Thursday, August 02, 2018

Jangan Benci Cintaku

Assalamualaikum..

tak sempat nak menjengah sini.
ada ja benda nak buat. kadang weekend dah niat dah nak on lappy, tapi ada saja yg menghalang niat murni aku ni. hehe

hari ni nak borak pasal drama. hehe
rasanya ramai yg terjebak dengan drama tv 3 pkul 7 tu.
Jangan Benci Cintaku..
dah hujung2 dah ni..


Image result for jangan benci cintaku


jangan cakap hampa tak terjebak..
hahahaha
aku memula tak layan pun, sebab pkul 7 kan?
waktu puncak tu. lagipun  kat rumah ada rules, no TV untill 8 pm.
so far dah setahun rules tu, ok la walau memula ada yg protes ( read anak2 dan bapaknya)
dan now, sometimes mak breaks the rules.
just becoz of the drama. damn
mak pun lupa ada recorder Astro, blh rakam.
sebab excited, tak sabar nak meroyan lupa habeh. hahahaha

awal2 dulu aku tak layan pun. masuk berapa belas eposid tah, baru mula layan sebab tgk banyak nau share kat socmed.
plus, aku suka tgk Zahirah tu. yg lain2 tu so-so je..
aku follow IG Saharul tu and Zahirah and ada a few pelakon lain. so kak yah terjebak.
sekian. hahaha

dah tertengok ni, ha tau lah kan.
nak kena ikut semua episod la. so, mula la melayan episod yg awal2 tu utk tau jln cerita and tak la kau terbangang2 nanti tak tau hujung pangkal.
now, balik kerja, on tv and set siap2 utk record cerita tu.
pastu dah setel semua keja rumah, anak2 pun dah relax2 layan kartun, pkul 9 is mak timeeeeeeeeee. heheh
lepas tengok, delete sebab kang gaduh laki bini sapa punya yg record banyak sgt.
pastu ugut nak delete movie lain2. hahaha

so far cerita ni tak la berat sangat.
nak kata best sangat pun tak la, tapi boleh layan.
yg buat dia menarik sebab cerita isu semasa.
suami org ada skandal, perempuan perampas nak laki org, try hard, ada hasutan gitu gini, bini lurus bendul bla bla bla..
memula mcm boring takda apa sgt.
dah masuk watak si Husna, haaaaaaaaaaa.. 😈😈😈
kena pulak ada yg menyokong si Nek Pah tak guna tu, haaa menjadi la jalan ceritanya.
ramai friends kat FB duk meroyan pasal cerita ni.
eh jangan tak tau PakNil pun terjebak. sila tgk IG beliau. hahah
bukanlah sebab cerita ni best sangat tapi sebab isu semasa.
bab pemusnah rumahtangga ni haa kau jangan main2..
tak kenal pun bule jadi baik berbalas komen okeh. kekekke
baguih pengarah ni,
ambik isu yg hot utk buat drama.
pastu pakat meroyan la kan termasuk aku. bhahaha
kiranya menjadi la watak si Husna ni.

ramai kawan2 aku kat FB duk update status maki Husna and Nek Pah
eh, Fika ngan Shah pun kena maki jugak sebab slowwwwwwwwwww
hampa ni jenis redha pasrah menyerah ka gena?
tak mempertahankan rumahtangga sendiri?
aiyoyooo
sayang tapi tak ungkapkan, just let it go mcm tu ja.
tak paham aku
ada ke org mcm tu dlm real life?

ada jugak netizen yg mempertikain, menghentam yg duk meroyan pasal drama ni.
sebab dah tau drama nak over kenapa?
aduduuuuuuuuuuuuu
sebab drama tu berjaya menjentik hati penonton, haruslah ada ulasan / kritikan / kecaman / pujian dari penonton ye dok?
pakat duk maki Husna tu pun sebab dia bawak watak dia dengan baik. yg dimaki tu watak dlm drama je, bukannya real pelakon.
aku sendiri pun duk update status pasal ni.
kemon laaaaa
tau la drama, takkan sampai takleh update.
nak emo ke murung ke tengok drama, alaaaaaaaaaaaaaaaah suka2 je pon.
takda la sampai terbawak2 nak maki laki sendiri ye dok?

kalau pakat duk update pasal movie luar, takda yg nak menghemtam pulak.
tak paham aku.
dah kau tak layan drama tu, diam2 sudah la.
bukan semua yg update tu emosi sampai terbawak2 ke dunia luar.
ada pulak yg jadi ustaz ustazah jadian, kata duk layan drama, tak solat maghrib la apa.
marah ke tv3 sebab tayang drama waktu magrib.
eh helloooooooo, Astro ko takda recorder eh?
ko tak reti layan online ehh?
bagi cerdik sikit bule?

now aku meroyan dgn netizan yg semua nak negatif.
menyams..
semua benda tak kena pun kadang2 naik menyampah.
relax chill jelahh. heheh
drama je pun..
tak salah layan drama walau kita tau tu cuma rekaan. tapi ada je yg ambik dari kisah betul dan diolah semula.
kita tengok drama2 mcm ni, ambik mana yg bagus utk dijadikan pengajaran.
tak salah kan?
bukan semua drama tu sampah, tak best, melankolik blablabla.
drama2 lain pun sama la. memang la septikal, cinta dua darjat, kawen paksa, bla2..
but, ambik mana baik jadikan teladan, mana tak baik jadikan sempadan.
easy..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...