Tuesday, October 30, 2018

Latest

Assalamualaikum..

lama tak post. kali ni betul2 bizi..
ada ujian tuhan sedikit kat kami sekeluarga..
actually now pun aku tak kuat sangat.
but, kena percaya takdir Allah..

last month, 25hb 9, mama @ mak mertua warded kat Hospital Tuanku Fauziah Kangar.
until now, mama masih dihospital.

kronologinya..

24hb, petang, mama jatuh masa keluar bilik air.
seminggu tu, mama mcm tak sihat sgt.
mkn pun tak bnyk and bnyk tidor.
ayah ada la bgtau.
blk keja petang tu aku pegi la tengok.
dia duk baring bgtau letih.
25hb pagi, husband tak pegi keja, duk tgk mak dia.
then dia call bgtau mama nmpk weak.
then aku mintak izin ke bos nak balik rumah.
husband aku ni 2 beradik je, ada kakak je.
aku sampai kakak ada kat rumah. dia mc 2 hari tak berapa sihat.
then discuss gitu gini, call ambulans.
sebab mama ada diabetes, and nmpk dia weak sgt pagi tu.
then, sampai hospital ke bahagian kecemasan.
diorg check, mama punya gula tinggi sgt.
padahal dia xmkn apa pun pagi tu.
terus kena drip air. dia mcm tak berapa sedar.
dari pukul 11 pagi, pukul 4 petang baru ditolak ke wad.
so, bermulalah rutin baru utk kami semua.
ulang alik hospital. hehe..

11 hari mama kat wad.
letih? toksah cakap la..
luckily, rumah kami tak jauh dari hospital, around 3km je. Alhamdulillah bab tu.
yg ada utk jaga mama cukup aku laki bini and kakak ipar laki bini.
anak tak ramai, gitulah. (dan2 rasa nak beranak ramai2)
check gitu gini, doc pantau gula mama.
then ada jangkitan kuman sket, so kena on antibiotik.
lepas 9 hari camtu, darah pulak problem so kena tambah darah 1 beg.
xray kata takda patah apa.
hari ke sebelas, petang blh discharge. yay!

then bermula rutin baru kat rumah.
taking care of her.
pagi2 aku lari kejap pegi tgk dia.
selalu around 6.30 pagi lepas Amni mandi and dia dah start mkn aku kluar la.
rumah sebelah, sekentut je pun.
aku tukar pampers dia, then balik.
pastu pkul 7 camtu kak ipar bagi dia minum and mkn ubat.
siang, ayah ada (pak mentua) blh tengok2kan dia.
tapi dia baring je. tak larat nak bangun sendiri dah.
makan pun tak sangat, minum susu khas utk diabetik tu je.
petang balik keja, pegi rumah ayah.
nak mandikan dia bagi dia makan smua buat sama2 dgn kakak.
sebab nak angkat dia, sorang mmg tak mampu la.
mandi pun tak tiap2 hari. kesian ke dia sebab asyik la mengadoi sakit.
kalau suruh duduk lama sket, mmg dia marah. sakit katanya.
seharian dia tidor, so petang tu bagi dia bergerak sket la kan.
pkul 8 mcm tu bwk dia ke katil semula.
aku balik rumah uruskan hal rumah mcm biasa.
esok pagi, ha ulang alik mcm biasa.
dia tak berapa nak makan, jenuh paksa.
tak lalu dia kata and takleh telan.
maybe faktor usia.
so aku buat bubur nasi, or bagi yg lembik2 je tu pun adalah 2-3 mulut je dia makan.

