Tuesday, November 21, 2017

8th years together..

20 November semalam is our 8th annivesary..
cepatnya masa berlalu..
8 tahun dan kawen.
anak dah 3..

susah jugak kadang2 nak jawab bila org tanya, anak berapa.
nak jawab 2, sebenarnya 3 walau yg ada cuma 2.
kalau jawab 3, nnt org tanya anak sulung umor berapa, yg kedua berapa, yg kecik berapa umor..
dah kena cerita panjang. hihi
nak mudah jawab je 2 kan?
tapi rasa mcm tak adil utk arwah..
😐

tq tu FB sebab tolong remindkan semlm is our annivesary.
sebab haku tak perasan pun. hahaha..
sabau jelah.
papa cuti semlm sebab nak bawak mak dia g check up kat spital.
blk rumah ptg tu, dia dah ambik anak2 smua.
tgk dia duk mesin rumput.
peluh2 buat keja. teruk sket sebab dah lama tak mesin rumput.
cian dieeeer...
pastu sembang2 jap kat luar tanya dia ingat tak hari ni berapa haribulan, hari apa..
buat la muka terbangang2 dia tu..
pastu dia kata eh, lambat lagi annivesary.
ikut dia annivesary 22hb sebab ikut kenduri kat umah dia.
gitulah jawapan dia tiap2 tahun.
sabau jelah..

sory kami takda la romantika de amor bagai.
nak dating berdua-dua an, candle light dinner bagai.
aku puasa kemarin, otw balik dah beli mee kuah+popia utk berbuka.
pas berbuka, solat maghrib, masuk dapur balik masak dinner.
taktau nak masak apa, hantam buat ayam masak lemak jelah.
feveret sang suami dan anak2.
beriya dia makan,
so, consider annivesary dinner ye bang?
hahahahaha..



jenuh juga mencari gambar laki bini sesama.
ni gambar raya lepas.
tak bnyk rupanya gambar berdua. gambar anak2 mendominasi. hahahah

Alhamdulillah..
selepas 8 tahun kawen, masih aman damai.
8 years full oh love, happines, tears, gaduh2 manja, merajuk gatai.. hahaha
bohong la klau tak gaduh kan?
selisih faham tu sentiasa.
kami ni cakap pun dah mcm bergaduh. tapi kalau gaduh, takda menengking2 pulak.
sebab laki aku tak suka layan.
kalau aku bising sebab apa2, dan klau punca dari dia pun, dia tak layan.
kalau layan, mungkin lagi melarat jadi besar.
bila dia tak layan, aku pun diam.
esoknya aku pujuk diri sendiri, then kami ok.
masam muka, merajuk, paling lama sehari je.
susah la nak merajuk bebai bagai..
kang nak cakap dgn sapa kan?
masa marah tu, haa berapi2 lah.. dlm hati tu kemain la maki hamunnya.
dah pegi keja, tak pun dah tidor, esok tu mcm biasa la.
cakap, tapi kadang2 muncung tu ada.
tapi tak lama. aku pun malas la nak panjang2kan.
lagipun until now, tak pernah lagi kami gaduh besar.
tak da lagi sebab yg besar utk gaduh baling2 pinggan.
Alhamdulillah... semua masih under kontrol.

perkahwinan ni bukan mudah ok.
2 different people, live together 24/7. ingat senang?
masa bercinta, jumpa, deting, pastu balik. merajuk, pujuk2 bagai, ha ok.
bercinta dgn kahwen, tak sama.
dah kawen baru nmpk the true colors.
trust, kena ada.
persefahaman, saling melengkapi, saling percaya, rendahkan ego, komunikasi, hormat menghormati, semua tu kena ada.
baru 8 tahun kawen, more years to come.
mcm2 benda boleh jadi..
yg penting, saling melengkapi, dan doa.

mak aku pesan masa kami baru kawen dulu.
doa, semoga Tuhan jaga rumahtangga kita.
doa, semoga cinta kita kuat utk selamanya.
memang aku selalu doa, semoga rumahtangga kami dijauhkan dari perkara2 yg tidak elok, dikukuhkan rasa cinta antara kami.

Alhamdulillah... jodoh kami berdua.
berjodoh dgn suami aku yg sekarang ni bukan dengan ex bopren yg lain. hahahah
sebab dia melengkapi aku.
ada la kekurangan dia yg aku kadang geeeeeeeeeeram sangat.
tapi kena ingat, nobodys perfect kan?
tapi ada juga kelebihan dia yg takda kat org lain.
kita pun takda la bagus sangat so, belajarlah bersyukur
Tuhan dah bagi kau jodoh yg terbaik dah tu.

tgk suami org lain gitu gini, kita pun nak suami kita gitu gini,
tapi kena ingat, tu lah suami kita.
baik buruknya, itulah dia.
ada lebih dan kurangnya dia.
nak semua lebih, tak dapat la kut.

nak suami kaya, bagi kau duit banyak : kalau dia kaya mungkin dia tak setia dgn kau, mungkin bnyk je perempuan kat luar sana, kejar dia then dia curang.
nak suami romantik : asyik romantik je, hari2 bagi kau bunga je,nyanyi utk kau hari2, call all the time.. jemu oih
nak suami yg pandai bergaya : hari2 nak keluar make up lebih dari isteri, ha camna? kau pun selekeh je kadang2

semuanya tak kena kan?

so, dapat yg sederhana, syukurrrrrrrr..
laki pakai apa adanya, sluar dah lusuh, kasut dah koyak, baju selebet, takpelah dari dia asyik nak bergaya pakai branded semua, kau jugak yg susah kan?
laki tak kisah makan sendiri, kadang bini letih tak masak, pegi beli makanan kat kedai.
laki tolong kutip sampah, mesin rumput, repair dapur, mesin basuh rosak.
laki tolong sidai kain walau suka hati dia silang kain baju tu camna, janji kering.
laki tolong setelkan hal anak2, mandi, basuh berak anak, jaga anak bila kau kena keja..
Alhamdulillah, laki aku ni mudahhhhhhhhhhhhh nau orgnya.
syukur dah 8 thn kawen, semuanya baik2 saja.
moga terus begini dan bertambah baik utk tahun2 mendatang.
takpelah tak romantik pun, takda bunga ke coklat ke apa skang ni kan?
nak mkn beli jelah sendiri. hahahaha
asal laki aku ada dengan aku dan anak2, semua dah ok.

happy annivesary papa.. mama love u more than everything walau mama selalu berleter. hahaha
can't imagine my live ( our live ) without you..
semoga rumahtangga kita terus aman bahagia utk selamanya, sentiasa di bawah lindunganNya..
semoga kita keka sampai syurga..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...