Thursday, December 20, 2018

December

Assalamualaikum..

dah december. sket je lagi dah nak masuk 2019.
sekejapan saja..

nak menulis, nak share, tapi malas
sbb takda mood
rasa serabot tapi entah pikir apa
kadang rasa ok kadang tak
ajer gilerrr ke apa. hahaha

biasalah.. life ni ada ups and down..
masa down tu  rasa mcm, aduhhhhhhhhhhhhhhhh..
serabot
pastu rasa up balik, haa ok kejap.
hehe
semua mcm tu kut.
ada ke org yg takda masalah dlm hidup ni?
or jadi mcm laki aku.. xsuka pikir masalah
biar bini pikir
hahahaha

december patut relax sbb scholl holiday
relax la jugak, tak terkejar sangat pagi2 tu.
tapi seminggu je lagi nak relax.
pasni berkejaran semula, dua2 masuk skolah ni
Amni ok sbb dah masuk darjah 2, mak pun relax sket kali ni..
dah ada experience kan?
Aniq ni la aku seriau sket..
nak masuk taska.. entah mcm mana la dia nnt. hehe
setakat la ni risau tu masih ada
mcm tak yakin dia dah nak masuk taska. thn depan dah 5 thn
yg selalu keluar dari mulut dia is, tak mau p skolah
begitu begini dia menjawab, yg pasti xmau p skolah
harap nnt dia ok la..
jgn nnt awak panjat pagar skolah nak balik ye dik
manja bule tahan budak ni

hari tu nak update pasal annivesary, tapi malas
sebab takda yg menarik.
as usual, kehidupan mesti diteruskan. haha
kami rakyat marhaen takda nak sambut beriya, candle light dinner ke hapa
laki aku, gitu jelah dia
mujoq la aku bukan jenis high expectation. hehe
ni esok2 besday aku, gitu jelah dia.
mujoq dah kenai sgt dah, so takda hal.
life is easy.
takyah beratkan kepala otak nak compare dgn org lain.
hidup cara kita
ye dok?

kehidupan sehari2, mcm tu jelah.
keja, balik, kisah rumahtangga.
rutin..
so far semua ok..
anak2 ok, mak bapak ok, family lain ok.
taktau lah kut ada yg tak ok..
kalau ada yg bagitau apa2, ada tak ok ke apa, so kita take action yg sesuai.
kalau tak bagitau, so kita tak tau apa2 duk diam.
tak payah menyebok lebih2
buat keja kita saja..
teruskan kehidupan seperti biasa..

then, till meet again 😍😍😍

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...