Wednesday, November 22, 2017

Perlis Banjir 2017

cerita throwback lah ye kiteee..
😃😃😃😃
bulan september punya cerita. dah draft separuh, so kita publishkan jugak lah.

bulan september lepas kan bnyk negeri kena banjir.
kena pulak masa public holiday awal muharram tu.
rezki la tu.
sebab tak perlu apply cuti kalau rumah kena banjir. hehe
papa pun kebetulan dapat public holiday tu, so keja jadik mudah.

actually rumah aku tak la kena banjir.
cumanya kat depan2 jalan tu, melimpah ruah la air.

hari rabu hujan start petang kut.
pastu hari khamis, seharian hujan.
hujan lebat dan lama.
blk keja dah nmpk sungai, longkang dah penuh air.
jalan masuk ke rumah pengasuh Aniq mmg dah naik, tapi still boleh lalu.
kena redah air la. paras buku lali camtu.
kat kawasan rumah dia pun, bawah rumah tu dah penuh air.
kawasan situ mmg rendah dan berisiko banjir.
lepas ambik Aniq, adik aku call suruh bawak budak2 pegi rumah dia main air.
ada kawasan air dah naik atas jalan.
depan rumah dia sawah padi.
air dah sama rata dgn jalan dah, tapi tak jejak ke laman rumah lagi.
kat jalan selepas rumah dia sket, air dah melimpah atas jalan.
tghr tu dia ngan adik ipar dia siap main hujan lagi.
takda keja btoi.
bawak Amni and Aniq main air, menggeletis la dua2 nak2 si Amni tu.
mlm tu masih hujan.
tengok kat FB, kat group saya anak Perlis, pakat2 update ada kawasan and rumah yg dah dimasuki air.
mak aku call suruh ambik dia esok pagi nak datang sini nak pegi carik ikan dgn abah.
hahaha..
bila bajir ni, ikan darat memang meriah la.
esok pagi, adik aku call suruh datang rumah dia tgk air.
air dah masuk rumah!
hahahaha.
sebab ada benteng sungai pecah, so air datang cepat sangat.
pkul 5 pagi air start masuk.
barang sempat angkat. mujurlah dia ada rumah atas, so campak smua barang naik atas.
peti ais mesin basuh smua dia lapik dgn bata bagi tinggi.
dlm rumah paras lutut agak la air tu.
kat jln nak masuk rumah dia pun sama, lebih kurang paras lutut.

pkul 9 pagi camtu, pegi ambik mak abah aku.
abah siap bawak baldi, jala bagai nak p carik ikan.
otw tu mmg nmpk la ada kawasan yg dah naik air.
pagi tu hujan renyai2 ja dah tak lebat.



few pics kat sekitar Perlis.
ikutkan tu teruk jugak. tapi yg tahun 2010 dulu lagi teruk dari ni.
lepas tahun tu, teruk kena, so banyak kawasan yg terjejas terus dah diambil tindakan.
longkang di perkemaskan, sungai pun dah diluaskan.
tahun2 selepas tu bila hujan, ada kawasan yg masih kena banjir tapi tak teruk.
tahun ni, ujian Tuhan, teruk jugak.
kawasan rumah adik aku tu, ikutkan ok ja.
tapi bila ada benteng sungai pecah kalau tak silap, air laju sangat.
hujan, benteng pecah,, air sungai melimpah, air laut pasang, so kena terimahlah.
pkul 3 pagi air naik katanya.
pkul 5 pagi air mula masuk rumah.
bertabahlah..



