Thursday, June 21, 2018

Al-Quran utk Amni

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pertengahan bulan puasa lepas, Amni dah naik quran.
seronok sangat dia.
seminggu 2 sebelum tu, asyik la duk bilang helaian buku mengaji dia, bila nak habis nak naik quran dah. hehe
budak2 kan..
nak baca quran macam mama katanya..

aku hantar dia mengaji kat kelas Al-Hira start awal tahun lepas.
6 tahun dah start la kiranya. tapi dia belajar kenal huruf and mengaji since dia kat Pasti masa umor 4 tahun.
kat Pasti diorg mengaji guna nurul Quran. lebihg kurang Iqra juga cuma Pasti ada buku nurul quran tu sendiri.
ada beberapa siri buku tu. lebih kurang Iqra lah kiranya. cumanya buku nurul Quran tu lawa, berwarna warni..
masa hantar dia kelas Al-Hira tu mudah sket la sebab dia dah ada basic. dah kenal huruf.

ikut masa tu mcm lama jugak la. setahun setengah baru naik quran.
kelas mengaji tu weekend saja. start pkul 9-11 pagi.
so, since last year, weekend kami berubah sket la.
hari Ahad, papa ada, so papa take over hantar. hari Sabtu, mama hantar.
tapi, tau jalah weekend kan, kadang2 pegi mana2, so kelas mengaji ada jugak la pontengnya.
tak lah selalu, tapi ada jugak la ponteng tu.
tapi, mama akan make sure, pegi dulu mengaji kalau takda hal lain yg mendesak.
kalau ada keja ke apa, minta adik aku tolong ambik atau hantar.
sayang la nak ponteng sesaja. lagipun berbayar.
kelas pun weekend saja, kalau asyik ponteng kang lambat la habis.
mula2 mcm laju dia baca. bila dah setengah, masuk ke ayat2 panjang, slow sket.
kadang2 tak bule ubah.
takpelah, mama tak push sgt pun.
masuk thn ni baru push sket. sebelum kelas ngaji, baca kat rumah dulu bagi lancar.
klau tak lancar, tak leh ubah.
kalau tak leh ubah, tak leh main phone. hahaha
so dia usaha lebih sket la.
dah setahun lebih ngaji kat sana, dia dah blh adapt jadual dia.
weekend kena g ngaji. then dah kenal kawan2 baru kat sana, dia enjoy la pegi ngaji tu.
tak mcm awal2 dlu la, meragam bila nak pegi ngaji.
Alhamdulillah, semua dipermudahkanNya.



then, mama belikan dia Quran baru.
seronokkkkkkkkkk dia dapat Quran baru tu. mama beli guna duit dia tu. yg bantuan utk pelajar RM100 tu.. sekolah dia, semua pelajar dapat bantuan tu. so mama guna utk beli keperluan dia lah.
yg purple tu quran baru dia. dia nak quran mama tu, ehhh tak boleh. hehe
quran mama tu since 2005. mama beli masa keja kat pejabat tanah dulu.
dah berapa kali khatam dengan quran tu.
kadang2 mama bagi dia baca, tu yg dia nak quran tu.
takpelah, mama beli yg baru utk kakak.. besar sket, senang kakak nak baca nnt.
dia suka, tapi komplen berat. hehe



the happy girl!
mama tanya dia, nak hadiah apa dah naik quran ni.
dia minta nak makan pizza hut and dine in, takmo beli makan kat rumah. hahaha
dia ngan papa geng, suka pizza. selalu kami beli take away je.
jarang makan luar sebab aku tak kuasa nak merenyah ngan diorg la.
budak2 kan duduk lama kat kedai makan, kang jemu, haaa siaplah..
tapi kali ni, utk kakak, sokay laaa..
papa pun ikut jelah.
malam tu lepas maghrib kat rumah, berbuka alas perut dulu kat rumah baru gerak ke pizza hut.
dah solat siap2, senang keja nnt.
dia nak makan apa, mama papa ikut je. banyak jugak la dia makan.

Alhamdulillah, makin besar, makin mudah diurus anak dara seorang ni..
mama doa yg baik2 saja utk kakak...

No comments:

Post a Comment