Search This Blog

Wednesday, August 02, 2017

2 Syawal : beraya ke rumah cikgu

part 2 of 2 syawal.
malas nak sekalikan, nnt panjang nau entry.
hehe...

lepas reunion kecil2an kami tuh, gerak g umah adik aku.
abang aku g makan nasik sana.
so zass aku naik ke Kangar balik.

dah makan, solat sesiap, gerak ke Arau pulak.
nak pegi rumah bekas cikgu aku dulu.
bekas cikgu abang aku jugak.
and also kawan baik abah dulu.

keluar dr rumah adik aku, lalu tepi bukit.
ada view cantik.
haaa jomm.


semua ada ni walau nmpk belakang saja.
hahaha.
tok umi and adik lelaki aku tak ikut.
tok umi malas nak ikut, nak kemas rumah sebab esoknya 3 syawal nak buat open houze.
atas motor tu adik ipar aku, husband fizah.
view cantik sgt ni.
bukit and sawah padi menghijau.
tok abah pun layan jelah anak menantu punya perangai.



tok abah princess..
gitewwww.
hahahaha...


cubaan makngah ambik gambaq dgn anak2 menakan and anak2 sendiri.
failed!
sabaq jalah aku budak2 ni.


same to tok abah.
failed also..
haahaha
cucu 4 ketoi ni mmg maciam maciam.
memasing ada peel, sabaq jalah tok abah ligan.
sudahnya, tak yah laaa.
cemuih.
hahaha



4 ketoi cucu tok abah n tok umi.
yg paling huru hara 2 ketoi boys tu la.
aniq and amierul.
adehhhh..
amni pun sama naik gak kadang2
yelah, baya2 ni memang aktif kan?
apa pun syukur lah diorg aktif dr duk diam, lagi susah hati.
kaklong amierah dah besar, ok dah.
dah bule harap. hehe
tp ikut mood jugak budak ni.
klau mood tak ok, hmm, krik krik jugak la..

dah bergambar sampai lebam, kami gerak p umah cikgu hashim.
dah lama nak azam nak bawak abah p sana sebab dah lama depa tak jumpa
dulu diorg keja skali.
lama la keja skali tu and berkawan baik.
cikgu hashim dulu ajar sejarah and bahasa melayu kalau tak silap.
and dia also cikgu disiplin kat skolah.
cengei weii..
tapi hakikatnya dia baik ja ngan aku, and tak takut sgt pun ngan dia.
hahaha.
kita tak salah nak takut apa ye dok.
lg pun dlu aku pengawas skolah dan dia pun cikgu pengawas jugak.
so, ok jelah.
dulu2 dia dgn abah punya hobi sama.
pegi menembak burung, heheh..
dia slalu kata, dulu2 pakwi bawak hang mai kecik ja lagi, la ni besaq dah..
hahah.. besaq sangat dah ni cikgu oiiii..



cikgu hashim yg berbaju putih tu.
nmpk uzur sket, tapi masih blh berjalan lagi lah.
dia ada sakit jantung and sakit2 lain.
tak ingat pulak aku.
anak2 semua duk jauh, tapi selalu balik jenguk dia suami isteri.
bergenang air mata dia tgk abah aku datang, siap peluk2 lagi.
memula mcm senyap ja tak sembang sgt.
dah lama sket, haaa kau keluar smua crita depa 2.
sembang mcm tak nak balik dah.
bila abg aku hint nak balik, cikgu kata nantilah dulu..
dah lama tak jumpa takkan dah nak balik.
adoiyai.
hahaha..
kawan lama yg dah lama tak jumpa kan, memacam nak cerita.
siap pesan nnt datang lagi.
insyallah kalau panjang umur kita jumpa lagi.
tak jauh pun rumah dia, tapi kesempatan tu tak  berapa ada.

abang pun sempat dengan dia.
siap pernah kena rotan bontot lagi dulu.hahahaha
jahat sangat kut niii...

ada kesempatan nnt kita datang ziarah lagi.
nnt kena datang hantar abah aku kat sini je kut.
biar je depa sembang sampai puas kan.. hehe..

pkul 6 jugak gerak balik dr sana.
nak singgah rumah cikgu lain dah tak sempat, petang sgt dah.
jomlah kembali ke pangkal jalan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...