Tuesday, September 19, 2017

Takziah dan tahniah

Malaysia digemparkan dengan kejadian pusat tahfiz terbakar minggu lepas.
alfatihah utk semua yg terkorban..
takziah utk ahli keluarga mangsa.

aku rasa berita ni memang meruntun jiwa semua org.
seluruh rakyat bersimpati dgn kejadian yg pada aku sangat memberi kesan kepada semua, tak kira ahli keluarga atau org awam.
hari kejadian, aku baca tajuk berita saja dan baca komen.
tak baca pun berita tu.
tak cukup kuat.
sebab ada org share video kat group w.a, video terbakar tu.
aku tgk tak habis pun, sebab hari tu bz dengan kerja rumah.
sabtu kan?
the next day, baru aku baca berita.
scroll satu persatu news yg org share kat fb, news kat BH online, metro online and some more online pages yg share pasal ni.
Allahuakbar..
menitik air mata. serius.

dah banyak komen, cerita, ulasan pasal kes ni.
aku hari ni baru kuat nak share.
tapi takmo ulas panjang2..
benda dah jadi, qada dan qadar tuhan.
kita yg melihat mudah utk bercakap, tak kan sama dgn yg alami sendiri.
ibu bapa kehilangan anak kecil.
paling muda umor 6 thn.
sebaya Amni.
sedih gila aku bila baca senarai nama yg terkorban.
para syuhada, para tahfiz yg berjuang utk Islam.
syahid dan syurga utk mereka sudah pastinya.
walau ramai yg menyabarkan, mengatakan ibubapa itu  hebat kerana anak mereka insan terpilih tapi kehilangan anak dengan kejadian mcm ni bukan mudah utk diterima.
kalau aku, entah...
tak kuat.
Allahuakbar.
tengok gambar2 mereka yg dishare di socmed, merembes2 air mata aku.

ibu bapa dan anak2 ini hebat.
anak2 berkorban masa kanak2 mereka, belajar di tahfiz utk menjadi pejuang agama.
ibu bapa juga hebat kerna memilih pusat tahfiz sebagai medan perjuangan anak2.
walau pengakhirannya menyedihkan, tapi mereka ini hebat!






cukuplah 1 gambar.
tak sanggup nak share gambar2 lain.
dah bersepah org share kan?

jenazah pun dah selamat disemadikan.
semoga roh mereka diangkat ke syurga paling tinggi oleh Nya.

sedih. serius sedih.
aku baca news tu, menitik2 air mata.
terbayangkan saat diorg meninggal.
menjerit minta tolong sebab api marak, panas, tak boleh nak selamatkan diri.
tak terbayang sakit tu.
kita yg dewasa ni, kena percik minyak panas pun dah mengadoi, inikan pulak api besar mcm ni.
Allahu..
tak terbayang.

spekulasi sgt banyak.
mcm2 kan..
akhirnya kebenaran terungkai.
sekali lagi mengucap panjang semua org.
sedih dgn kejadin yg terjadi.
sedih dgn mangsa dan pemangsa.
Astagfirullah...
dunia akhir zaman atau apakah yg sedang kita lalui.
anak2 yg terkorban itu sudah pasti syurga tempat mereka.
yg ditahan ni?
apa nak jadi?

dengan kejadian mcm ni, mungkin blh buka mata semua org
utk ambil tindakan yg sewajarnya dgn remaja kita.
belum habis sekolah menengah dah positif syabu.
Astagfirullah..
semoga anak2 kita dilindungi dr perkara2 sebegini.
bila baca punca kejadian, cara mereka bakar pusat tahfiz tu, hati aku ni mendidih2.
geram tu tuhan saja yg tau.
kecik2 dah jahat mcm tu!
Astagfirullah!!
itu bukan nak bakar bangunan, itu mmg nak bakar dgn orgnya sekali.
tgk ke anak2 aku, ya Allah.. seriau.
seriau apa akan jadi di masa hadapan dgn keadaan dunia kita sekarang ni.
hari2 doa semoga anak2 aku dilindungi dari anasir2 yg jahat ni semua.
kesian dgn ibu bapa budak2 tu.
sekarang katanya ada yg kena kecam, ada yg tak keluar bekerja, ada yg mengurungkan diri di rumah.
malu dgn masyarakat sekeling and some more.
kesian.
mungkin ibu bapa dah bg yg terbaik utk anak, tapi anak2 makin besar, dah pandai atur jln hidup sendiri, pilih kawan sendiri.
seronok dgn dunia ciptaan sendiri yg akhirnya mengundang padah.
salah pilih jalan, akhirnya kecundang.

entah..
serius aku lagi sedih pikir nasib budak2 yg kena tahan tu.
yg terkorban, dah selesai urusan dunia dan sekarang mungkin  sedang bergembira di syurga sana..
yg kena tangkap ni?
apa sudahnya?

disinilah pentingnya didikan awal utk anak2 kita.
semuanya bermula dari rumah.
didikan agama, akhlak dan sbgnya.
sesibuk mana pun kita, anak2 jgn diabaikan.
mereka ni cerminan diri kita.
usaha, doa, mohon yg baik2 kepada Allah.

sayang anak tak semestinya kena turuti semua kehendaknya.
marah anak tak bermakna tak sayangkan anak.
biar dia menangis sekarang dari dia menangis di kemudian hari
anak2 ini kadang bila dibiar, hilang arah tuju.
perlu panduan dan bimbingan dr org tua.
sama2 kita berusaha dan doa semoga anak2 kita semua dilindungi dari perkara2 sebegini.
mudah mudahan, Insyallah




2 comments:

  1. semoga allah tempattkan mereka dikalangan orang yang beriman.. aaminn

    ReplyDelete