Thursday, July 12, 2018

Aidilfitri 2018 | 4 Syawal

Assalamualaikum

4 Syawal hari Isnin..
aku apply cuti sehari.
duk ingat abang aku jadi balik, sekali tak pulak.
diorg balik minggu depan utk attend kenduri kazen kitaorg kawen.
tak cukup bajet dah dia kata kalau nak balik 2 kali.

4 Syawal tu, hujan dari pagi.
plan hari tu nak beraya dgn kawan2 skolah aku.
as usual, dah mcm routine setiap kali raya.
cumanya tak ramai mcm dulu.
yg ni kami yg gegirls je, 5-6 ketoi ja pun.
bawak ke 4 Syawal tu sebab Mun baru sampai balik.

plan nak berjumpa tu petang. so before tu aku mcm nak la pegi rumah sesapa beraya dulu.
but, since hujan sejak pagi and lebat jugak, so malaslah nak keluar.
heheh..
kesian anak2 la. mak ni tak pa gena pun.
lepas zohor, baru cerah sket cuaca.
hujan ada lagi tapi gerimis je.
siap2, ha jomlah kita keluar anak2..
raya oi takkan nak duk rumah saja.
oh, apak dah masuk keja dah.
mlm tu nak tidor rumah mak aku ssebab esok budak2 tinggal sana dgn tok umi diorg.
pengasuh cuti seminggu nak g jln2 raya.

sebelum tu singgah rumah pengasuh Aniq dulu.
semlm tak sempat pegi. sekentut ja pun rumah dia.
Aniq & Amni dah sebut2 nak pegi beraya rumah maklong dia.
sayang sungguh dia dgn pengasuh dia.. Alhamdulillah..
lepas tu zass terus pegi rumah kawan aku.
aku sampai awal yg lain2 lambattttttttttt..
so tak sempat membawang sangat. hampeh
dah pkul 6 baru sampai, kejap jelah lepaknya.
sembang2 tanya khabar masing2.
duk jejauh tapi hari2 merapu dalam wasap.
hahaha
menu dari tuan rumah hari tu is so sedapppppppp..
nasi himpit + rendang daging.
semua makan menambah. hehe


pastu, apa lagi, photoshoot laaaaaaaaaaaa.
plan asal nak pakai baju ghaya, theme lace bagai.
tapi dah hujan, tak kuasa aih..
sluaq sudahhhh..



cuaca mendung, so gambar gelap sket.
guna hp je so redho jelah..
port masih sama sebab rumah sama mcm thn lepas.
tapi jambatan ni dah upgrade buat baru.
hehe



depan sekali, masih gigih berbaju kurung is Tini.
belakang, yours truly. baju aku ikut theme asal, lace. hehe
next, Mila berbaju putih.
then Munirah the tuan rumah pakai santai2 je. malas nak gosok baju dia kata.
anak 4 tapi kurus gitu. untung laaaa.
last, Asriyah yg susut banyakkkkkkkkkkk raya kali ni.
Shila tak datang sbb ada kenduri.
duk kena bahan la dlm group sebab selalu takda. hahaha
3 hari sebelum raya, diorg buat pot luck berbuka puasa.
aku tak join. tak sempat la nak pecut pegi rumah Shila sbb laki sampai rumah pun dah pkul 7 lebih.
mun pun tak da sebab dia tak balik lagi.
so, jumpa masa ni jelah.



selfie time..
anak kecik Mun dah bangun masa ni so menempel dgn mak la.
aku pun Aniq ada ja tu kat sebelah. dia mana buleh jauh dari mak dia.
Amni tidor dlm kreta.

tak meriah sangat kali ni sebab jumpa sekejap.
but dlm group masih havoc.
kenal since umor 13 tahun until now.
aku dengan Mun since tadika lagi.
semoga ukhwah ini terus berpanjangan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...