Tuesday, June 26, 2018

Aidilfitri 2018 | 2 Syawal

Assalamualaikum..

2 Syawal papa masih keja.
sokayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..

kalau dah gitu panjangnya, ko rasa sokay ke idok?
hahahaha
dia pegi keja, bukan pegi rumah no 2, so bertabahlah.
hahahaha
aku takda la marah ke apa ke dia dah kena keja.
sebab aku pun tau situasi opis dia cemana. janganlah kita duk menambah beban ke dia.
so far, for now aku tau dia pegi keja.
tapi esok2 kalau aku tau dia bukan pegi keja, siap kau pak incik. kekekeke..
dia nak tipu aku cemana, kakak dia pun keja situ skali.
spy paling besar duk ada dah.. berani tipu bini??

but, mak ok jew..
bangun pagi, setel keja rumah apa patut, siapkan anak2, haa jom kita pegi beraya.
duduk rumah mengenang nasib diri pun tak dapat apa kan?
anak2 dah besar ni mudah nak bergerak.
tak susah sgt nak handle skang ni.
bagitau diorg, siap lekaih, kita nak p raya.
lajuuu ja semua. baguihhhh

siap awal sebab nak kena ambik mak pak aku skali.
1st Syawal sedara mara datang rumah, 2nd Syawal kita balas kunjungan pulak.
memula bawak budak2 ni pegi rumah sebelah dulu.
sepupu pak mentua aku..
walau jiran, kadang bertegur sapa kat laman je. masing2 keja kan.. hehe
sebelum diorg keluar, sebelum ramai rumah diorg nnt, jom le kita pegi dulu.
sebelah aunty Suzy tu ramai sedara, kang penuh je rumah dia.
anak cucu dia yg kat KL blm sampai lagi pagi tu. takpelah kita beraya dgn tuan rumah dulu.
budak2 ni suka je pegi rumah tokcik diorg ni sebab uncle rajin melayan.
walau dah break1st kat rumah, but being kids kan, kemain depa duk makan kuih raya.
layan jelah..
pastu gerak balik rumah mak aku.
sementara mak pak aku duk siap2, pegi beraya rumah jiran sebelah dulu.
jiran sebelah ni dah mcm sedara dah.
sekarang ni terasa sangat sebab toklong tu lumpuh. almost 3 months dah.
dulu, hari2 mesti dia datang rumah mak aku ni.
datang sembang2 kosong. biasalah org tua kan..
now, dia terbaring je, bercakap pun tak blh.
sedih betul bila tgk keadaan dia. dia tinggal dgn anak menantu dia, diorg pun tak la senang sgt.
so, kita bantu la mana yg boleh kan?
adat berjiran..
bila bagi duit raya, kemain dia kepit. hehe
pastu pegang tgn Amni lama masa dia salam tu.
tiba2 mengalir je air mata dia.
sebak ok!
sebab dia selalu datang kalau aku balik. nak tgk budak2 tu.
dulu kadang2 rasa annoying bila dia hari 2 datang bertandang. now, rasa sunyinya bila dia dah tak datang rumah. kita pulak kena pegi jenguk dia..

then gerak ke rumah bapak sedara aku, adik abah.
kebetulan sepupu & mak sedara yg lain pun dah sampai, so meriah la.
masih berjumpa org sama di hari raya ke 2. hehe
setel lunch kat situ. lama gak lepak sebab hujan lebat.
pastu duk cerita pasal kenduri sebab  next week tu kazen aku kawen.
so panjang la kisahnya.
hujan dah reda, gerak ke umah adik abah yg lagi 1, maklang.
sana ada laksaaaaaaaaaaaaaaa. yay!
kat rumah paknjang tadi makan nasi and belasah kuih raya punya sakan. sebab kazens aku buat sendiri, and sedapp. lupa diri duk hadap.
pastu laksa.
blk mlm tu mmg kenyang gila, tak dinner dah.
mlm tu hujan, so tak keluar beraya dah. letih makan. hahaha
4 rumah on 2nd Syawal.. kenyang overloaded..

gambar pegi beraya, takda.
sebab bz makan. hahaha..


tema raya ke 2 adalah biru.
baju Aniq tu berapa belas hengget je..
sebabkan gambar spiderman, so mak beli. kegemaran dia. hehe
kemain masing2 dgn beg raya. Aniq kalut la hai tgk kakak ada beg raya. dia pun nak jugek.
Amni punya, adik aku belikan, hadiah raya.
Aniq punya, paw mama laaa.



mama and the one and only anak teruna.
si bongsu setakat ini. heheheh..
skang ni kalau nmpk mama pose, laju ja dia menyelit.
tak kasik can la hang mat aniq.




mama and kakak sedondon rondon.
tiap2 tahun, selalunya aku buat baju sama dgn dia 2 pasang.
dah masuk skolah ni lagi kena buat baju kurung/jubah utk dia. sebab sekolah petang pakai baju biasa.

Aniq ambik gambar ni. di keratnya kepala mama.
sabaq jalahhhhhhh..



selfie 3 beranak..
camera friendly anak2 aku ni. bagusssssssssssss..

so, selesai raya ke 2 kita.. 😊😊😊😊

No comments:

Post a Comment