Monday, October 09, 2017

Sekolah baru utk Amni

cerita pasal anak sket.
ni bukan nak tukar sekolah ke apa.
tahun depan Amni dah 7 tahun, means dah masuk sekolah rendah.
uuuu.. besaq dah anak dara mama..

dulu pernah share pasal pendaftaran sekolah bagai kan?
so, dah nak hujung2 tahun ni, sekolah pun dah mula call/contact parents.
utk sekolah kebangsaaan, aku pilih sekolah yg dekat rumah masa daftar hari tu.
ikutkan, dekat rumah aku ni ada 3 sekolah yg berdekatan.
dia punya dekat tu, sekolah paling dekat is less than 1km.
hahaha. dekan nau.
sekolah kedua, masih lagi less than 1km jugak cuma jadi jauh sebab kena u-turn.
alah, nak u-turn pun 250m je kut.
hahaha..
sekolah ke 3, jauh sket. dlm 2km++.
masih dekat kan?
untung duk Perlis. hihihi..
sekolah keliling rumah.
utk sekolah yg aku pilih tu, sekolah tu sekolah kluster.
ye kot, klau tak silap. tapi ada ranking la dlm Perlis ni.
sekolah ke 2 pun sama, ada ranking jugak.
sepupu2 Amni dlu sekolah tu lah, dekat ngan rumah kan?
plus skolah yg hebat pulak tu.
cikgu dah call, minta parents datang utk sahkan kemasukan anak.
tak sure pulak lepas tu ada ke tak interview utk masuk.
rasanya ada sebab ramai yg mohon sekolah tu.
cumanya priority kepada penduduk sekitar dulu, baru yg luar.

tapi..
aku tak pegi pun sahkan utk kemasukan Amni ke situ.
sebab..
aku daftar Amni ke sekolah agama.
sekolah swasta.

niat aku memang nak masukkan dia ke sekolah agama.
sebab.
dia dari Pasti, dah ada basic, sayanglah kalau lepaskan mcm tu saja.
lagipun, mmg aku nak sekolah agama.
ada je sekolah rendah Islam yg bantuan penuh kerajaan, tapi jauh sket.
nak hantar and nak ambik tu jauh sket la.
tak sejalan nak ke opis.
takut nnt huru hara ja pagi2 tu.

so, aku pilih sekolah rendah Islam yg swasta.
sekolah tu tak ramai pun budak2.
setiap darjah ada 1 kelas ja.
cumanya tahun ni, 1st time diorg kena buat interview utk kemasukan tahun 1 sebab ramai yg mohon.
org dah mula perasan kewujudan sekolah ni.
lagipun tak bnyk/tak ada sekolah agama swasa mcm kat negeri lain.

rasanya sekarang, dah ramai parents pilih sekolah agama utk anak2.
kan?

dan Amni dpt panggilan utk interview tu.
hari sabtu.
aku pun temankan dia pergi interview skali dgn adik.
ramai jugak org, dan dia mula nak buat malu2 nak menangis bagai.
dah jumpa geng, kawan sekali kat Pasti, ha ok dah.
interview dlm sejam.
ada ujian bertulis, lepas tu ada ujian lisan.
seminggu sebelum interview tu, aku ajarlah dia apa yg patut.
nerves gak mak ni ha.
doa hari2 kau moga dapatlah dia jawab and dapatlah dia masuk skolah tu.
hari interview pun ulang2 aku pesan ke dia, jawab elok2.
kalau lupa, tak tau nak jawab kakak ingat mama, nnt mama doa, tuhan tolong kakak.
masa di jwb exam tu, aku doa dlm hati semoga dia ok.
besar harapan utk masuk skolah tu. huhu..
dah habis exam, dia kata mudah je punnnnnnnnnnn.
hahahaha.
permohonan 100++, nak ambik dlm 80 org saja.
sebab diorg buka 2 kelas utk tahun depan.



muka lepas jawab exam.
org lain relax ja pakai tshirt dgn jeans pegi interview tu.
tapi utk dia aku kasik pakai baju kurung, biar sopan sket kan?
utk exam, ada ujian bertulis dan lisan.
dia kata mudah je.
yg ujian lisan, cikgu suruh baca iqra.
lepas setel semua, mama belanja bawak pegi kedai eco, kedai 2 hengget.. hehe

lepas 2 minggu, dapat mesej, Amni dapat masuk skolah tu.
Allah Allah, syukur.
ni langkah pertama utk dia.
niat nak hantar sekolah agama sampai besar mudah2an berjaya.
aku nak anak2 aku semua skolah agama.
mula2 papa tak berapa minat, dia nak hantar sekolah yg dekat rumah tu.
yelah, nama pun sekolah kluster kan?
aku kata, kalau kita hantar anak ke sekolah agama, dia belajar al-quran, dan dia akan belajar semua!
lagipun sekolah tu terus sampai petang, tghr tak blh balik.
so, tak payah nak pikir sapa nak ambik tghr, nak masuk transit ke apa dah.
petang belajar KAFA terus kat sekolah.
pagi2 sebelum belajar, mengaji dlu, solat dhuha bagai.
kat situ wajib solat kat surau berjemaah.
kalau sekolah biasa, mana ada semua tu.
itu yg aku nak, nilai2 agama yg tinggi.
utk pembelajaran, guna buku2 sama mcm skolah biasa.
masih tertakluk kepada jabatan pendidikan negeri.
so, papa setuju jugak akhirnya.. hehe

bulan lepas, cikgu dah panggil buat pendaftaran, taklimat utk tahun 1 dan bayar yuran semua.
senak jugak sebab tengah bulan kan?
dan aku bajet bayar yuran masa bulan 11 nnt, so tak prepared awal.
Alhamdulillah, Tuhan mudahkan urusan kami, ada lah duit utk bayar yuran tu.
pendaftaran semua, dalam RM500.
dah nama sekolah swasta, haruslah ada yuran bulanan.
sebulan RM190 (yuran bulanan+yuran makan).
yg aku suka, makan disediakan di situ, sehari 3 kali.
mudah kerja mak bapak kan?
sebulan below than 200, murah la tu kan?
mana nak carik ye dok?

doa aku, semoga urusan utk Amni kejar dunia kejar akhirat dipermudahkan Allah.
dia saham kami suami isteri.
amanah Allah utk kami jaga dan bentuk dia.
niat aku nak anak2 sekolah agama, belajar lebih pasal agama.
mak bapak dlu jahil, takkan nak jahil selamanya kan?
dunia akhir zaman ni mcm2 bule jadi.
sedari kecil, kita terapkan nilai agama lebih pada anak2 supaya nnt mereka bule fikir baik buruk, nilai kehidupan dengan baik.
semua mak bapak nak yg terbaik utk anak2 kan?
dan harapan aku, ini yg terbaik utk mereka.
walau bukan sekolah terbaik di perlis dari setiap segi, semoga Allah permudahkan urusan kami dan kabulkan doa kami utk yg terbaik.
utk agamaNya..



ikut hati nak hantar ke tahfiz, tapi tak ada yg sesuai di sini.
nak hantar ke asrama di usia ni, tak sanggup pulak mak ni ha nak berjauhan dgn anak. huhu...
harap ini permulaan yg baik utk Amni.
Insyallah..

2 comments: