Tuesday, April 24, 2018

Kisah gigi yg tiada kesudahan..

Assalamualaikum..

aku ni, dengan gigi ui bercinta sungguh.
mcm2 hal. hehe..
since 2002 mcm tu, gg aku mula buat hal.
dulu budak lagi, tak berapa cerdik, so tak tau sangat here and there.
duuuuuuuuuuulu2 aku suka sgt mkn coklat dan aiskrim.
beli aiskrim dlm tepawe tu, tak kisah brand apa janji perisa coklat.
simpan dlm esbok, pagi petang siang mlm mkn.
makan dengan roti gardenia. sampai la ni mkn mcm tu. hehehe
then coklat crunchy bar tu. selalu sgt beli.
masa tu kat Taiping.
housemate aku pun dah faham sgt dah. aku tak mkn nasi sehari tu ok je janji ada 2 benda tu.
dulu2 mana la tau nak jaga takleh makan manis bagai.
zaman muda belia, remaja, student kennn..
pastu takda pulak masalah badan naik ke apa. maybe sebab muda belia. hehe..
bila dah suka makan manis2 tu, gigi kau tak berapa nak oklah kan?
tapi dulu mana tau tu smua. now barulah aku relatekan semula.
masa aku excident patah tangan tu, doc cakap aku kalsium kurang.
hairan jugak sebab aku peminum susu tegar.
selalu sgt minum susu cemana blh kalsium kurang.
so dia bagi aku calcium utk mkn, but tak makan mana pun. hehe.
then aku mudah kebas, and krem kaki. kadang2 tgn pun jadi.
doc kata sebab kurang kalsium.
lepas tu gigi aku mula pecah. pecah sket2, makan tahun gak la.
dah lama sket pecah makin besar and sakit sebab dah kena gusi.
tapi takut nak ke doktor, setengah tahun tahan sakit gigi okeh.
sakit je mkn ubat tahan sakit. punya takut nak pegi.
entah kenapa takut sgt dgn doc gigi.
hujung2 tak tahan pegilah jugak. masa tu pegi hospital Taiping.
masa menunggu tu ya ampun menggigil badan takut.
doc check, memang tak blh buat apa, cabut jelah jawapannya sebab dah pecah besar nak tampal pun tak boleh and dah kena gusi.
cabut gigi, sakit masa cucuk ubat bius je. masa cabut tak rasa apa2. dah balik rumah, esok lusa pun dah takda sakit apa. magic sangat.
yg tahan sakit berbulan2, cabut sekejap nahhhh hilang sakit. sabaq jalahhh.

tu kisah 15 tahun lepas la..
lepas2 tu, gigi aku mcm tu jugak.
one by one akan pecah sket2, pastu kena cabut. huhu..
tapi takda la semua. past 10 years ni dah 2 batang kena cabut sebab pecah.
ada pernah buat root canal, tapi hujung2 kena cabut jugak.
mujurlah kat tempat kerja aku ni ada panel klinik gigi.
dah ada panel, so ke klinik lah kita. hehe
kat Perlis mostly org tau Klinik Dr Tan. dia doc lama, dah tua dah pun.
tapi servis terbaik punya. tak sakit langsung masa dia cabut.
lepas cabut, dia akan jahit gusi so cepatlah baik gusi kita tu. buat keja pun bersih, orgnya pun baik.
aku sukalah servis kat situ.
berbaloilah dengan charge yg dikenakan tu.

last year, terjadilah pulak gigi pecah ni.
adududuuuu..
oh, now dah ada kesedaran. tak makan dah manis 2 tu semua.
insoppppp..
kau mkn manis2, ngeri tengok badan sendiri. mencanak2 naik beratnya.
lama dah aku pantang manis2 ni. then berat pun turun dengan jayanya hihi...
tapi kesan yg dulu, sampai sekarang la rasa kat part gigi tu.
makan manis2 pun bukan sekadar utk badan, tapi gigi jugak.
efek ke gigi, jadi karies gigi bagai tu. treatment pulak tak buat kan, harap ke berus gigi saja mana nak cukup.
utk anak2 aku sekarang aku tak berapa nak bagi sgt mkn manis2 tu and selalu remind utk gosok gigi.
kang nnt jadi mcm mama padan mukeee..
oh ye, dek kerna itu, gigi aku ni dlm kategori gigi sensitif.
bila kau mkn makanan sejuk, dia punya rasa tu, zuppppppppppppppppp sampai ke atas.
hahaha
mcm dlm iklan kat tv tu, haaa mcm tu lah.
sebijik, but aku rasa lebih kut dia punya zuppp tu.
gusi pun kalau berus lebih2 mudah berdarah. sabar jelah.
kalau mkn aiskrim, kemut2 je tahan. hehe

