Search This Blog

Monday, February 13, 2017

Petai+Bilis Berlada

laaaama tak share resipi kan?
ada ja ambil gambar lepas masak.
kadang2 resipi baru yg  gedik2 nak try.
ada jadi ada tak berapa jadi.
yg pasti semua selamat masuk perut dah.
hahaha..
masak sendiri, tak jadik sgt asal blh makan tak da hal lahh.
AJK jamuan kann
hahaha..



selalu buat sambal petai ikan bilis kan?
kali ni kita buat berlada pulak.
senang je punnnn.
aku suuuuuuuuuuka sgt lah ni.
mkn dgn nasi panas2, uiii.. menambah oi.
share gambar ni hari tu, dah kawan aku yg pregnant teringin.
adeh bersalahhh.
hahahah..

meh nak share cara2 nak buat.
senang dan sodappp..

bahan2 :
petai
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
belacan
cili merah
cili besar

cara2 :
goreng ikan bilis and ketepikan.

kisar bawang merah+bawang putih+belacan+cili merah+cili besar.

kuantiti, agak2 la bnyk mana ikan bilis dan petai korang tu yek.
lebihkan bawang merah yeh.
kisar jgn sampai halus sgt.
kalu rajin, tumbok lagi bagus.
aku suka kasar2 sket tekstur tu.
so, jgn kisar halus kang tak best mkn.
bawang merah kalau bnyk haa best.
cili, ikut tahap kepedasan korang suka.
aku buat tak pedas sgt sbb husband tak suka kalau pedas berdengung.
ala kadar je sebab nnt nak meratah kalau pedas mau kembang bibir.
lebihkan cili besar.

mula2 panaskan minyak.
pastu tumis bahan kisar tadi.
masuk garam+gula utk seimbangkan rasa.
dah mendidih tu, masuk air sket.
sket ja tau, sebab kalau berkuah tak best, kena kering2 ja.
pastu masuk petai.
godek2 kejap, masuk ikan bilis.
godek2 lagi..
dah siappp..

tips utk ikan bilis kekal garing :
lepas tutup api, kaup semua masuk dlm mangkuk.
jgn tinggal dlm kuali tu.
kalau tak nnt ikan bilis jd lembik, tak garing.
sebab kuali @ periuk yg kita guna tu panas walau dah tutup api.
so, kaup semua masuk mangkuk @ bekas.
nnt nak mkn bila2 tak payah panaskan semula pun tak pa, tetap garing elok.

makan dgn nasi panas2, lauk ni pun dah cukup.
pastu meratah..
uii ssedappp
cubalah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...