Search This Blog

Tuesday, August 08, 2017

Bicara Dakwah : CARA MENJAGA HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Tajuk: “CARA MENJAGA HUBUNGAN KEKELUARGAAN“

Pertama:
Hubungan kekeluargaan harus dipupuk pada peringkat akar umbinya dan ibu bapa seharusnya sedar betapa institusi keluarga ini merupakan pokok pangkal kehidupan kita. Tetapi apabila perkara-perkara negatif seperti ini berlaku disebabkan pengaruh orang sekeliling, maka kita perlu cepat-cepat elakkannya agar tidak menjadi perkara yang besar.

Kedua:
Ialah pegangan agama harus diperkukuh dari awal lagi agar remaja yang akan membesar ini dapat menangkis segala pengaruh negatif yang semakin berleluasa. Ibu bapa perlu menjaga segala kewajiban mereka. Contohnya, selalu bertanyakan adakah mereka sudah solat atau belum? apa aktiviti yang dilakukan pada hari ini? dengan siapa mereka berkawan? dan sebagainya. Perkara-perkara ini sememangnya perlu dititikberatkan samada terhadap anak lelaki mahupun perempuan. Kalau tidak, mereka akan jadi anak yang sosial.

Ketiga:
Ialah ibu bapa harus meluangkan masa yang banyak bersama keluarga, mendengar masalah anak-anak, dan melayan karenah anak-anak yang sebenarnya menuntut perhatian mereka. Anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang sekeliling, terutama sekali dari ahli keluarga mereka.

Keempat:
Ibu bapa harus juga bijak menangani masalah yang timbul agar tidak terlalu memberikan tekanan kepada anak-anak yang bermasalah.Siapa yang inginkan tekanan dalam hidup? Setiap manusia perlukan ketenangan. Penat sangat nak fikir masalah yang kita hadapi.Jadi, ibu bapa perlu selalu tanya ''ada apa-apa masalah dekat sekolah hari ini?'', ''macam mana dengan cikgu, ok tak?'', dan sebagainya. Hal ini perlu diambil tahu oleh ibu bapa, agar mereka tahu di mana kelemahan dan kelebihan anak-anak mereka.

Kelima:
Ialah ibu bapa harus prihatin dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada anak-anak walaupun sedikit kerana pencegahan peringkat awal adalah lebih mudah.Perkara seperti ini biasanya akan ditanya kepada anak perempuan. Sebab, anak perempuan perlu dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Dan selain itu, mahkota mereka perlu dijaga dengan sebaiknya. Hal ini bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa rogol, culik, dan lain-lain.

Semoga kita semua beroleh manfaat daripada petikan ini dan marilah sama-sama kita berusaha menjaga hubungan dengan sesiapa sahaja.
 
Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua.Semoga amalan harian kita mendapat keredhaan dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...