ni kat rumah adik aku.
ni asalnya rumah mertua dia.
now diorg laki bini yg tinggal.
mertua dia tinggal kat Kedah sana.
mujurlah jugak ada rumah atas. so, barang2 leh campak naik atas.
otw ke sana, kami dah beli lauk pauk siap2.
nnt susah pulak nak makan kan?
mujurlah air dan elektrik tak dipotong, kalau tak masak jugak lah..
so, merasa la budak2 ni main air.
air keruh sket sebab depan tu sawah padi.
esok tu dia kata jernih sket sebab air dah lalu.
bapak sedara suami dia siap bawak sampan datang situ.
seronok la main kan..
tghr tu mkn dlm air. hahahah.
kat porch depan ada meja kerusi bagai.
so, kami berkelah je kat situ.
masak nasi, makan ramai2. dah sudah makan, ha boleh basuh pinggan terus. hahaha



tok abah pun boleh tahan melayan cucu2 main air.
kayuh sampan pusing merata. hahahah
sabau jelah..
menantu perati je tu abah oiii..

dulu rumah aku camni jugak la.
cuma dlm rumah dlm paras betis je. kat luar paras peha okeh..
mengimbau kenangan la jugak laki bini redah air masa banjr thn 2010 dlu.
ada aku buat entry pasal tu dulu.
dari jln besar nak masuk rumah adik aku, dlm 500m ++ kut jaraknya.
so, meredah air la nak keluar masuk tu.
tghr, pkul 12 mcm tu, kami gerak balik.
sebab pokok hujan dah gelap dah.
masa duk redah balik tu pun dah renyai2 hujan.
risau hujan lebat kang nak keluar susah pulak dgn budak2 tu.
so, kami anak beranak balik dulu.
mak, abah and adik aku stay situ temankan pizah laki bini.
in case air naik lagi ke camna.
takda org tua katanya, risau jugak adik aku tu.
rumah sedara tepi2 rumah dia tak masuk air sebab rumah diorg tinggi sket.
so, blh tumpang2 in case ada kecemasan.
diorg malas nak pindah ke sekolah.. renyah kut tinggal ramai2 situ.
dah kawasan rumah dia ok lagi, so, diorg stay jelah.
bekalan air, elektrik, makanan smua ada lagi, so ok la..

hari Isnin baru air dlm rumah surut..
4 hari jugak rumah dia masuk air..
pastu sesi mengemas laaa hehe



ini kat sekitar rumah aku.
hari ahad tu air masuk badang Kangar pulak.
tapi tak teruk mcm dulu.
rumah aku mmg tak kena la , tapi kat jln besar tu, melimpah jugak air.
kat taman depan, rumah yg barisan depan, semua kena.
kat jln, mmg meriah.
aku bawak Amni petang ahad tu main air.
kemain dia berkepak. ada gambar tapi termiss masa transfer ke laptop ni.
ramai pulak petang tu pakat duk main. budak2 baya dia la,, berenang sakan.
kena pulak air bersih, seronok la.
yg menyampahnya, budak2 motor.
sampai ke tgh mlm tu rem motor kat situ.
tak paham aku, korang ni takda rumah ke apa.
siang mlm duk main air, main motor kat situ.
org nak tidor pun tak senang.
tau lah jarang2 jumpa banjir tapi prihatin la sket.
sabau jelah.



longkang kat rumah mertua.
masa banjir tahun 2010 tu, sipi2 je lagi air nak masuk rumah dia. kami siap biuat benteng kat depan pintu, tahan air masuk.
kali ni, setakat ni jelah.
Alhamdulillah..
azab okes rumah masuk air. 2 kali kena, serik rasanya.
bab kemas rumah and barang tu la..


belakangg rumah aku.
rumah aku ni mmg buat tinggi sesiap.
masa tambun dulu, ayah dah suruh buat tinggi.
in case banjir besar mcm dulu, rumah kami la paling selamat tak kena. hehe
Alhamdulillah, kali ni tak teruk sgt.

kenangan banjir 2017.
pengalaman baru utk anak2 yg tak pernah tgk banjir kan.
now kalau hujan sket, laju ja tanya banjir tak?
rumah maknjang (adik aku) banjir tak? nak main air..
ye ye jelah hampa ni kannn..

baru2 ni Penang kena banjir teruk kan?
tgk gambar pun kesian sgt rasa. kawan aku kena jugak. dlm rumah paras paha air..
habis barang2 semua rosak.
musibah dan ujian Tuhan, kita pun tak dpt jangka..

No comments:

Post a Comment