Thursday, April 19, 2018

SUKAS : Bola jaring

Assalamualaikum..

Bulan ni dah start sukan antara staf kat tempat kerja aku ni.
or namanya ringkasnya is SUKAS.
thn lepas aku main badminton.
ada menang ada kalah. well, beginner kannn. heheh
overall staff kat sini maybe dah cecah 2k.
entah tak sure.
utk sukan dibahagikan kepada  group ikut kaler.
biru, kuning, purple, maroon, pink.
pembahagian staf ikut nombor staf, so akan bercampur2 dgn jabatan lain.
so, dapatlah kau kenal2 dgn staf lain yg kadang mmg tak pernah bersua pun.
dulu2 pernah buat, ikut jabatan. tp yg tu olahraga saja.
acara balapan saja, and of coz aku tak join sebab bukan expert. hehe..
thn lepas start sukas, ha ok ada bnyk game so blh main.

thn ni mcm slow sket, maybe timing tak cun, ramai bz.
diorg ajak main bola jaring kali ni.
on tak onz?
hehehe..
aku ni tak la expert sgt kalau netball ni, tapi boleh la sket2.
dah tak cukup org, so boleh la join.
setiap group tu  beratus ahlinya, tapi tak semua yg minat nak bersukan.
jenuh jugak nak mencari sapa yg berminat.
bagi ada semangat kesukanan sket ehh.. thn ni kurang aktif compared last year.
zumba pun dah kelaut dalam.
studio yg aku selalu pegi tu dah tutup. studio lg 1 ada tapi takda kelas malas.
kelas petang mmg tak sempat. kelas mlm kadang2 ada tapi kesian ke Amni la pulak nak tinggal.
so, mak berkorban tak zumba tapi tgk anak buat homework. huhu..

tak sempat training langsung aku kali ni sebab timing tak cun.
kena pulak minggu lepas aku cabut gigi. seminggu sakit oii.
diorg training petang lepas kerja, mmg kelam kabut la.
nak ambik anak bagai kan.. so, tak sempat join diorg training.
rules tu ingat jugak sket2, asal boleh main ha kira onz laaa. hehehe

kejadian hari sabtu lepas.
game start pagi pkul 830am
budak2 hantar ke rumah adik aku kejap.
sampai sana, warm up sket, ha dah jom masuk court.
masing2 gelak je tgk sebab ada je yg jarang sgt main.
yelah, dah beranak pinak, kerja bagai tak sempat nak aktif dah.
alah, for fun je ni sesambil kenal rakan sekerja.
memang ada je pun yg tak kenal langsung tak pernah bersua muka.
yg duk selisih kat pasar mlm pun ada tapi tak tau pun sebenarnya 1 majikan.
sukan ni kan menyatukan rakyat. ecewahh..
aku suka sukan2 ni semua cumanya masa je yg tak berapa mengizinkan..



sebelum peluh bercerau, moh kita pose dulu.
kemain Mira pose tgn melentik dia. hehe
disebabkan aku yg paling tak berapa terrer, aku main GK jelah walau ketot je ni.
asal boleh.
mostly is mak budak. hahaha
yg baru lepas beranak pun ada ni ha mai main jugak nak support kawan2.
padahal tak cukup org. hehe

ngam2 je kami ni takda reserve langsung. sabar jelah.
weekend, masing2 ada hal. ada lagi ahli lain tapi ramai tak available



baju biru sponsor tahun lepas.
tahun lepas 1st penganjuran so masing2 aktif la. thn ni napa tah slow sket.
game lain pun tak dgr khabar lagi ni.
tringin nak main badminton lagi walau dah lama gilaaaaa tak  main.
tgk sukan komanvel hari tu, adudu geram je.
bila tah nak g smash entah la..
 


team yg terlibat hari tu.
biru, maroon and purple.
good game and masing2 sporting.
have fun je semua.. semua ni kawan2 sepejabat yg tak pernah bersua muka. hehe
setiap team main 2 game saja.
another 2 group tak join lagi sebab tak cukup org. next round baru jumpa.
pkul 10 pagi ++ dah setel game.
Alhamdulillah setel utk 1st round.

balik, ambik anak2 pergi pasar, balik masak .
petang haaaaa mula nak cekang betis.
2 hari jugak la mengengkang ni.
mana taknya, takda training warming up pun ala kadar je.
tapi ok je..
seronok bila berpeluh sebab dah lama tak berpeluh sakan.
rindu zumba!

No comments:

Post a Comment