16hb lepas, birthday dia yg ke 73.
aku beli kek, eskrem bagai bawak pegi mkn2 petang tu.
nak bagi dia happy kan?
dah mandi dia wangi2 dah, so sorong ke depan (pakai wheelchair).
dia ingat so far, takda nyanyuk.
tapi dia taknak mkn kek, tak leh telan, mkn eskrem je 2-3 sudu.
then nmpk dia mcm khayal sket, tak ckp bnyk..
mlm tu, husband pegi tgk dia, pastu biras aku call kwn dia (doctor) minta dtg tgk mama.
dia check then suruh panggil ambulans.
katanya at least kita usaha bawa dia ke hospital.
time tu muka dia pucat sgt. ambulan sampai terus check bagai, terus drip air kiri kanan.
sampai kecemasan, doc tanya gitu gini, terus tambah darah 1 beg.
agak kritikal keadaan dia masa tu. tak sedar.
aku call adik aku minta dia datang tunggu budak2, then aku pecut pegi hospital.
pukul 12tgh mlm.
pukul 130 mcm tu aku balik rumah.
pukul 4 pagi, mama warded again.
agak serius kali sebab ada jangkitan kuman kat pundi kencing.
then darah dia rendah sangat, tapi takda eternal bleeding.
mlm tu kami panik gak la.. lagipun tu birthday dia kan?

lepas 2-3 hari di wad, doc bgtau ada jangkitan kuman dlm darah.
so kena on antibiotik.
around 5 hari di medical wad, discharge and turun ke surgical wad.
sebab from ultrasound and xray (if not mistaken) ada batu dlm pundi kencing dia.
and ada saluran ke hempedu yg bengkak.
kalau aku tak salah info la ni.
so, batu2 tu yg buat dia demam on off, takda selera makan semua tu.
then must go to ctscan, mri bagai, due to her condition.
ada la a few mistakes yg diorg buat.
mri should done the next day, and kakak dah sain semua borang dah.
tapi doc pegi tanya soalan apa tah kat mama, dia dlm sedar n tak, pegi jawab yes.
so, doc tarik balik request for mri padahal dah dapat tarikh.
kami bising jugak la sebab semua dah clear dah kenapa nak tarikh balik.
nak menunggu tu dah 1 hal long que. haishhhh..
dapat new date nun bulan doblas. sabaq jalah
same to ctscan punya kes. dah bgtau nak buat esok, suruh puasa bagai sbb nak scan abdomen.
dah puasa sampai pukul 2 petang, tak panggil2 lagi.
bila tanya, suruh tunggu, ntah sampai bila nak tunggu.
rupanya tak jadi buat. dahtu awat hampa tak habaq tak jadi???
oii sakit hati aku.
org tua ni dah la tak larat, harap ke susu semata tak mkn apa2, kena puasa end up tak jadi buat ctscan.
sebab?
borang missplace!
bladihel!
petang tu aku dgn kakak pegi spital balik keja tu mmg berapi2 je masing2.
aku kat opis ni dah nangis2 dah.
geram!
sebab wasting time. tungu tapi tak da menda.
mujurlah doc ok, layan elok, cerita elok2, cakap pun elok.
aku muka mmg tak manis dah la.. mmg tak la nak senyum bagai.
then dapat appointmen next day, pagi utk ctscan.
haishhh.. rasa kesabaran diuji betul.
sebab kita penat ulang alik, letih duk menunggu.
kondisi dia dah la makin lemah.
ctscan, hari jumaat lepas.
petang tu keluar result.
nmpk ada bnyk batu dlm saluran tu.
then diorg buat appointment dgn Hospital Alor Star utk problem tu sebab kat sana the equipment lebih lengkap and ada pakar.
appointment on 30th oct.
sokay, kita tunggu.
in bettwen nak menunggu tu, kondisi dia kena ok.
so, ada hari kena tambah darah, garam ubat mcm2 lah.
sebab kalau semua ok, pegi sana nnt blh go to the procedure terus.
tapi..
ada yg lebih mengejutkan masa ctscan tu.
doc bgtau tulang paha dia patah!
masa dpt tau tu aku rasa hati aku ni pun hancur remuk patah sama naik.
ko bayangkang, lepas sebulan dia jatuh, baru detect dia patah.
masa kat rumah kami duk angkat dia, bawak pegi mandi, suruh dia duduk bagai.
dia duk menjerit sakit, marah kami semua tapi kami kata takda apa.
urut2, sapu minyak kata just sakit urat.
rupanya, mmg dia sakit!
aku pernah patah and aku tau mcm mana sakitnya patah.
nak2 lagi paha..
sebab tu dia takda daya nak bangun sendiri padahal sebelum ni dia blh jalan sendiri.
Allahuakbar
sedih sgt. menitik air mata rasa berdosa sangat dgn dia.
mujurlah masa duk angkat  tu, takda la aku paksa2 dia, buat smua slow2 sbb dia duk bgtau sakit.
haishhh..
Tuhan saja yg tau apa dlm hati ni..
kakak refer doc balik. frust la kan bila jadi mcm ni..
doc kata, sometimes, xray tak nmpk.
entah la..

