Search This Blog

Tuesday, November 21, 2017

Riadah petang

Assalamualaikum..

laaaaamanya tak bersiaran. bapak malas nak menaip. huhu..
blogwalking je, taip blog sendiri, malas.
apa nak jadi kau kakyah oi..

hari ni share sket, aktiviti petang kami anak beranak.
aktiviti ni takleh selalu..
kadang2 je..
bukan apa, kang dah mula, haaaa tau la akai budak 2 ketoi tu..

budak 2 ketoi ni mmg pakat baik punya.
pakej elok dah Tuhan bagi anak2 aku ni.
Alhamdulillah syukur.
dua2 ni mulut, ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnn...
yg kakak tau dah cakap bnyk.
yg adik tu pun, tak padan ngan kecik.
mulut lajuuuuuuuuuu nau..
umor baru 3 thn, tapi dia punya potpet, haishhhh, kalah kakak dia okeh.
aku ni kadang tergelak sensorang bila ingat mulut dia tu.
ahaha.
nnt aku buat entry pasal dia pulak.
sian anak bujang mama, tak bnyk cerita dlm blog ni.
dulu asyik cerita pasal Amni ja. hehehe

ok, back to the topic.



weekend bila entah..
2 bulan lepas barangkali.
dah janji nak pegi taman. selagi tak pegi, selagi tulah duk berzikir 2 ketoi tu.
moralnya jgn berjanji.
hari nak pegi, siap2 pegi ja.
kalau bgtau awal, tak jadi pegi, ha kau tengok dia punya mengungkit.. 7 keturunan tak habis.
nak2 si kakak. adik tu mengikut ja.. muncung2 mulut dua2 tu.

sesekali bawak pegi playground.
apak kena pegi sama.
sebab nak melayan diorg. mak duk tepi amik gambar je. hahahah
kadang2, apak pun main sama naik dgn anak.
sabau jelah..

sejam jugak kat sini.
peluh sakan dua2. lari, memanjat rata..
bila nak ajak balik tu, haishhhh..
bercinta okeh!
pernah sekali, aku sauk je si adik tu, kendong bawak masuk kreta.
meraung2 tak nak balik. hahahaha.
kakak ok lagi leh bagi kerjasama.. adik kadang2 sukar sket.
kadang2 dia ok, kadang2 tak.
mostly ok la, walau bnyk nau tanya kenapa nak balik dah.
selagi tak puas main kan?
masalahnya tak puas2...
mak kena buat playground camni kat rumah ke camna ni.

tak bawak datang pun tak best jugak kan..
kena dedahkan juga anak2 dengan persekitaran mcm ni.
kurung main dlm rumah je kesian ke diorg.
main kat mall pun blh jugak.
tapi aku lagi suka main kat taman mcm ni.
dapat la tgk persekitaran sket..
mall tu tgk dinding je..



ni kat Kuala Perlis.
pegi ni sekali dgn maktok and wan (mertua aku).
sesekali husband bawak diorg keluar jln2.
pegi sini lepak2 makan laksa and ais kacang.
wan tu ok lagi blh jalan sendiri dgn tongkat.
maktok tak blh jalan sendiri, kena pimpin.
plus tak nampak sgt sbb mata dia makin rabun kesan diabetes.
tapi klau biar diorg terperuk ja kt rumah kesian jugak kan?
so, sesekali tu bawak la keluar tgk dunia.
Alhamdulillah, anak jantan dia (suami aku) rajin jugak melayannya.
pimpin la sorang2 turun kereta jln ke kedai makan.
aku lak, kesah ke anak2 la..
kena balancekan..

dah mkn ais kacang, budak2 nak main bubble.
so layankan kejap.
dah pkul 6.40 camtu ajak balik.
dahhhhhhhhhh sekor2 buat perangai tak nak balik.
biasa tu biasaaaa.
mak guna kuasa veto la kan..
ko jgn bg mak kau tunjuk sgt depan mentua niiii. hahahah

sesekali bila weekend, bawak la budak 2 ketoi ni keluar.
tak selalu.
sebab kami bukan jenis kaki jln sgt.
budak2 ni main kat rumah pun ok ja.
happy main, kecah mainan bagai.
tapi tak da la sampai tak bawak keluar langsung kan..
cara masing2..
kalau weekend, kelaziman kami ialah balik umah mak pak aku.
itu lagi penting dari g jenjln..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...