Search This Blog

Tuesday, January 31, 2017

Kisah bekal

sapa sini suka bawak bekal g opis?
kalau ada meh sep sket.. hehe..

aku selalu bawak bekal g opis.
senang keja..
jimat pun ye jugak.

utk dinner aku mmg selalu masak.
dlm seminggu kalau weekdays tu ada lah 3-4 kali masak.
sometimes beli jugak kalau letih or ada keja apa2.
kalau tak ada, mmg aku masak.
alah, masak simple2 je pun.
suami and anak2 ok je, jenis tak memilih.
Amni kadang2 request nasi+telur mata+kicap ja.
mak laaaaaaaaaaaagi suka. hahaha.
buat ja kalau tu yg dia nak sebab klau dia minta mmg dia mkn bnyk.
apaknya pun  mudah, asal lauk ayam, takda hal.
kadang nasi + ayam goreng pun dia bule menambah2 makan.
tak paham aku napa ntah suka sgt ngan ayam ni.
aku kadang2 tukar gak menu, bosan oi asyik mkn lauk ayam ja.

kalau masak utk dinner, aku akan lebihkan utk aku bawak bekal esoknya pegi opis.
opismate dulu selalu tanya, and puji sebab aku rajin nau bwk bekal.
oih tak kuasa la nak masak pagi2 tu.
mana nak sempat.
pagi2 aku panaskan ja lauk tu utk bawak bekal ke opis.
sebelum tu buat break1st utk budak 2 ketoi tu.
utk Aniq mmg aku bekalkan break1st utk ke rumah pengasuh.
Amni pun jenis break1st person mcm aku.
tapi dia mudah ja, selalu pagi2 dia nak roti+susu ja.
klau aku merajin lebih and bgn awal, aku buatlah yg best sket, goreng bihun ka, buat kuih apa2.
tapi jarang. hahahah..
sebab dia prefer roti @ biskut.
Alhamdulillah tak memilih.

now, sejak amal pemakanan sihat, lagi mudah keja aku.
sebab aku dah skip dinner.
masak tu tetap kena masak sebab yg lain nak mkn.
yg tak mkn aku sorang ja pun..hehe
so, portion utk aku tu aku simpan bwk bekal esoknya.
jimat oii..
husband pun tau dah, setiap kali dia nak mkn, tanya dlu bnyk mana nak simpan.
kalau tak bgtau, kang habis dia telan. hahah..
dia selalu mkn lewat sebab tu tembun.. hihi..
bgn pagi esok tgk periuk nasi dah rendam.
menangislah kau tepi sinki.

meh nak share koleksi bekal.
yg mana sempat aku snap la.
kadang tak dan pun.
dlm seminggu tu, 2-3 kali jugak bwk bekal.
kadang mkn pagi2 pkul 8. kadang mkn masa tea break pkul 10, kadang mkn masa lunch hour.
depends on bekal tu lah apa ke bendanya.
if for lunch, so tak payah keluar dah.
jimat kan?

eh share ni bukan nak tunjuk rajin ke apa.
tak... just share kut korang pasni nak bwk bekal sama.
kalau rajin tu ha jenis buat bento mcm2 benda tu.
aku tak dan oih..
sempat buat bekal ni pun dah kira syukur dah.
pagi2 tu mmg kalut ah...



bekal 3 beranak.
mlm tu buat bihun singapore bnyk jugak.
esoknya dapat la sorang sebekas.
Amni pun nak bwk jugak pegi skolah dia walau kat sana kang ada disediakan.
pagi2 tu dia mkn biskut + susu ja.
utk bekal maknya, ada cili potong skali.
bekas merah utk Aniq.
bekas biru utk mama.
bekas pepel utk Amni.
utk apak takdoo..



omputeh sket bekal ni.
spiral with carbonara. gittewww..
siap ada epal lagi kau.
so, seharian tu duk kerkah epal ni jelah.
kata diet kannnnnnnnnnnn?
hahahaha..
dlu aku tak suka carbonara, but bila masak sendiri eh sedap pulak.
anak2, husband pun suka.
guna sos prego, serius sedap and senang gilos.
so, dlm sebulan adalah menu ni sekali atau 2 gilir2 ngan bolongnise.
spageti or spiral ni ha..
1 family suka.. cuma tak pedas.
utk carbonara bila aku nak mkn, tambah black pepper or chili flakes.
utk bolongnise, tambah sos cili.
setel.

bekas tepawe form Avon.
lawa kannnn?
star lagi, ada 3 bijik kat rumah.
redeem apa ntah dpt ni.



ni gambar entah bila.
sandwich telur.
telur rebus+mayonis+lada hitam+chiaseeds.
kenyang sgt tu taklah, tapi blh lah.. hehe.
aku sorang ja mkn ni, anak2 tak suka.




gambar bekas ja.
isi dlm tak ingat apa benda. hahaha
gambar 2-3 bulan lepas kut..
antara bekas makanan yg slalu aku guna utk bawak bekal.
not so tuppeerware lover.
ada ja bekas brand biasa2 yg aku guna.
kadang mcm sayang nak guna tupperware sbb mahal.
hahah



ha ni bukan tupperware..
kehkehkeh..

dasyat tak nasi sikittttttttttttt je. hahah
sekali sekala, kita cut portion.
lebihkan sayur ehh.
sup cendawan+sayur campur bersama ayam.
tu aku taruk serbuk lada hitam, tapi tak cukup pedas.
nak pedas, taruk sket ikan bilis pedas che nor tu ha.
feveret laki aku tu, selalu dia beli.
aku tak minat sgt, kadang2 ja mkn kalau tak da lauk pedas.

sup ni utk budak2 tak pedas, depa suka hirup kuah.
so, kena asingkan.
nak mudah aku buat sup sayur gini ja.
mmg laju la budak 2 ketoi tu mkn.
asal nama sup..
utk apak, tambah ayam goreng, dah setel masalah aku.



sandwich telur again.
ni pun bekas feveret aku.
jenis mangkuk tingkat,ada lagi sebijik, geng dia.
1 isi menu utama like nasi berlauk, 1 lagi for break1st.
kalau ada 2 menu aku guna bekas ni la.
senang nak bwk sbb ada pemegang skali.

korang camna, suka bwk bekal tak?
moh share ngan kak yah ni ha.
jimat dan sah2 bersih sbb kita masak sendiri kan?
ada ja yg tak suka sebab kena panaskan makanan semlm tu.
for me, ok ja.
aku tak da hal mkn lauk yg dipanaskan semula.
lauk 2 hari pun aku ok ja asal masih elok utk dimakan.
simpan dlm peti ais, esok tu panaskan.
tengok jenis lauk jugak la.
selalunya lauk semlm ja lah..
jarang la nak jd 2-3 hari.
ada yg kata tak elok mkn lauk yg dipanaskan semula.
terpulang pada pilihan masing2 kan ?
yg penting tak membazir...
dari segi kesihatan ada yg kata tak elok, tapi tak jumpa fakta sahih lagi.
so far, aku ok.
ada org perutnya tak leh terima, bule sakit perut kalau mkn lauk yg dipanaskan semula.
kak yah ni, hmmm semua ok.
hehe..


2 comments:

  1. Saya suka baca post pasal bekal- bekal Ni Sebab sy pun bawak bekal gi school

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...