Friday, July 13, 2018

Bicara Dakwah : CARA MENGHADAPI FITNAH DALAM ISLAM

TAJUK : CARA MENGHADAPI FITNAH DALAM ISLAM

Semakin dekatnya kita dengan akhir zaman membuat semakin merebaknya fitnah dimana-mana.Fitnah dalam Islam menjadi salah satu tanda dekatnya kiamat besar. Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:

1)Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
2)Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).

Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.

Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.
Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, "Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut".

Berikut adalah antara cara menghadapi fitnah dalam Islam:

1.Meningkatkan keimanan
2. Perbanyak berdoa
3. Pilih pergaulan yang baik
4. Puasa
5. Perbanyak zikir
6. Membaca doa terhindar dari fitnah
7. Menyibukkan diri dengan hal positif
8. Menjaga hati dan pikiran selalu bersih
9. Mengingat akhirat
10. Yakin bahwa dunia hanya sementara

KESIMPULAN:

Bila seseorang datang pada kita, kita hanya menilai tubuh lahir orang itu.Kita ambil semua kata-katanya. Kita tak fikirkan yang orang itu sangat bermasalah. Kita tak selidik kata-katanya tetapi terus mempercayainya. Lalu kita viralkan berita darinya. Kita sebarkan. Ramai pula yang mempercayainya, juga menyebarkannya. Malah ada yang menokok tambah. Benda yang 1 gram jadi 1 kilogram, benda yang sekilo jadi se tan. Ditambah-tambah dengan andai-andaian yang datang dari prasangka dan hasad dengki.Bersamalah kita bermuhasabah diri dari terus berada di dalam kehidupan 'FITNAH'.

”Jauhi fitnah kehidupan kita dijamin syurga Allah”.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua.


******************************************************************

aku kena bulan lepas.
ntah la nak kata fitnah ke apa pun entah la..
kadang org ni main bercakappppppppp je, main sampai je apa diorg dengar apa diorg pikir.
tanpa sedar benda tu tak betul pun.
tanya apa tak, terus buat kesimpulan pastu yg mendengar pun pikir begitu begini pastu cerita jadi panjangggggggg..
kita org malaysia ni ramah tamah semua.
semua nak cerita semua nak bercakap.
membawang pun ye. hehe
tak kata org lain, aku pun sama.
cumanya tak payah la cerita benda yg kita tak tau kesahihannya..
tak betul, jatuh fitnah.
sama2 la kita berhati2 dlm berbicara yeh..

salam Jumaat buat semua..
29 Syawal dah ni. cepatnya masa berlalu..
Salam Aidilfitri... Maaf Zahir Batin

No comments:

Post a Comment