Tuesday, September 12, 2017

BICARA DAKWAH : KEBERKATAN REZEKI

Tajuk: “KEBERKATAN REZEKI”

Perlu juga diingat bahawa rezeki bukan sekadar kekayaan atau wang ringgit semata-mata tetapi juga ia boleh juga berupa ilmu, ketenangan jiwa, anak yang soleh dan keluarga yang bahagia.

Tanda-tanda rezeki yang berkat yang dapat kita lihat dengan mata kepala dalam kehidupan kita sehari-hari.Adapun sebahagian tanda keberkatan rezeki tersebut adalah:

1.Iman Yang Mantap Dan Hati Yang Semakin Dekat Dengan Allah SWT.

Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan,Iman kita makin mantap dan hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT.Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat dan tidak malas dalam urusan ibadah kepada Allah.

2.Hati Semakin Rasa Tenang.

Dengan rezeki yang berkat,akan  meraih pandangan Allah SWT dengan diberinya ketenangan hati dan jiwa kita.Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan hati kepada kita.

3.Menjadi Insan Yang Pemurah.

Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada.Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita miliki datangnya daripada Allah SWT.

4.Akan Dijauhkan Daripada Bala Allah SWT.

Rezeki yang berkat akan mampu menjauhkan bala bencana, kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki yang dimilikinya.

5.Dapat Membentuk Keluarga Yang Harmoni.

Tanda keberkatan rezki yang seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit,namun mereka tetap aman damai dan hidup bahagia.Kehidupan bahagia rumahtangga akan aman bahagia buat selamanya.

6.Menjadikan Anak-Anak Yang cemerlang Di Dunia Dan Akhirat.

Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak di masa hadapan. Namun, rezeki yang berkat yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dan menjadi anak yang cemerlang dalam meniti hidup di dunia dan akhirat.

7.Sentiasa Merasa Cukup Dan Bersyukur Dengan Segala Bentuk Pemberian Allah SWT.  

Setiap  yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan segala bentuk pemberian Allah SWT tersebut.

Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua.Semoga amalan harian kita mendapat keredhaan dari Allah SWT. 


*******************************************************************

gaji banyak kadang rasa tak cukup..
kenapa?
gaji sikit, cukup je belanja sekeluarga.
itu namanya keberkatan rezki kita.
kerja dengan betul, jujur, Insyallah berkat rezki kita.
kerja halal tak semestinya rezki tu pun halal.
doa mohon Allah murahkan rezki dan luaskan rezki kita.
buka pintu2 rezki itk kita sekeluarga.
itu doa aku hari2.
tak kaya tak apa, asal cukup semua.
dan rezki bukan hanya wang ringgit.
sihat tubuh badan, keluarga bahagia, hidup aman damai itu jugak rezki.
kan?
 

2 comments:

  1. Terima kasih puan berkongsi ilmu..betul rezeki bukan hanya wang ringgit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sihat tubuh badan pun rezeki paling besar..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...