Friday, November 09, 2018

Al-fatihah utk mama...

Assalamualaikum..

mama @ mak mertua aku dah kembali ke rahmatullah sabtu lepas.
3hb November, 2.10 pm..
esok dah cukup seminggu..
hari ni baru ada kekuatan nak share..

Jumaat lepas, mlm tu aku temankan mama kat hospital..
I sacrife for my husband..
dah 2 minggu dia tidor tak tentu hala..
badan pun susut, darah pun dah naik.
jadinya aku beralah utk kesihatan dia dan utk kepentingan semua
so, dia balik tidor kat rumah, aku pegi tidor hospital.
rupanya thats is the last night for mama..

2nd time mama masuk wad, kesihatan dia tak berapa bagus.
jangkitan kuman kat pundi kencing n dalam darah tu dah clear selepas 5 hari warded.
bila turun ke wad surgical, mama is not ok..
selera makan makin kurang.
seminggu terakhir, dia mmg tak makan langsung.
harap ke susu semata2.
mcm2 aku and yg lain2 masak or belikan nak bagi dia makan, tapi dia cakap takda selera.
even tgk dia minum air pun mcm susah nak telan.
tanya dia sakit tekak ke apa, dia jawab tak..
hari Sabtu mlm, doc decide masukkan tiub hidung.
so, bermulalah kerjaya baru kami. hehe
learn how to handle mcm mana nak bagi susu kat mama..
mula2 kekok, lama2 ok dah.. tak la susah sangat bila dah terror.
hari Isnin, dengar mama mcm berkahak...
doc kata mama mcm nak kena pneumonia.
sebelum tu ada buat ct scan, brain scan utk tgk brain mama.
doc kata otak mama kecut due to age factor.
petang Isnin doc decide utk bagi mama oksigen (bantuan pernafasan) tapi tidak terlalu tinggi.
sepatutnya selasa, mama akan dibawa ke Hospital Alor Star utk futher check up pasal batu dlm pundi kencing tu.
due to her condition, doc kata tak blh pergi.
sebab keadaan dia tak stabil.
hari Selasa petang, mama tak sedar.
kena on oksigen yg lebih kuat.
doc kata mama kena jangkitan kuman kat paru paru..
Allahuakbar.
dan kondisi agak tidak stabil..
kami sepakat tolak utk intubate mama. kalau tak mama akan ditolak ke ICU.
tak sampai hati lagipun ada faktor lain. paling tinggi is faktor usia dan mama mungkin tak mampu dgn keadaan dia mcm tu.
doc pun tak suggest.
dan doc maklumkan kami perlu bersedia utk sebarang kemungkinan..
dan mama terus dalam keadaan kritikal. tidak sedar..

Rabu aku ambik emergency leave utk tunggu mama.
bila mcm tu mmg kami tak tinggal langsung mama.
semua pesan mcm tu. kena ada dgn mama selalu..
sedara mara ramai yg datang minggu tu.
yg jauh2 pun ramai yg balik..
aku hari2 bacakan mama Yassin, mohon Allah permudahkan urusan kami semua..
doa minta yg baik2 utk mama
Jumaat petang, mama agak kritikal.
oksigen mama makin berkurang.. doc dah bantu, masukkan ubat utk kembangkan paru2
utk bantu mama bernafas..
tapi tak taulah setakat mana mama blh bertahan..
mlm tu aku tunggu, tak tidor sangat.
duk tgk dia, baca Yassin, doakan dia..
esok pagi aku balik sekejap lepas sepupu aku datang.
pagi tu ada aku cakap dgn doc.
tanya dia begitu begini.. then pak sedara aku ada call cakap begitu begini..
berat utk kami, tapi kami kena bersedia..
redha, tapi taktau sekuat mana..
tghr tu sepupu aku call bgtau mama nazak.
laju2 pergi hospital.
tapi aku tenang.. tak mcm mula2 doc bgtau mama kritikal 2-3 hari lepas.
maybe sebab aku dah tunggu dia mlm tu, dah sediakan diri.
jadi aku agak tenang hari Sabtu tu..
doc datang check mama, dan bagi kami ruang..
tak henti mengucap di telinga mama walau dia langsung tak respon.
sejak khamis lepas dia dah tak respon apa2..
hanya ada nafas dan denyut nadi saja..

akhirnya, pukul 2.10, mesin sebelah tu stop...
menangis, mmg semua akan menangis.
mmg kami redha, doa urusan mama dipermudahkan.
tapi bila tiba saat tu, Allah saja yg tau.
aku dan kakak ada masa tu..
suami dia pun ada..
suami aku dan ayah tak sempat. diorg sampai, mama dah takda..
hening..
berat.

mama selamat dikebumikan hari Ahad pukul 11 pagi.
kami cuba buat yg terbaik utk mama.
utk terakhir kali..
kami yg mandikan dia, kapankan dia sama2 dgn org yg menguruskan jenazah.
mama cantik sangat, muka dia bersih, putih berseri.
muka mama mcm tidor, tenang.
sepanjang mama kat wad, ramai sgt cakap mama ni cantik, putih.
ya, mama mmg cantik..

mama,
terima kasih sepanjang kita bersama
terima kasih kerna menjadi ibu mertua yg baik.
terima kasih atas segala yg dah mama beri kepada kami sekeluarga.
mama,
ampunkan dosa kami sekeluarga jika ada salah dan silap pada mama.
halalkan segala yg telah mama berikan kepada kami.
mama sentiasa ada dalam doa kami..
semoga mama tenang disana.
semoga mama diangkat ke syurga tertinggi di sana..

Alfatihah utk mama..



No comments:

Post a Comment