Search This Blog

Friday, July 28, 2017

1 Syawal

Maaflah, dah masuk Zulkaedah baru up cerita 1 Syawal.
hahaha..
ok la tu, thn lepas langsung takda entry raya.
sabauuu jelah aku.

raya tahun ni mcm biasa, sama mcm tahun2 lepas jugak.
malam raya umah mak pak aku.
pagi raya kat rumah mentua, tghr balik umah mak pak aku.
hari tu husband cakap mlm raya thn ni, last berbuka tu kat umah ayah.
aku cakap boleh jeee, pagi2 raya nnt balik umah abah.
dan2 tak nak. hahaha..
sejak kawen, pagi raya memang umah mentua.
klau tak pegi rasa bersalah jugak sebab rumah mentua sebelah rumah je pun.
pastu husband ni 2 beradik je, so tak ramai umah ayah mentua aku ni.
tak kisah la husband kena keja or cuti hari raya tu, routinenya mcm tu lah.
dah zohor mcm tu, gerak p rumah abah aku pulak.

tahun ni abang aku sekeluarga balik raya sini.
so meriah la kan.
mlm raya tu huii gegak gempita budak2 and mak pak budak main mercun.
hahaha..
abang aku sampai pkul 6 petang kut sebelum raya tu.
aku sampai pkul 7 petang. ahahah.
yg paling dekat yg paling last sampai.
kereta rosak wei sebelum raya.
aircond jem.. adudu...
pastu nak tak nak kena repair la kan?
nak jln2 raya takkan kreta takda ekon, panas weiii..
kesian budak2 nnt.
mujurlah ada lebihan duit kutu, duk simpan tak enjoy lagi.
last romadon, kemain aku sedekah rm1k++ kat apek cina tu repair ekon.
huhu lah kitaaa..

pagi raya, papa pegi sembahyang raya.
kami kat rumah siap2 sementara tunggu dia balik.



selfie ngan anak2 kakyah.
kami #teampurple tahun ni.
actually sepatutnya baju raya kaler merah.
aku beli baju kaler kelabu bunga merah.
so the boys nak carik baju melayu merah la sebab takda lagi baju merah.
tapi knowing the husband yg asyik la bertangguh p carik baju, haku pun malas nak push dia.
so, belek baju lama dia.
kebetulan ada lagi sepasang baju raya aku dan Amni ada base purple.
dia pun ada baju melayu pepel yg sedondon rondon ngan baju kami ni ha.
baju tahun 2015 and baju tu elok je lagi.
so, g carik baju utk Aniq jelah.
jumpa baju melayu johor je malam aku pegi carik tu.
hantam sajalah, malas dah aku nak cari baju leher cekak musang tu.
janji sedondon sudahhhh...
so, utk baju merah tu kita pakai next day nantilah.

pas papa balik, pegi umah ayah.
lepak makan sana.
then tunggu sedara ayah datang.
tu memang routine tiap2 kali raya.
lepas tu, abang aku and mak abah aku semua pun datang.
selalu kalau abg aku balik beraya sini, 1st day raya memang diorg keluar beraya tutup pintu rumah. hahaha..



wan and maktok and the cucu's.
diorg #teamhijau tahun ni.
cucu wan and maktok 4 ketoi ni saja.
entahlah nak bertambah ke idok...

wan and maktok masak nasi tomato+ayam ros+kurma kambing.
lepas tu ayah beli laksa kuala perlis+ketupat+serunding.
semua dah setel makan, tghr camtu, kami gerak pegi beraya.
konvoi sekali ngan abang aku, mak abah aku semua.
memula pegi umah maklang, adik abah.
sana ada laksaaaaaaaaaaaaaaaa. yay!
laksa sepupu aku masak sedap okes.
tapi takleh mkn bnyk pun, yelah baru lepas puasa sebulan kan?
pastu pegi umah paknjang, adik abah jugak.
kebetulan situ ramai sedara belah maknjang, so meriah la. hehe
tak stay lama, sebab nak pegi umah sedara husband kat Jitra pulak.
pegi sesiap sebab kang ntah bila.
husband cuti sehari ja raya, pastu nuuuu sabtu ahad depan pulak baru cuti.
pkul 4 dah gerak p tu, budak2 pun dah terlelap dlm kreta.
sampai sana pakat mood swing sket la, letih kan raya jalan sana sini dgn panasnya lagi.
ptg, pkul 6 camtu gerak balik.
sampai rumah, mandi bg budak2 makan sket, pakat lepak2 depan tv.
cadangnya pkul 730 nak siap2 sebab mlm tu makan2 rumah sedara husband (routine raya).
sudahnya kami laki bini tidoq tak sedaq diri. hahahaha..
anak2 ja duk layan kartun.
aku tersedar pkul 850mlm.
sabaq jelahhh.
maghrib pun terlepas.. haishhhh.
so, tak pegilah sana..

setel 1 Syawal kami.
raya pertama dah berjln sehari suntuk.
raya ke 2 pun sama...
next entry naaa...

oh, nak share gambar raya.
sedih betul.
takda gambar 1st raya.. huhu




ni jeeeeeeeeeeeeeee.
adehhhh...
dah sedondon rondon, takda gambar pulak.
gambar studio pun tak g ambik tahun ni.
waaaaa rugi..



ni je gambaq dengan laki.
waaaaa lagi..
😭😭😭😭

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...