply apa pun, kena kenal badan anak kita dulu.
study dulu jgn main hentam ja.

macam Amni, dia kalau demam kena sejukkan badan dia.
dari kecik sampai sekarang.
kalau dia demam masa dia kecik2 dulu, masa below 3 years, aku kerap mandikan dia, then jgn pakai baju.
pkul 3-4 pagi pun aku mandikan.
esoknya dah sembuh.
syukur jugak walau dia lahir tak cukup bulan, antibodi dia kuat.
sangat jarang demam.
kalau demam pun, takat 2 hari ja.

compare dgn Aniq, jauh beza.
Aniq nak kata kerap sgt tu tak la, tapi dlm 4-5 bulan adalah sekali demam.
dia lain sket.
kalau demam, tak bule apply cara mcm kakak, nanti suhu lagi naik.
1st time dia demam panas yg kuat dulu, mcm tu lah aku buat.
kerap mandikan.
sekali badan dah gigil2, suhu makin naik.
panik oi.
rupanya, peel dia, kena bagi badan berpeluh.
dah berpeluh, baru suhu dia turun.

lain anak, lain kerenahnya kan?
so, kenal dulu badan anak kita sebelum apply apa2 cara.



kebetulan masa ni, Aniq badan dia mcm panas.
check suhu, 37++.
nak bg ubat, sah2 la dia taknak kan?

tgk dia pun tak aktif sgt bila balik dr rumah pengasuh.
tgk kat fb ramai nau duk share guna telur ayam utk anak demam.
so, jom kita try.

Demam panas :
rebus telur ayam sampai masak.
dah masak, kupas kulit and make sure tak rosakkan telur.
jgn bagi telur tu luka.
kupas masa panas2 tu, jgn tunggu sejuk.
then balut  telur dgn kain tuala ke kain napkin ke.
pastu golek2 ke seluruh badan anak.
dipercayai telur ni dpt serap haba panas tu keluar.


aku guna kain dapur ni.
kain baru, so takda hal.
buat mcm bunjut  tu, pastu golek2 ke badan dia.
aku kasik Aniq tgk video didi and friends, ralit je dia layan.
kena pulak badan mmg tak kuat sgt so, diam je.
dlm 40 minit jugak lah aku golek sampai telur tu sejuk.
pastu kopekkan telur tu nak tgk hasil.
telur kuning tu menggerutu semacam je.
nmpk mcm hitam sket la.
tak pulak ambil gambar.
telur tu buang je yeh, jgn di makan pulak.
magic, badan Aniq dah tak panas dah, suhu pun drop.
esok pagi pun dah tak panas.
selalu dia kalau demam, melarat jugak 2-3 hari.
kali ni takda.
wow sangat..
baca kat FB, ni dah cuba sendiri, so dah tau keberkesanannya.
jimat betul tak payah ambil ubat dah.
ada lagi cara lain yg aku apply bila anak2 demam, tapi aku share yg ni dulu yeh.

next remedy..

Selsema.
budak kalau kena selsema, mmg susah kering sebab diorg tak pandai buang hingus sendiri.
aku guna juga penyedut hingus tu, tapi lambat jugak.
cara aku is buat minyak bawang putih.
bakar bawang putih dlm 2-3 ulas.
pastu tumbuk2 utk hancurkan sket bawang tu then campurkan dengan minyak zaitun.
takda minyak zaitun, minyak masak pun boley, minyak johnson baby pun bule.
tapi the best is minyak zaitun.
tenyeh2 bawang putih tu dlm minyak tu then sapukan kat dada, belakang, leher, tapak kaki.
dipercayai dpt membantu keringkan hingus.
so far teknik ni, agak berkesan utk anak2 aku.
dorg pun suka ja bila nak sapu minyak ni.
kena apply kerap la, lepas mandi, sebelum tidor.
minyak tu, sekali buat tahan dlm 3-4 hari je.
pastu nnt bawang tu busyuk, buang je then buat baru.
skali buat, tak payah buat banyak2 sebab tak tahan lama pun.
alah, nak buat pun senang je kan?

Batuk.
batuk ni yg selalu kena is Amni.
biasalah duk taska kan, sometimes berjangkit.
taknaklah ajar mkn ubat batuk kerap sgt.
so, aku cuba cara yg mudah.
jus nenas+madu.
kadang kalau aku malas nak beli nenas, nak kupas bagai, aku beli ja nenas potong kat lori buah tu.
beli dlm rm2, balik rumah blend buat jus.
tapi  kena tapis betul2 sebab kang anak nak minum kut tersedak hampas nenas tu.
pastu, bila nak minum, campur madu.
kuantiti agak2 la dgn bnyk air tu.
masa nak minum baru campur madu yeh.
kalau air tu bnyk, boleh je simpan dlm peti ais, tapi tahan utk sehari 2 je, kang lama2 dia masam.
thats why, nak minum baru campur madu.
selalu aku buat tu hari ni, besok dah setel la.
and berkesan utk budak2 ni..

kasik minum dalam 2-3 hari, legalah batuk tu.
lega hati mak..

korang cubalah..
mana tau sesuai utk anak2, tak payah dah beli ubat bagai kan?
tapi kalau dah sakit tu melarat, better pegi jumpa doktor..
manalah tau, sakit lain..
ini aku share dari pengalaman aku je..
kalau tak sesuai utk anak korang, maaf ye..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...