Tuesday, January 09, 2018

Lempeng simple tapi sedap


lempeng bodoh2 je ni.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii semua ahli rumah suka.
so, lantaklah bodoh ke cerdik pun kan?
hahahah..

aku tak praktikkan sangat masakan yg complicated nak setel.
yg simple2 sudahhhhhh..
tak bnyk sangat masa free, so we make it easy and simple ya...
simple pun sedap kalau kena gaya.
masak dengan penuh kasih saiyiang kekdahnyaa...

nak buat pun senang mak enon.
bahan2nya cuma tepung gandum + garam halus + air.
tu je pun.
campor semua skali, godak2 biar sebati.
anggaran?
suka hati, nak makan bnyk, taruk tepung banyak sket.
garam secubit nak kasik rasa lemak sket.
air tu korang agak2 dengan bancuhan la.
jgn pekat mcm nak buat jemput2 tu.
jgn cair sangat pulak kang tak cun lempeng.
nak cun, masuk la sket pewarna.
selalunya merah la yg jadi pilihan.
dulu ada skali time rajin, aku buat 3 kaler.
merah, hijau, kuning.
kemain selera budak2 makan padahal sama je punnnnnnnnnnnnn..

pastu masak atas pan. kalau takda, guna kuali pun boleh.
tapi kena oles minyak sket kat kuali, kang melekat, ko stress nak hempuk kuali pulak.
tuang, then kasik dia nipis je.
ratakan biar nipis mcm roti canai tu.
dah masak, alihkan ke sebelah sana pulak.
saiz, suka hati korang la nak besar mana.
agak2 jelah kang senang nak alihkan.
jgn sebesar2 pan tu pulak korang tuang adunan nnt.
kang susah nak kalih pulak.

kami selalu makan, cicah dengan susu pekat.
tak pun dengan gula merah.
tapi anak2 suka susu pekat lagi.
Amni memang suka.
3 keping dia blh hadap sorang.
Aniq pun sama.
apaknya pun sama naik menyicah dengan anak.
makan panas2 best la, dah sejuk kang keras sket tak best sgt.
makan rebut2 lagi best. hehehehe


tak susah pun nak bagi semua ahli rumah happy.
masak sendiri, makan ramai2 thats it.
masak simple2 pun, kalau penuh kasih sayang, semua akan jadik sedap.
masak sendiri, kita tau kebersihannya kan?
sometimes jemu masak, nak relax2, ok lah pegi makan kat kedai.
selalu makan kat kedai, jemu jugak ye dok?

2 comments:

  1. Tengok lempeng tu teringat pulak kat roti jala... huu roti jala pun sodap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka juga roti jalan tapi tak pandai buat. hihi

      Delete