Thursday, August 30, 2018

Aidiladha 2018

Assalamualaikum..

cerita raya haji sikit..
sementara ada mood. hehe


pagi raya.
siap2 nak pegi rumah wan yg sebelah rumah dulu.
wan pun tak masak apa2 raya ni. akak beli laksa je.
dia pun tak buat korban raya ni, so agak sunyi sepi. hehe

utk Amni aku belikan jubah baru selai.
utk dia mudah beli jubah je sebab dia dah biasa pakai dan senang pakai
kang boleh pakai pegi skolah. dia pun tak minat sgt kalau baju kurung sebab nak kena pakai kain, susah dia kata.
sabar jelah budak tu. jubah kan senang, sarung sekali je.
jubah tu beli sehari sebelum raya. sebab petang tu tak jadi balik buka puasa kat rumah tok umi.
dah ada selai jubah baru, buat masa raya puasa, tapi tersingkat.
so, tok umi kena alter tambahkan renda kat bawah. skali aku la ralit lupa g ambik.
so, carik jugak la selai yg baru kat dia bagi rasa ada suasana nak raya.
kat mak dah beli baru, takkan utk anak takde ye dok.
ala, murah je pun, jubah biasa.
utk Aniq, beli baju tshirt je yg baru. baju melayu pakai yg raya puasa punya.
pakai sekali je masa raya puasa hari tu.
mula plan nak pakai baju raya puasa sedondon rondon sebab papa ada raya pertama.
tapi malas la pulak sebab mak nak pakai baju baru. hihi..



hasil dari kakak.
main petik je tah apa  mak ko duk buat tu.
takda pun gambar yg elok. redho jelah.
aku mix n match je pun tu. kain batik tu mmg dah ada duk pakai pegi keja.
beli blouse hitam, so hantam jelah pakai tu.
tudung pun baru from Kekaboo.
sebab nak pakai tudung tu, itu yg gigih mencari blouse hitam. hehe
keciwi tudung baru 😊😊😊

lepas papa balik smayang raya, pegi rumah wan.
makan, lepak jap pastu pegi rumah mak sedara papa.
pastu balik rumah mak aku.
saja sebab pastu nak bawak mak aku pegi rumah pak sedara, diorg buat korban.
kalau pegi awal pun diorg tak siap masak lagi, so mak aku suruh datang lewat sket.
pkul 3 jugak baru gerak ke rumah pak sedara aku.
lapaq gedik2 dah. nak makan dagenggggg..

sebelum tu, posing sikit depan rumah alang2 semua ada.


my all.
jenuh melayan kerenah 3 beranak ni.
bertabahlah mak. apa pun diorg la segala utk aku.
sayang lillahi taala..

2 ketoi budak tu mood elok sebab masing2 dah tidor dlm kreta masa otw ke sini.
bgn, dah sampai pakat belasah ketupat. Aniq makan 5 ketoi.
dasyat kau nak.



the struggle is real.
takda gambar yg elok pun.
memasing pandang tah mana2
dah lama, kakak mula nak memboring.
so, mak redho jelah gambar raya tak lawa.


janji gambaq mak pak lawa.
hahahaha
kasik can aaaa
bukan senang kan? kami bukan sejenis yg suka pose sgt. ada tu ada la, tapi ala kadar je.
kat sebelah tu mat Aniq duk keriau nak join, tapi mak tak bagi.
dia mana boleh tgk mak dia duk kepit dgn org lain.
mama dia sorang katanya. amboi marka sangat hang ni..

simple saja raya kali ni. lain sket sebab adik aku, yg no 3 tu balik.
dia lama dah tak balik raya. susah nak cuti sebab keja pun tak tentu hala.
kali dpt balik cuti so dapat la sembang2 adik beradik. hehe
aku cuti terus sampai ahad. Senin nak masuk keja, lemau je rasa.
cuti pun takda kemana, lepak rumah je. takpun rumah mak aku.
sebab papa keja. dia cuti raya pertama je. so takda la nak jln2 kemana.

No comments:

Post a Comment