sabtu lepas, doc buat brain scan in case dia ada tanda nak jadi strok.
mujurlah takda Alhamdulillah.
otak dia sedikit kecut due to age factor.
dia makin lemah, minum pun kurang makan mmg tak leh masuk dah.
so doc decide masuk rice tube (tiub ikut hidung)
then susu kena on every 3hours.
so, kena belajar how to handle.
so far ok.
ahad, tiba2 dia mcm berkahak. bgtau nurse and doc, diorg kata takda apa.
isnin, kahak bunyi kuat, then ada batuk.
tiba2 ja. bila check, yes kahak.
so kena sedut keluar. banyak and ada darah
rupanya tiub tu sedikit tersasar ke paru2.
dan susu pun ada di paru2.
can imagine???
sebab tu berkahak dan sukar utk dia bernafas.
kena bantuan oksigen.
dah tambah 1 lagi hal.
tghr tu, kondisi dia gak tak stabil.
aku kebetulan pegi dgn opismate nak jenguk parent opismate ni kena warded.
naik tgk dia then doc datang bgtau kena bagi bantuan oksigen.
petang, doc medical datang bgtau nak jumpa anak2.
saat sukar..
mama kena jangkitan kat paru2.
bnyk faktor, antaranya sbb dia lama kat wad.
tau lah hospital ni, mcm2 penyakit ada.
dan dulu dia pernah kena infection, dan on atibiotik tapi badan dia lemah maybe kuman tu datang balik.
petang semlm dia agak kritikal. hening sket suasana kami 4 org ni.
sukar nak buat pilihan.
last decide utk bagi bantuan oksigen mcm biasa tapi high dose utk dia and on antibiotik, ubat2 mcm biasa.
takmau paksa and sakitkan dia dgn procedure yg menyakitkan tu.
dia makin lemah, nak gerak bnyk mmg tak mampu dah even nak angkat kaki sendiri.
celik mata tapi taktau lah dia cam ke tak anak menantu.
cakap pun suara dah tak keluar.
sedih sgt semlm. air mata pun murah je.
doc pun terangkan semua in details..
saat ini, kena percaya dengan qada dan qadar Allah..
bukan masa nak salahkan sesiapa..
org boleh cakap buat tu buat ni.. sepanjang 2 minggu ni pun bukan kita tak buat apa2.
doc and nurses kat sini Alhamdulillah semua ok.
sometimes kita kena ada rasa timbang rasa, kena letak situasi org lain kat kita sama.
jgn mudah nak marah, nak komplen.

buat masa ni, doa saja senjata yg kita ada.
kita dah usaha..
berserah pada Allah, minta dia permudahkan semuanya.
walaupun berat, tapi itu hakikat yg kita kena terima..

hari ni, kondisi dia nmpk stabil.
tgh mlm semlm dah sedar, celik mata
pagi tadi aku pegi pun mcm tu.
apa yg blh aku buat, mengaji baca surah Yassin utk dia.
doakan dia..
bnyk kemungkinan blh berlaku.
berserah pada Allah
doakan aku kuat
doakan kami kuat..

No comments:

Post a Comment