thn lepas aku tukar klinik panel gigi ke Klinik Dr Kian pulak.
saja nak rasa sebab ramai kata ok je dr situ, sama mcm Dr Tan. and lebih murah katanya.
murah pun dlm rm10 jewww. huhu.. klinik gigi mana2 pun mahal kan?
last year aku pegilah check up gg, utk gg yg pecah tu.
gg atas sebelah kiri. dia check, tengok boleh buat crowning.
tak perlu cabut sebab pecah tu tak besar mana.
aku ni tak ready utk semua tu, tapi sokay la sebab tak perlu cabut.
kang habis gigi aku. huhu..
utk buat crowning tu, dia nnt cuci, asah gigi bagai.
dia punya ngiluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, ui tak terucap.
terangkat kaki woo.
tak sakit tapi ngilu sbb duk gerudi tu.
sampai esok tu duk terasa ngilu tu. sabaq jelah.
but lepas tu ok dah. gigi pun dah elok, blh mkn dgn senang hati takda nak melekat makanan celah gigi dah
crowning ni proses mcm tampalan jugak tapi tampalan tu sewarna dengan gigi. so nmpk mcm gigi asal.
eh korang googe la sendiri proses crowning ni. malas nak taip bnyk2.
masa buat tu, dia detect ada lagi 1 gigi pecah juga, atas sebelah kanan.
dia pesan, come again next week utk buat proses crowning tu. hari ni patient ramai, dia suruh aku balik dulu. mujur jugaklah, kalau buat dua2 gigi serentak mau krem mulut aku.
lagipun bajet utk buat gigi dah limit dah. sebatang gigi buat crowning RM 200 kau. huhu.
pikir dia pumnya ngilu tu, uiiiii next week tu aku tak pegi pun. hahahah
aku buat tu bulan disember thn lepas.
then, bulan mac thn ni baru aku pegi pulak. hahahaha
dia tanya kenapa biar lama, now dah besar pulak pecah tu.
and dia punya sensitif tu makin menjadi2.
takleh langsung mkn yg sejuk sket. zupppp sampai ke otak.
dia check and katanya dah pecah sampai ke saraf.
and maybe sakit masa buat crowning tu. and yes sakit.
kali ni proses crowning tu tak lama sgt mcm dlu.
proses gerudi tu tetap la ngilu. huhu.
doc pesan, lepas ni kalau sakit, kena cabut jugak.
baik.

after 2 week, dia punya sakit tu buat aku stress.
dlu makan sejuk ja ngilu, now mkn panas pun sakit and ngilu.
pastu kalau mkn benda keras sket, kena gigi tu, akan sakit.
hoiii stress okeh.
kau pemakan, then kau sakit gigi..
dah la aku kalau makan, kunyah sebelah kanan sebab sebelah kiri geraham dah bnyk takda.
so, kena ke klinik utk cabut jugak lah.
sebelum tu blh tahan lg sket2.
weekend awal bulan hr tu ada bengkel opis aku buat 3 hari kat Penang.
masa kat sana aku tak happy sebab asyik sakit gg.
makan panas ke sejuk ke, berdenyut2 gigi sampai ke kepala.
tak tenang jiwa otak semua.
hari Isnin pagi tu, sementara aku belum makan apa2, baiklah aku ke klinik gigi dulu.
kali ni ke Klinik Kesihatan Kangar sebab ramai kata ok.
lagipun nak cabut je kan. huhu..


bila bgtau nak cabut, doc tak tanya pun kenapa. terus je cucuk ubat bius, then suruh tunggu kejap.
takpelah, dah mmg nak cabut kan. hehe
aku ni pulak gg jenis akar panjang.
agak mencabar kalau nak cabut gg tu.
doc tu pulak kemain dia goncang gigi aku kiri kanan kiri kanan.
lama jugak lah sementara nak tanggal tu. then dah setel dpt ubat tahan sakit, kapas and mc.
blk rumah, nak rest jelah.
nan hado ye... once dah habis ubat kebas tu, uiii bendenyut2 rasa sakit tu.
gusi aku terbuka luas okes and nmpk bengkak sket.
tu sebab sakit.
mknlah bubur dgn oat je seminggu. pastu puasa. hahha
kalau mkn apa2, kunyah bnyk sket, kang rasa la sakit tu sebab mulut duk bergerak bnyk.
ramai jugak yg hairan sbb 3-4 hari aku duk sakit lagi walau dah cabut.
sebab gusi terbuka luas and bengkak, tu sakit.
now dah masuk minggu ke 2 ni, ok dah.
tak rasa apa dah la kalau nak mkn kepala kretapi pun. hahaha
tapi gusi tu belum tertutup sepenuhnya lagi la. but dah tak sakit. sokay dah.
stress wei sakit gigi ni. bab takleh makan tu aku ok lagi. blh je mkn yg lembut2 je. tapi sakit tu, ngap2 duk rasa, adoiiiii..
and now gigi dah makin kurang la..


next day lepas cabut. diorg kata muka aku last week pun dah nmpk mcm bengkak sket.
gusi tu lah kut.
ni duk berdenyut2 so aku tampal cool fever Aniq. hahaha
nak buka mulut bercakap pun tak leh luas2, sakit.
mlm2 pun tidor awal sebab sakit.
anak2 pun hairan kenapa mak tak menaga. jgn kata nak menaga nak bercakap pun mak hampa takdak mood.
2-3 hari jugak la rasa tu. lepas tu sakit tu datang kalau mkn benda pejal.
hari ke 3 tu aku puasa je. bnyk hari jugak la dpt puasa Rejab sebab sakit gigi ni.
dah takleh nak mkn sangat, baiklah aku puasa je.
dapat jugak pahala. hehe



now aku guna ubat gigi ni.
colgate utk gg sensitif. dulu pernah beli sensodyne, tapi tak berapa sesuai utk aku.
plus aku tak blh sgt dgn rasa dia tu. tak berapa sedap pada mulut aku.
colgate aku ok and its works for me..
walau mahal oiiii bertabahlah..
harap2 lepas ni oklah gg2 aku ni hendaknya..

lepas ni kena menabung nak buat gg pelesu.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hahahah..
belum umo 50 gigi dah kurang. sabar jelahhhh.

2 comments:

  1. seronok saya baca kisah pasal gigi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha seronok ke? saya stress sebab takleh makan. hehehe

      Delete