Monday, December 11, 2017

Sembang kosong : Kisah harian dan Etika pakaian

Assalamualaikum.

salam Isnin everyone.
tak berapa produktif hari ni sebab puasa. hehe..
semlm bawak parents aku g dinner jauh sket. saja, nak happykan abah.
2 bulan lepas dia excident. tak serius, jatuh motor sebab selisih dengan kereta.
tapi ada hentakan kat pinggang, sakit2 jugaklah badan tu.
lepas tu dia demam panas. lepas demam panas tu umi kata dia mcm tak berapa aktif and kuat mcm dulu.
sedih sangat ok. sebab aku rapat dgn abah. nmpk la perbezaan tu. dulu selamba je pegi sawah tanggung baja buat keja berat semua.
now mcm tak larat sket katanya. banyak duduk rumah compare tu dulu.
kita as a anak, mestilah nak mak bapak kita sihat dan baik2 saja kan?
umi kata dia mcm tak berapa lalu makan. kadang2 diorg keluar berdua g kedai makan dating sesama.
umi tak masak sebab abah rasa nak mkn itu ini, so ke kedai lah deme. nak masak beriya pun nak makan berdua je.
ada sekali umi call suruh belikan sup tulang, abah nak makan.
kebetulan hari Ahad, memang aku balik sana.
so, pusing cari kedai makan yg buka hari Ahad, dapatlah  belikan dia sup tulang.
makan bertambah la jugak tapi tak bnyk macam selalu.
last week aku belikan di jus V Asia tu.
as a supplemen utk diorg berdua, manalah tau blh bagi tenaga and selera lebih sket kan?
memula nak belikan pamoga, tapi umi tak mau.
apa saja asal diorg ok. tanya umi semalam, minum ke tak jus tu?
katanya minum and ok. Alhamdulillah.
semalam bawak pegi dinner kat restoran Thai kat area Changloon sana.
jauh jugak nak pegi, hehe.. tapi sesekali kan?
naseb baik papa pun ok je, sebab siang tu dia duk menebas kat keliling rumah. kut letih la nak drive kan?
siap pesan nak makan bnyk sebab lapar and letih.. ahahaha...
aku pun dah lama kut tak dinner luar and kat rumah pun tak ambik dinner berat.
aku mkn before 9 pm. tapi weekend, so kita cheat day lah sesekali eh..
Alhamdulillah, bertambah abah makan..
umi senyum2 ja tengok abah makan berselera mcm tu. kena dengan tekak dia la tu. 
papa tok sah cakap la, siap minta nasik tambah... haha.
semua lauk licin! ada yg sedap, ada yg biasa2.
paling win ikan siakan masak stim limau. secukup rasa.
aku mkn kuah je. hehehe.. tak suka ikan mcm tu.
tapi papa, abah, umi and adik aku, kemain makan ikan.
lauk semua habis, semua kenyang tersandar..
gambar takde, sebab kalut nak makan and dengan budak 2 ketul tu.
kami sampai kedai elok azan Maghrib. order makan then gilir2 solat kat surau situ.
Amni and Aniq bebai jugak la sebab makanan lambat sampai. huhu..
org ramai kan.. belikan diorg keropok goreng, sekali hadap, setel. hahaha
semua lapar, rebut2 makan..
so, hari ni aku puasa sebab nak kaver balik semalam dah makan banyak nau..
seb baik lah setel makan before 9pm. hihi...

next topic, nak share pasal etika pakaian.
tak kisah kau keja mana, but as a worker, private sector or goverment servant, kena ambik tau etika pakaian ke tempat kerja.
bukan suruh pakai formal attire like berkot blazer bagai. tak..
ada opis yg strict gitu, kenalah kan?
tapi mostly tak ikut sangat etika pakaian dalam pekeliling yg kerajaan keluarkan.
private sector aku tak sure. ada company rilex ja pegi  kerja pakai blouse and jeans. ada yg tak boleh. depends on your work and your company.
private sector ni tak terikat sangat. tapi standardnya, blouse dengan seluar tu biasalah kan? then baju kebangsaan masing2 like saree or baju kurung kalau dah namanya keja opis.
kalau keja kat site, ha tu lain..
kat goverment ni, ada etika pakaiannya..
yg standardnya is baju kebangsaaan. selalunya baju kurung lah. baju kebaya, baju kebarung bagai tulah.
janji baju kebangsaan.
opis aku ni ramai juga. but the whole opis ada almost 2k staff. now trend pakai blouse dgn skirt.
kalau masih nampak formal, aku rasa ok.
walaupun sebenarnya salah dari segi etika pakaian penjawat awam.
cumanya kau janganlah pakai blouse tangan kepok2, kain kembang meleret2 dah mcm nak pegi kenduri kawen.
then ada juga yg pakai baju/kain warna or corak yg pada aku tak sesuailah pakai datang opis.
baju warna merah, kain pulak corak2 kuning biru bagai.
aduhaiii..
yang pakai seluar bunga2 datang kerja pun ada.
aduhhhhh.. tolonglahh..
taknak pakai baju kurung sebab nmpk old skol ka apa, sokay..
nak pakai yg lain bolehhhh, tapi biarlah kena pada tempatnya.
kadang nmpk mcm nak pegi pantai pun ada, mcm nak pegi pasar beli ikan pun ada.
tak paham aku.
pakai jelah baju kurung tu, apa susahnya..
nowadays pun bnyk ja baju kurung cantik2 designya.
baju kurung moden ke, baju kebaya ke, ok je pun.
nak trendy sgt pun biar kena pada tempatnya
ini dah meleret sana, ropol sini, kembang kuncup tah apa2.
semak pulak tengoknya.
tu tak tengok yg tak ukur baju di badan sendiri.
kalau rasa badan size xl, janganlah pakai saiz m ye dok.
lagilah sakit tengok. haishhhh..
dah nampak gelebeh sana sini kak oi.. kita yg tengok pulak malu.
pakailah yg lebih sopan dan sesuai.
pegi kenduri sokay la nak pakai ropol sana sini, merelip lip lap bagai.
datang keja, sometimes kena berurusan dengan org luar as a customer, kena lah jaga nama baik jabatan kita ye dok?
jangan pikir sedap and selesa sendiri je.
tak perlu yg mahal dan berjenama, yg murah pun ada je yg elok.
yg penting, biar kena pada tempatnya...


2 comments:

  1. hehe.memang dah makin pelik cara berpakaian kakitangan awam sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. maybe generasi muda sekarang ni tak paham sgt etika pakaian

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...