Tuesday, November 28, 2017

Majlis Konvokesyen Pasti Kawasan Kangar 2017

dah cuti sekolah.
mak is relax! yay!!

last 2 weeks, berlangsung majlis konvo Pasti kawasan Kangar bagi tahun 2017.
tandanya, dah tamat pembelajaran di alam tadika..
tahniah anak mama, konvo phd dah..
3 tahun kat Pasti, 2 kali konvo. hihi..

majlis berlangsung di auditorium Perpustakaan Awam Kangar.
Pasti Amni kena sesi petang, start pkul 2.
mujurlah petang, so papa blh join.
hari2 dia ingatkan nnt kena pergi majlis konvo dia.
excited sangatlah..


utk pagi, Pasti lain, utk petang another 4 Pasti kawasan Kangar.
diasingkan macam ni, bagus juga.
mcm last year, campur semua Pasti kawasan Kangar.
ramai ya ampun..
pastu takda terima sorang2 pun, sebab ramai, diorg sekalikan ja semua naik atas pentas.
so ada mak bapak komplen.
tahun ni diorg edjas naik sorang2 utk terima sijil.

hari kejadian, pagi cuaca ok.
beralih hari, hujannnnnnnn..
aku dah masak awal, bagi budak2 makan semua dah.
semua dah siap, tunggu papa sampai ja.
papa sampai sempat lah nak mandi makan jap.
rumah dgn lokasi kejadian, sekentut ja. so relax jelah.
tapi papa kata, dia nak rest kejap, so dia hantar kami dulu, nnt dia menyusul lepas makan semua.
so, ok jelah.
sampai sana, papa dgn Aniq balik dulu.
dah naik masuk auditorium, hujan selebat lebatnya
mujurlah dah selamat sampai.
org pulak, ramai, penuh audi yg tak besar mana tu.
cikgu2 kata sesi pagi tak ramai sangat, petang ni sampai tak muat pulak.
ada parents yg tak dapat masuk.
no komen.. hehe
seb baik aku dapat jugak kerusi walau dekat dgn pintu masuk. sokay la.. hehe

majlis start dlm pkul 3.
dari dulu aku perasan majlis Konvo kat Pasti ni takda persembahan dari pelajar.
yg ada bacaan ayat al-quran saja.
bagus juga.. huhu..
lepas tu ucapan, then terus dgn penerimaan sijil.
sebelum tu bagi sijil pada pelajar cemerlang dulu.
ok la, majlis ringkas sudah.
budak2 ni bukan boleh duduk lama kalau majlis mcm ni kan?



ramai, malas nak ke depan ambik gambar.. hihi
sipi2 jelah ambiknya.
tahun ni takda topi pulak.
takpe, tunggu topi and jubah universiti nnt kakak eh..



gud job anak mama.
makin besar ni dah berubah sket perangai cengeng tu.
ada la jugak sket kalau ada papa.
dengan mama tak berani sangat. hahaha.

ada org jual bouquet coklat tu, so haruslah dia nak.
aku tak sempat nak buatkan.
sokay la, belanja dia.
rm15 kauuuuuuuuuuuuuuu..
modal dlm 5 hengget je aku rasa.
pejam mata jelah mak kau ni demimu anak.



bergambar kenangan dgn cikgu kelas dan kawan sekelas.
kucar kacir sket hujung2 tu.
kawasan tak besar mana, budak and parents ramai.
kena pulak hujan, so tak terkawal.
papa and Aniq tak datang pun.
aku cakap tak payah la, dgn hujannya, dgn dewan penuh.
lagipun, pkul 5 majlis dah setel.
papa datang jemput balik jelah
Aniq pulak tidor, so dia tunggu aku roger, baru dia datang ambik.
kena pulak aku sakit kepala sangat petang tu.
napa entah..
maybe sebab bersesak, tempat sempit, aku jadi rimas so, mendapat la..
balik rumah semua bantai tidor, hujan kannnn.. hihi..



org ramai, sesak sket.
malas nak minta org tolong ambikkan gambar, so kita selfie jelah ye kakak.
dia pun merimas sbb kena pakai kasut bertutup tu.
sakit kaki katanya..

tahniah kakak dah habis belajar di Pasti.
dia taknak pindah sekolah, nak duk situ jugak.
sebab nak cikgu2 tu jugak.
takleh la kakak oi, thn depan awak dah darjah 1 yehhh..
dah big gurl...

tq semua cikgu2 Pasti..
anda semua hebat!
jasamu ku kenang.. 😗😗😗

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...