Tuesday, January 02, 2018

Persediaan anak dara masuk sekolah

Assalamualaikum..

hari ni 1st day anak2 masuk sekolah utk tahun 1. termasuk anak dara kakyah.. hehe..
anak2 yg lain pun yg dah lama bercuti, now dah back to school..
dah lama cuti kan, so start a new chapter. hehe..

hari tu ada share pasal sedikit persediaan utk Amni masuk skolah.
kisahnya aku buat sticker nama dia utk barang2 dia (stationary).
taktau lah mcm mana, soon kita tunggu la ada ke tak barang hilang ke camna.
mak hari2 brainwash dia pesan suruh jaga barang2.
jgn suka2 bagi org, jgn letak merata, lepas guna simpan elok2.
tapi, budak standard 1 kan, what to expect. hehehe.

ok, utk persediaan skolah dia, since early November aku dah buat preparation.
1st thing yg beli is kain utk buat baju skolah.
tak beli baju siap, sebab tok umi willing to jahit uniform dia.
so, beli kain putih dan kain biru then bagi tok umi.
kena bagi awal, sebab tok umi boleh tahan bz, kang hujung2 tak sempat jahit.
jubah sekolah semalam baru siap. hahaha.
cuti skolah, kenduri bnyk, pegi jln2 lagi, nak ambik mood menjahit yg kelaut tu tok umi kata.
Alhamdulillah, semua dah setel.
baju sekolah dapat 3 pasang.
tudung aku beli siap dah jenis soft awning tu.
then jubah sekolah sepasang.
baju sukan pun dah dapat dari sekolah.
kat sekolah tu, 3 hari pakai uniform sekolah, sehari pakai baju sukan dan hari jumaat pakai jubah rasmi.
utk kelas petang, sekolah tu tak pakai uniform, tapi bebas.
bebas pun hanya baju kurung dan jubah yg dibenarkan utk budak perempuan.
tok umi ada jahitkan 2 helai jubah baru then pakai baju sedia ada.
soon, kita tambah2 la sepasang 2 sebab jubah yg ada bnyk yg dah senteng.
cepat nau awak tinggi yeh..
lain2, mcm singlet, anak tudung and seluar panjang.
tu semua dah ada, tambah selai 2 je dan label nama.
diorg nnt tukar baju kat sekolah. harap dia ok la sebab dah biasa mcm tu masa kat Pasti dulu.

dapat gaji bulan November, share laki bini beli sikit2 keperluan dia.
kasut, beg sekolah dan alat tulis.



1st time kan masuk sekolah, so belanja kasut elok sket. hehehe..
masuk Bata, tgk ada sale.
2 pasang RM69.90. papa kata ok, so beli terus 2 pasang + sock 3 helai.
pasni tgk cemana gaya dia jaga kasut dia.
tahun depan mak cadang nak beli kasut getah je, senang. hahahaha



beg sekolah beli kat pasaraya Hari-Hari.
sebelah kedai Bata tu je. masuk tengok2, dia berkenan yg ni.
beli dgn papa, semua nak cepat n mudah.
anak dah suka, dia semua ok je, malas nak pusing banyak kedai.
sabar jelahhhhhhhhh.. hahaha.
ni Amni pilih sendiri, beg beroda.
mujurlah kelas kat bawah, tak payah naik tangga.
klau tak dah 1 hal nak bawak beg beroda ni kan? beg pun dah sama besar ngan dia dah.
RM56 kut harga dia kalau tak silap.



