Thursday, April 19, 2018

BICARA DAKWAH : PENGAJARAN ISRA’ DAN MIKRAJ

TAJUK :  PENGAJARAN ISRA’ DAN MIKRAJ

Manusia hidup di dalam 3 arah waktu:

1)   Waktu yang telah berlalu
2)   Waktu yang sedang berlaku
3)   Waktu yang akan datang

Orang yang beruntung / bijaksana ialah mereka yang bijak dalam mengambil pengajaran daripada masa lalunya atau sejarah hidupnya yang lepas,untuk mengatur serta merancang perjalanan dan keadaan hidupnya pada hari ini,dan seterusnya menyusun perancangan untuk masa depannya agar lebih baik dan sempurna.
 
Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang dihayati pada saban tahun merupakan peristiwa masa lalu yang tetap relevan untuk diambil dan dijadikan sebagai pengajaran dan panduan dalam hidup kita dizaman ini agar masa depan kita jauh lebih bermanfaat daripada hari ini ataupun kelmarin.
 
Allah Subhanhuwataala telah berfirman didalam surah Al-Isra ayat 1 :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
 
Maksudnya:
‘Maha Suci Allah,yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’.

Dalam peristiwa ini,Nabi Muhammad SAW telah diperlihatkan golongan yang mencakar muka dengan kukunya sendiri. Baginda bertanya kepada Malaikat Jibril,Ya Jibril,siapakah mereka itu? Lantas Jibril menjawab;“Wahai Muhammad, itulah mereka daripada kalangan ummatmu yang suka mengumpat saudaranya sendiri”.

Baginda juga diperlihatkan golongan yang dipotong lidahnya.Kata Jibril “Wahai Muhammad, itulah mereka daripada kalangan ummatmu yang suka membuat dan menabur fitnah”.

Baginda juga menyaksikan sekumpulan manusia yang bercucuk tanam.Peliknya,saat mereka menanam,saat itu juga pohon itu mengeluarkan buah, setiap kali dipetik buah,saat itu juga keluar buah yang baru.Kata Jibril  “Wahai Muhammad,itulah gambaran ummatmu yang suka memberikan bantuan kepada orang yang memang memerlukan.Mereka rajin bersedekah,membantu fakir miskin,menyantuni anak yatim,memberikan bantuan kepada pembangunan masjid,menyuburkan dakwah dan pendidikan dan sebagainya”.
 
KESIMPULANNYA:

Perkara terbesar yang perlu diingat dalam peristiwa ini tidak lain dan tidak bukan adalah ibadat solat yang menjadi kemuncak perjalanan yang penuh menakjubkan ini. Perintah melakukan ibadat disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril.Berbeza dengan solat yang disampaikan secara terus daripada Allah swt kepada Nabi Muhammad saw.Peliharalah solat kita,mudah-mudahan kita tergolong dalam orang yang mengajak kepada kebaikan dan terhindar daripada melakukan kemungkaran.
 
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua.

No comments:

Post a Comment