Thursday, July 19, 2018

Roti jala + kuah droyan

Assalamualaikum..

now musim droyan kan?
meriah la hai buah
ramai btoi duk share pegi mkn droyan sana sini.
korang suka droyan?
klau tak suka, tak geng!!
hahahaha

aku rasa ntah bnyk mana dah aku mkn droyan 2-3 minggu ni.
awal bulan lepas pegi Shah Alam kenduri kawen sepupu aku, majlis sebelah lelaki.
dah duk area Shah Alam, mlm tu pakat pegi cari droyan.
paknjang kasik duit, haaa nah pegi carik.
kluar la kami pegi pusing cari, dapat la bnyk jugak.
blk tu pakat melantak droyan. aku sorang mau 20 ulas.
adoii..
buah droyan kampung, isi nipis2 dan sedapppppppppp semua.

kat sini pun, abah aku asal beli droyan kang dia roger la.
ingat la dia ke anak tembun dia ni yg suka droyan.
kirim ke cucu dia kata. Amni makan droyan, Aniq tak suka sgt. tapi skang ni diorg mkn rasa2 je. bau kuat kut droyan kg ni, tak berapa suka pulak.
hari tu dia kasik kat aku kopek siap masuk tipuware.
wow sangat ni..
dekat 8 ulas camtu, gemok2 gak la walau droyan kampung.
aku lagi suka droyan kampung dari droyan kawen.
sebab yg kampung ni isi dia nipis so, tak muak makan.
manis pun blh tahan.
klau yg jenis kawen tu isi tebal, mkn seulas 2 dah kenyang dah.
tak feel. hahaha
lain org lain mulut perutnya ye dok?

droyan yg abah bagi tu aku masuk esbok.
dia kirim sekali dgn buah manggis.
haaa tu 1 lagi aku suuuuuuuuuuuuuuuka.
kau bagi aku 3-4 kg takda hal aku nak sesah.
gitu punya suka. hahah
so dok mkn manggis, droyan letak tepi kejap.
pikir2, kang 2-3 hari dlm peti ais, tak sedap pulak.
so, weekend lepas aku pun pikir nak buat apa..



maka terhasillah ini.
bhahahah..
kemain hijau kuning semangat Kedah.
buah droyan dari Kedah, so kita buat roti jala ikut skali la..
gigih aku menjala sabtu lepas.
pikir ke perut punya pasal.
sedapppppppppp..
sapsap soi je nak buatnya..
meh aku share..
roti jala ni lembut sampai petang. sukaaaaaa..

Roti jala :
3 cawan tepung gandum.
3 cawan air ( cawan yg sama)
1 biji telur
garam secubit
minyak masak 2 sudu besar
esen vanila 

blend je smua dalam blender sampai sebati. pastu masuk la kaler apa korang suka.
kalau nmpk pekat, blh masuk air sket tapi jgn cair sgt.
aku guna botol air mineral je utk menjala tu. ni 2nd time buat, so dah terrer sket la kan..
kebetulan ada botol free, tu yg aku buat 2 kaler. bahagi 2 adunan and masukkan kaler pastu blend lagi utk sebatika kaler.
botol mineral tu DIY je. korang tebuk je kat penutup botol tu 4 lubang. guna pembuka tin je.
jgn besar sgt kang tak cun roti jala tu.
aku punya roti jala kali ni tak berapa cun. kasar sket. gasak. janji ada rasa n rupa. hahaha
masak guna frying pan. tak perlu lama2 masak tu, kang keras. kejap je. nmpk mcm dah masak, angkat pastu gulungkan.

Kuah droyan :
buah droyan la opkos kena ada
air
santan
garam secubit
gula
sagu (rendam dulu dgn air)

buang biji droyan tu, ambik isi je. blend isi dgn air sampai hancur pastu masuk dlm periuk.
tambah santan, garam, gula. masak sampai mendidih. utk gula tu kalau rasa tak manis, tambah lah ye.. aku tambah jugak cuma tak la bnyk. sebab bila dah masuk santan + air, droyan tu tak manis mana dah. dah mendidih, masukkan sagu yg dah direndam tadi. kacau2 kejap, sagu dah kembang blh tutup api. kuantiti tu korang agak2 lah eh. nak masuk air+santan tu pun sama lah, jgn cair sgt kang tak sedap. klau cair masuk sagu lebih sket. pekat sgt pun tak best jugak. pandai2 lah..

menu minum petang membawak ke malam.
sedap wohhh...
pastu kuah tu perangat mkn dengan roti bakar pulak.
mavelessss..
cubalah sementara droyan bnyk ni. hehhe



No comments:

Post a Comment