stationary pulak.
kotak pensel, tokcik hadiahkan thn lepas masa birthday dia.
smiggle okehhh... so, sila jaga baik2 ye kakak sebab mahal. hahaha.
pencil pembaris gam, mak beli kat kedai eco RM2 tu je.
beli bnyk2, simpan buat stock skali in case hilang nnt. hahaha..
kang mlm2 dah menggagau nak mencarinya, so kita buat stock sket kat rumah.
hari tu last day kat Pasti ada bagi goodies bag kat kawan2, cendera kenangan sket.
aku isi pensil, pembaris, buku nota and biskut.
so ada balance, simpan utk dia skali.
pensil 2B aku pun ada lagi 5-6 batang, so dia blh guna.
pemadam ngan sharpener aku beli yg elok sket la, takmo beli yg kedai eco tu sebab tak best guna nak2 pemadam la. padam ngan tak sama je, debu je yg bnyk.
kaler tu, yg kecik dapat hadiah masa pertandingan Alam Ria Pasti peringkat kebangsaan tu.
so, blh guna yg tu kat sekolah.
yg besar tu aku beli kat Giant, ada sale RM1 je kalau beli susu Dugro 3 peket.
kebetulan Aniq mmg minum susu tu, so rembatlah dah murah nau kan?
yg tu simpan kat rumah je dulu, tak payah bwk g sekolah lagi.
klau hilang, ui menangis tak berlagu.
hahahahah..
so, semua alat tulis dia aku dah lekatkan nama dia termasuklah kaler tu semua.
pesan ulang2, jaga baik2 jangan hilangkan.
harap2 dia ingatlah.

buku2 tak dapat lagi.
maybe esok lusa cikgu kata. lepas ni perihal membalutlah pulak.
tu 1 bab jugak tu nak kena bertabah. huhu.

yuran semua dah setel bulan October masa pendaftaran.
diorg buat awal, so tak kalut sgt hujung2 ni.
yg tu pun share laki bini bayar.
hari tu nak simpan semua resit2 beli barang2 dia.
pastu tah mana aku letak, lupa dah. hahaha..
beli pun ala kadar je, takda nya nak mahal2, branded bagai.
ikut poket masing2 kan?
yg terasa bnyk masa bayar yuran la sebab dia skolah swasta.
kalau sekolah kerajaan, yuran sikit jelah kan?
but aku ok je, kena terima sebab hantar dia sekolah swasta.
pada aku masih affordable yurannya. takdalah sampai cecah ribu2 pun.
masih mampu utk golongan sederhana mcm kami.
yuran bulanan pun tak sampai RM200 sekali dgn yuran makan.
makan sehari 3 kali. so, tak payah pikir duit bekal dah.
lagi jimat aku rasa..
ikut cara dan pendapat masing2 lah ye..




ni saja mak over. hihihi.
eh, ada yg lagi over tau. kawan aku siap p tempah sulam nama. hahaha.
aku tempah sticker ni je. tu pun sebab lintas kat wall FB, so laju2 order.
tak mahal pun, ok la sebab sticker baju kan?
design saja aku buat sendiri, sebab mek tu skang tgh gila Pony.
so, seronok la dia tgk ni. hehe..
utk baju2 semua aku lekatkan. tudung sokay sebab dah ada tanda nama.
katanya tahan walau dah berkali2 basuh.
ikut ke apaknya, suruh tulis dgn pen marker je. hahaha
takmo, tak lawa..



there u go bebeh..
thats my girl..
dah darjah 1.. aduhai anak... u grow  fast..
sebak tgk anak pakai baju sekolah. #makover hahahaha
ni masa orientasi minggu lepas.
so far everything goes well. dia happy je pegi sekolah tu.
harap berkekalan hendaknya happy tu.
blk orientasi hari Jumaat lepas, kemain bersemangat. entah apa ustaz brainwash depa tak tau la.
mama doa awak terus happy, diterangkan hati utk belajar dan dilindungiNya.

hari ni, 1st day school.
aku cuti 2 hari sebab minggu ni balik pkul 2. dah sapa nak ambik dia sekolah pulak kan?
hari Khamis kang papa dia pulak take turn.
Jumaat, lunch break mak kena pecut ambik dia.
next week baru sesi sekolah sampai petang. so, balik keja pick dia skali..
minggu ni ja balik pkul 2.

so, gud luck to u baby!


1 comment:


  1. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete